Jumaat, 10 Jun 2011

bosan kah aku? @_@"

nampak sangat kebosanannya itu kan

Assalamualaikum w.t.b kepada semua pembaca blog atau blogger walker :D haha thanks sebab bukak blog aku yang tak seberapa ni kan.


jam menunjukkan tepat pada 2.26 minit pagi waktu malaysia dan mata ku belum lagi menunjukkan kengantukan. rutin dari hari tu asyik sama sahaja (same rutine make me sick)
bukan merungut tapi dah bosan sangat ni. mintak kerja dekat 7Eleven tapi ada pulak masalah tertentu ni. apa la kan asyik susah je nak mintak kerja. dari awal hari tu ada mintak jadi cikgu tuisyen tapi orang tu terus tak panggil panggil aku. apa masalah aku tak tahu. siap resume aku hantar dan segala macam kertas sijil aku fotostat.


bosan bosan bosan dah tak tahu sampai tahap mana dah ni kebosanan ni kan. yelah duduk rumah kerjanya asyik memasak, makan, tidur, surfing internet. erkkkkkk~ what a bad rutine
seriouslly aku dah bosan ni. hahaha (teruk nya rasa kan) biar la.


merepek malam ni dah tengah malam la kan. T_T wuuu~ apa sal ni rasa kelam kelam je.


p/s: ain jangan nak merepek sangat la kan!

Selasa, 7 Jun 2011

selamat pengantin baru kak maria dan abang meor

sepersalinan biru di hari persadingan (rumah lelaki)

kami sekeluarga merasa gembira :D

sepersalinan merah hati pada malam perkahwinan

sepersalinan unggu di hari persandingan (rumah perempuan)

Assalamualaikum dan selamat petang diucapkan kepada semua pembaca blog yang sudi lagi membaca nukilan atau cebisan/bingkisan hati dari aku ni.

walaupun tidak mengenali diri aku siapa dan perwatakan ku yang sering kucar kacir diharapkan semua pembaca dapat sesuatu dari blog ni. (menghargai sangat jika anda baca) :D

tadi masa buka blog kawan-kawan yang lain kebanyakkan post mereka ialah majlis perkahwinan yang dihadiri pada minggu cuti sekolah ni kan. macam-macam cerita lah yang aku baca ada tu kawan yang kawin, sepupu kawin, cikgu sekolah kawin dan sebagainya. Alhamdulillah mereka selamat diijab kabulkan demi membina masjid yang memang dituntut oleh agama kita.
(tak kisah lah siapa sahaja yang mendirikan rumah tangga baru-baru ni jadi aku nak mengucapkan selamat pengantin baru moga berbahgia ke anak cucu InsyaAllah)

nak dipendekkan cerita baru-baru ni kan sepupu aku belah abah iaitu kak maria selamat diijab kabulkan di kampung bahru lumut dengan suaminya iaitu abang meor :D wah wah sangat meriah walaupun mengalami sedikit gangguan (masalah komunikasi) tetapi majlis dapat diteruskan dengan jayanya.

AKAD NIKAH 4 JUN 2011
sepersalinan masa nikah kak maria telah memakai potongan baju berwarna putih sesuci cinta mereka pada hari dinikahkan di masjid kampung baharu. masa nikah ni aku tak ikut sebab aku sibuk menghiris daun pandan untuk dijadikan bunga rampai :D hehe

pada malam tu pulak kak maria disandingkan seorang diri di atas pelamin dengan sepersalinan merah hati yang sangat menawan. pada malam itu terselah kejelitaan kak maria yang sudah dicalit mukanya make-up dan perhiasan indah. (aku pulak teruja tengok) cantik sangat tau dan dan tu pulak aku pun teringin nak macam tu. haha (berangan kejap)
suasana pada malam itu meriah juga dengan kedengaran paluan rebana ubi oleh kumpulan kompang//rebana kampung baharu lumut. siap dengan laguan arab didendangkan seiring paluan rebana tersebut.

HARI PERSANDINGAN 5 JUN 2011
pada pagi ni pulak aku bangun awal walaupun aku tidur hanya 2 jam pada malam itu.
(nyamuk banyak dan aku tak tahan) aku pun berinai jugak sementara tak boleh tidur tu.
pagi tu aku bangun terus je mandi sebab nak prepare lauk-lauk pengantin. aku diarah oleh mereka untuk membuat designe/decoration untuk lauk pauk. ukiran tembikai pun aku buat walaupun tak berapa cantik setanding dengan chef-chef dunia kan. haha. (gelak dalam hati)
bila lauk pauk semua dah siap aku rapping semuanya dengan plastik agar terjaga dalam keadaan yang baik.

pada jam 12 tengah hari tetamu mula memenuhi rumah pengantin perempuan. rakan taulan kak maria yang datang dari kuala kangsar pun tiba dengan ramainya. saudara mara aku juga turut hadir bagi memeriahkan majlis yang bermakna bagi kak maria dan abang meor. pada hari ini juga aku dapat berjumpa semua sepupu sepapat aku. kalau nak tanya miza adik aku tu dia dan adik-adik ku yang lain tidak berapa rapat tapi kalau aku mungkin sebab yang sulung jadi ringan mulut dan lebih rapat dengan mereka.

masa tu jugak la nak bercerita itu dan ini sebab bukan senang nak berjumpa kerana dah ada komitmen pada kerjaya dan keluarga masing-masing. tak kisah lah asalkan dia orang masih ingat pada aku.

lepas siap semua persiapan makan beradab pengantin aku mandi sekali lagi sebab nak bersiap dengan baju baru. baju ala-ala songket yang dijahit oleh mak aku pakai. baju aku dan miza sama dan 3 adik ku lagi pun sama tapi corak berbeza dengan kami berdua. (nanti aku upload gambar)

pada jam 1.45 petang pengantin lelaki tiba dengan segak umpama pahlawan melayu. memang smart la kan sebab pakaiannya ala-ala pahlawan melayu melaka. sepersalinan warna unggu menjadi pilhan pengantin ini. memang cantik sama padan dan sama indah. mereka bersanding dengan iringan kompang digital. (kompang alaf baru) ngeeee~

dah tamat majlis kedua-dua pengantin bersalaman dengan tetamu yang hadir dan beramah mesra dengan rakan taulan yang datang. lupa pulak function my dad and my mom kan. mereka berdua pada sepanjang hari perkahwinan ni mereka la jugak orang kuat untuk melancarkan program ni. my dad tak payah cerita la memang smart la kan my mom pun sama dress up kalah mak pengantin. by the way both of them are very competitive and very matured couple to arrange the event. tak tahu la pulak time aku kawin nanti macam mana kan. haha

hari bersanding esoknya pula (ahad) rumah lelaki. sepersalinan biru laut menjadi pilihan mereka berdua. memang cantik dan smart sangat sebab nampak keikhlasan cinta mereka berdua. masa dekat rumah pengantin lelaki ni memang tak dapat nak dilupakan lah sebab yang makan beradab tu aku dan adik aku miza. haha mak cik aku la yang suruh makan dekat depan tu mak dan abah pun sekali la join. dah pihak perempuan yang minta kami makan sekali dekat depan tu aku pun ye kan jelah. :D haha mana tak malu dikelilingi orang ramai melihat kami makan bersama raja sehari ini. makan memang cover habis la (ala-ala perempuan melayu terakhir) lawak je kan. tapi memang tak dapat nak dilupakan lah sebab first time in my life kan.
time aku dan adik-adik lambat lagi la kan sebab nak habiskan study dulu.

selepas habis semuanya aku dan keluarga pulang ke puchong (balik rumah la) suasana dan pengalaman menguruskan wedding day ni memang memenatkan kerana perancangan yang teliti dan matang perlu dibuat demi melicinkan majlis. apa yang aku dapat sepanjang majlis ni ialah semangat kekeluargaan adalah penting demi ukhwah fillah hingga ke akhir hayat. walaupun serba kekurangan aku tetap menyayangi keluarga belah abah aku ni kerana mereka juga sebahagian dari darah yang mengalir dalam tubuh ini. (cewah aku ni bersemangat betul) haha

(^_______________^) aku tengah senyum lebar ni.

p/s: penat dan melatihkan tapi thanks to my bie sebab temankan i sepanjang wedding ni sebab tu i tak sunyi dari u. sayang u bie :D (shhh~ takde kena mengena dengan korang pun)