Jumaat, 22 April 2011

hidup bagaikan pementasan drama II

Assalamualaikum dan selamat pagi pada semua pembaca blog ana yang sentiasa menyokong apa yang ana lakukan. Alhamdulillah ana masih bernafas dan menjadi seorang hamba yang masih merangkak dalam mengenali Tuhannya.

Dah lama ana tak menulis blog gara-gara ana malas nak on9 buat ketika masa ini. dalam keadaan yang tidak terurus ini ana gerakkan juga hati ini untuk menulis kerana ana banyak dapat feed back dari para sahabiah mengapa ana tak menulis sejak-sejak ini. bukan tak nak tulis kadang-kadang ana takde mood entah la mengapa kan. tapi biarkan sahaja lah.

baiklah post lepas ana ada cakap yang ana menduduki ujian Munsyi di TTDI JAYA sekolah lama ana tuh. tapi setelah menduduki keputusan untuk temuduga ana tak layak. masyaAllah bukan lah kecewa tapi mungkin rezeki nak masuk USM takde kot. takpe apa-apa pun ana dah cuba yang terbaik untuk melayakkan diri. Tahniah buat rakan seperjuangan yang dapat meluluskan diri dalam melayakkan diri ke sana nanti. Bagi rakan seperjuangan yang lain janganlah sedih dan gusar akan potensi anda kerana rezeki kita semua ada sebenarnya. InsyaAllah. Allah tahu mana yang lebih baik buat kita kan? :)

okey lepas Munsyi ni ada lak kena hadapi Medsi. apa itu MEDSI? medsi ni ujian lebih kurang macam MUNSYI tapi mungkin ada perbezaan la kot kan. takpe nanti ana nak p study pasal benda ni ye. :)

Alhamdulillah ana layak untuk menduduki ujian ni pada 30 april ni di sekolah menengah salehuddin shah, shah alam. harap-harap oke la kan. :) semalam pun cikgu amin call dia tanya perkembangan ana dan rakan seperjuangan yang lain. cikgu amin pun risau keadaan kami adakah kami dapat melayakkan diri ke universiti atau tidak.

yang ana takut ni interview. uppps ada apa dengan interview ni ye? hehe. nak kena study jugak ni kan.

okey la ana nak kena off ni sebab dah lewat takpe nanti ana akan sambung ye.

p/s: mata dah @@ depan pc ni. selamat malam semua~

Isnin, 4 April 2011

ceritera hari ni



lagu dari BAND TILU yang bertajuk I.L.U (layan la jugak lagu ni)


Assalamualaikum w.t.b kepada semua pembaca blog ana yang lagi sudi membelek mahupun cuma usha-usha ye. :)


UJIAN MUNSYI KE USM
ni ada berita baik buat ana sebab ana dah dipanggil menghadapi ujian Munsyi kemasukan ke USM di SMK TTDI JAYA shah alam (sekolah lama ana masa form 1 dulu)

alhamdulillah bila ana cheack nama ana naik dalam senarai. insyaAllah akan ke sana pada sabtu depan bersamaan 9 Aprril 2011 ni.

REAKSI KELUARGA
tadi pagi nenek ana call dari perak dia tanya ana dapat tak ambil ujian tu? mak ana pun la yang ceritakan pada dia.
mak dan abah pun cakap dia orang oke je ana dapat sambung degree dekat mana-mana as long sambung belajar lagi kan.
uncle dan aunt ana pun tumpang gembira dan mereka sentiasa mengharapkan terbaik buat ana dalam membuka ruang penerokaan ilmu di umur remaja ni.
(feed back yang baik la)

HARI INI PUNYA CERITA
pagi ni bangun pun terlewat sedikit gara-gara ada kawan lama call malam tadi. (yeke ain?)
ntah. pagi ni pergi teman abah beli drower baru letak dekat dalam bilik. ana pun mengangkatnya dari bawah ke atas rumah ana ni. (penat+letih)
sebenarnya abah pagi-pagi tadi cakap dekat ana "along, mana baju yang rasa takmo pakai silala dikumpulkan dan boleh la kita membuangnya" ermm sedihnya. T_T
nak kena kemas bilik ana ni kerana dipenuhi dengan baju-bajuan yang banyak dan buku-buku yang bersepah. (malu je en tak kemas) tak ana kemas tapi faham-faham jela bila semangat kemalasan melanda diri satu kerja pun tak jadi.. adesss~ (ain jangan malas laaaaaaaaaaa)

SHOPPAHOLICS
eh ana bukan la macam tu cuma suka je tengok. tadi pergi keluar ternampak satu handbag lawa kaler merah dan jam kaler merah (cantik) thanks abah sebab belikan along benda ni.
kalo angah tahu mesti dia jelezzzzzzz~ hahaaaa ala kami salu pinjam-pinjam ana tak kisah.


p/s: apa yang ditulis adalah apa yang berlaku hari ni. weeeeeeeeeeeeee~

Ahad, 3 April 2011

kehilangan menjadi pertanyaan part II

lap top ana tak boleh nak connect dengan wireless (sedih je)

Assalamualaikum w.t.b kepada semua orang yang membaca blog ana walaupun cuma usha-usha tapi thanks a lot from me here. :)

hari ni dah masuk hari ahad dan nak start minggu baru dalam bulan april ni. penat masih bersisa dan gembira sentiasa menjemput hati untuk terus bersemangat dengan apa yang dilakukan. Alhamdulillah sepanjang mencari ketenangan dan pengalaman baru apabila ana keluar dari rumah memberi inspirasi untuk ana berusaha mencapai cita-cita sebagai seorang pendidik. (InsyaAllah)

baiklah ada yang tertanya-tanya pada ana ke mana ana menghilang selama seminggu yang lalu. bila ana buka laman sosial ana yang lain banyak benar ana menerima masej yang menyatakan ke mana ana pergi. alhamdulillah nampaknya sahabiah ramai menyayangi ana walupun tidak mengenali ana. bukan itu sahaja ramai yang menghantar sms menanyakan kehilangan ana di ruangan sosial itu. ana terharu sangat-sangat. apa-apa pun ana akan ceritakan sedikit sebanyak nak bagitahu sahabiah yang bertanyakan hal ana.


SEPANG
entri lalu ana ada bercerita hasrat ana yang hendak ke sepang rumah moyang ana. sebabnya ana nak menenangkan fikiran hidup tanpa internet dan telefon bimbit ana. alhamdulillah tak banyak yang berubah tapi ada la sedikit kesedaran untuk elak diri daripada selalu je bergantung diri dengan kemudahan tu.

mak dan abah ana jugak yang menghantar ana ke sana dengan jiwa yang lapang untuk stay di rumah tu. di sana nenek saudara ana banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam memilih jalan dalam kehidupan ini. sebab ana tahu ana masih baru mengorak langkah dalam membuka coretan hidup dengan tinta yang masih belum tajam. alhamdulillah bertemu moyang ana adalah satu perkara yang amat bermakna dalam hidup ana. bagi ana moyang ana itu adalah wanita yang tabah mengharungi hidupnya tanpa seorang suami. kematian suami pada umur yang muda membuat wanita bergelar onyang ana kini menjadi ikon kepada ana untuk tabah dalam mencari sinaran pegangan hidup.

kebanyakkan apa yang ana dapat ialah nasihat yang amat berguna bagi ana timbang dan fikirkan. sepanjang ana di sana ana dapat lihat pertembungan ideologi antara dua umur yang berbeza iaitu muda dan tua. kadang kala apa yang kita cakap tidak diterima oleh orang tua ni dan kadang kala di pihak kita juga macam tu. jadi bagi ana penerimaan nasihat dan teguran adalah perlu diterima dengan hati yang terbuka bagi memperbaiki diri kita agar menjadi insan yang diredhai olehNya.

nenek saudara ana ada membawa ana melawat sekitar kawasan kampung di sepang ni. apa yang ana dapat lihat adalah banyak nya kawasan ini diliputi dengan rumah banglo dan kawasan ini dipenuhi dusun kepunyaan orang kampung yang tinggal di sini. jadi memang nampak ada ala-ala kampung dan kehijauan banyak menenangkan diri ini.

mesti ada yang tertanya-tanya berapa orang yang stay dekat rumah moyang ana ni kan. yang ada ialah nenek dan datuk saudara ana, onyang khatijah, aunt ama dan uncle boy. dan jangan lupa ada dua orang princess lagi iaitu asha dan aira anak kepada my aunt dan uncle. mereka banyak having fun with me. hahaa~ by the way they are awesome. :)

to be continue~6.50 p.m

perjalanan menggunakan kaki pertama kali di kuala lumpur (lawak je)

KUALA LUMPUR
ni cerita pasal ana travel sorang-sorang dekat KLCC. macam tak percaya kan? percaya lah yang ana dah kali ni 6 kali pergi KLCC tapi kali ni agak EKSTREAM sedikit sebab travel seorang diri. uncle ana yang invite ikut dia sekali esok p kerja tapi ana kena stay dekat office aunt ana dan kalo nak uncle kata "ain boleh la pergi klcc esok nak jalan-jalan kan?" ana pun agree jela. bila dah sampai office aunt ana p breakfast dekat mamak stall dekat bawah tu. nak kata mamak stall ni nampak ala-ala modern la jugak berhadapan dengan coffee bean. jalan pada pagi tu agak sesak kerana kelihatan kesibukan warga kota berpusu-pusu ke tempat kerja masing-masing.

kebanyakkan nya international people around there because it's big city with lots of job. nak kata seram ke takut ke masa jalan tu takla sangat but hati-hati la. ana pun ada call nazirah nak jumpa dia, dan kira jadi dia akan datang ke klcc. ana pun start la journey pada pukul 11.30 pagi berjalan kaki ke klcc takla jauh sangat but peluh keluar la jugak. hahaa. seronok je jalan sorang-sorang ni sebab agak mencabar je.

ana pun jalan dan terus masuk ke klcc dengan hati yang best
(tak tahu nak bagi tahu macam mana) first nampak satu butik ni apa nama ea? oh
Louis Vuitton yes butik tu jela yang ana nampak mula-mula. nampak lelaki berpakaian segak dan smart. wow dalam hati ana terdetik nak jugak masuk dalam tu tapi haha angan-angan je. tak payah nak mengada ye ain.

jadi ana pun terus jalan ke depan nampak pulak Baskin-Robbins
lepas tu nampak pulak CHANEL

macam-macam kedai mewah ada dalam klcc tu. kalo ada banyak duit oke jugak kan. baskin robin tu buat ana lapar je. padahal aiskrim je jualnya tu. yg chanel tu kedai pakaian. tapi tengok macam tak cukup kain je fashion nye. hahaaa. tapi ana sekadar ambil tahu je yelah kalo tengok semua kedai mewah tu semuanya cantik belaka perhiasannya itu. tapi ana fikir balik itulah harta dunia bukan harta akhirat.


ana teruskan perjalanan ke tingkat 4 iaitu kedai buku paling popular iaitu
Kinokuniya masuk kedai buku tu je mata ana dah melilau melihat betapa banyak nya buku-buku tersusun rapi di rak yang banyak tu. wow rambang mata ana tengok. ana pun mempercepatkan langkah ke rak yang tertera AGAMA. rak tu dekat bahagian belakang sedikit la, ana nak cari satu kitab baru, dekat 1 jam ana dekat rak tu perhatikan semua tajuk buku dan membelek-belek apa yang ada. satu pun ana tak tertarik. akhirnya ana jumpa satu buku ni yang bertajuk

"kitab ini yang bernama: AQIDATUN NAJIN ertinya: I'tiqad segala orang yang kelepasan daripada sesat dan bid'ah pada bicara ilmu Usuluddin atas Mazhab Ahli Sunnah wa al-Jama'ah dengan bahasa melayu"

panjang tak nama kitab ni? ana sengaja beli sebab nak memahami benda ni walaupun pada hakikatnya ana ni bukan berasal dari sekolah pondok/madrasah mahupun sekolah agama. jadi insyaAllah kitab ni akan ana rujuk juga pada sahabiah yang mahir dalam pembacaan kitab ni. kerana kitab ni dikatakan terkenal di sekolah pondok dan mereka memang menggunakan kitab ni.

jadi selepas membeli kitab ni ana pun keluar dan tengok jam je dah pukul 1.37 minit tengahari ana pun turun ke bawah (tingkat mana tak pasti) tapi ada dekat area kfc la. ana pun menunaikan solat zohor.


to be continue-solat maghrib


ketika ana duduk di depan air pancut klcc (duduk sorang2) hehe

sambungan: 4.40 p.m

assalamualaikum dan selamat petang agak lambat untuk ana nak sambung penulisan di blog ni sebab banyak sangat hal nak di betulkan ni. :)

nak dipendekkan cerita ana pun cuma lepak-lepak la di depan air pancut klcc yang terletak dibahagian belakang klcc. ramai juga yang ana temui dekat sini yang majoritinya ialah pelancong asing. macam-macam rupa ada yang berlitup-litup penuh dan ada juga yang separuh tak berpakaian. uishhhhhh~ pelbagai aksi ada yang merokok,membaca,menangkap gambar,berlari-lari,buat bising,relek dan lepak-lepak ditemani dengan cuaca yang masa tu nampaknya oke je.

okela rasanya setakat ni jela kot nak story. :) mekasih sebab sudi membaca walaupun agak cam topsy turvey~ hehe

p/s: gambar tu semua diambil menggunakan telefon kamera (tu yang tak jelas sangat tu)

Sabtu, 2 April 2011

kehilangan menjadi pertanyaan part I

sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum dan selamat pagi kerana jam dah menunjukkan pada pukul 12.48 minit pagi waktu malaysia.

alhamdulillah baru sampai rumah dan terasa kepenatan yang terlalu banyak.

kenapa penat? ada la kan sebabnya.

ana rindu nak tulis dan mencoretkan segala apa yang berlaku dalam kehidupan ana di ruangan maya ni. walaupun pembaca semua tak kenal dengan ana ni tapi ana sangat suka untuk menukil walaupun it's not make a sense for all of you right?

baiklah esok pagi insyaAllah jika ada masa ana akan sambung penulisan pengalaman ana selama 1 minggu di sepang--->kuala lumpur--->puchong--->hulu langat--->puchong


apa yang berlaku ye? insyaAllah nanti ana akan cerita kan ye.

baiklah ana nak off pc dah ni ye. selamat malam semua


p/s: mata ana dah mengantok sangat dah ni @_@"