Khamis, 29 September 2011

kehidupan sebagai mahasiswi

logo Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI

Asssalamualaikum dan salam berblogger kepada semua para blogger sekalian. :)

sekian lama dah tak update blog ni agak berhabuk dan agak suram dek kesibukkan diri ku yang kini bergelar mahasiswi :) Alhamdulillah diterima masuk dekat universiti idaman. :)

masyaAllah hari pertama memang agak biasa bila masuk hari kedua macam-macam perkara nak diuruskan agar semua perjalanan berjalan dengan lancar. apa yang membuat aku bertambah keletihan ialah kena lari-lari sana dan sini. banyak sebenarnya nak cerita tapi cuma aku belum ada kesempatan nak detail kan.

hari ni aku baru masuk kelas ragbi. kenapa tak percaya ke? hehe nampak susah tapi bila dah masuk baru tahu macam mana rasa feeling nya. :) okay lah nanti aku akan update lagi sebab masih lagi terasa kepenatan selepas balik dari kem kenal budi lalu.

Ahad, 18 September 2011

last day at home

bakal jurulatih sukan yg memang pemalu :)

Assalamualaikum semua pengunjung blog se-melaya yg hensem dan yg cun
hehehe :) hari ni adalah hari terakhir aku hendak melepak di rumah
setelah seharian menyelesaikan pelbagai urusan
akhirnya aku dapat rehat, cuma tak dapat buat medical cheack up jer lagi ni

semua sanak saudara telah tahu yg aku akan ke universiti
(hey tak berlagak laa) jgn la salah anggap.
sepenantian aku berbaloi dengan usaha yg dilakukan.
thanks cikgu-cikgu form 6 yg berdedikasi lagi baik hati
tadi baru jer call sir arjan selaku (guru muet) aku dulu
dia cakap macam ni ::
"ain, i'm happy for you girl, i know you are
hardworking girl and you deserve to this oppurtunity"
heee~ thanks a lot sir :) love ya !

petang ni akan ke rumah uncle boy :)
nak jumpa nenek/datuk saudara aku sekali dekat sepang
yg paling penting nak jumpa nendaku yg tersayang
iaitu moyangku Puan Khatijah@Maimon Binti Jantan.
She's the one i love in this world after my mom :)
dia yg jaga aku dari kecil tapak tangan sampai
la dah jadi orang yg complete :)
heee~ tak sabar yaw

after balik kejap lagi, aku akan buat double cheack semua
barang-barang yg perlu di bawa :)
Moga takde apa yg aku akan terlupa bawa.
esok yg akan menghantar aku adalah abah dan pakcu :)
mereka berdua dan InsyaAllah Hamizah akan follow jugak.

oke la korang aku nak sambung buat kerja dan
ni pun curi-curi masa nak online blog dengan facebook.
thanks pada kawan-kawan yg ucap tahniah.
(cewah dah ada semangat balik ni)
babai korang see ya soon if aku larat nak update.

p/s: ILOVEYOU boy even we are not perfect together

Sabtu, 17 September 2011

berita gembira !


kisah kau dan aku tercoret di laman maya membawa ke realiti

Assalamualaikum semua, :)
hanya coretan pendek dari aku pada hari ni
kerana semalam telah terjawab segalanya penantian

Alhamdulillah aku telah diterima masuk ke
Universiti Pendidikan Sultan Idris, tanjung malim.
hari isnin ni 19 september 2011 adalah
hari pendaftaran untuk kemasukan pelajar
ijazah sarjana muda 2011/2012 ambilan september.

suasananya agak gembira juga tetapi
banyak benda yang perlu di uruskan
kesibukan untuk menyambung pelajaran
adalah yang aku nantikan sekian lama
aku menyepi dari semua orang.

Terima kasih wahai Tuhanku,
Engkau kalungkan pemeberiaan ini
berkat dari doa kedua ibu bapaku.

sujud syukurku hanya ku tadah kepadaMu.
dan kepada lelaki yang telah hadir dalam hidupku
aku ucapkan sekalung kebahagiaan
kerana kau jua menjadi sebahagian episod
perjalananku ini.

p/s: semalam rumah terbuka aku, dan 15 september juga hari jadi mak aku. ILOVEYOUMOM

Selasa, 13 September 2011

sapa menyapa kejap I

"selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin"

Assalamualaikum you olls~! mOrning guys! how's your raya? ada best ke tahun ni? hopefully korang semua berbahagia disamping keluarga tersayang dan kekasih hati korang.

nak dipendekkan cerita minggu ni memang sibuk dengan pelbagai rancah program tak kisah lah di mana pun, banyak jer jemputan rumah terbuka yang dihadiri oleh aku :) walaupun saat akhir kena jugak pergi. aduhhh perut ini telah dipenuhi rendang, kuah kacang, lemang, ketupat dan pelbagai juadah yang terlalu mensenakkan isi perut aku. ==" i need rest la sebab asyik makan jer, ofkos la seluar jeans aku akan tak boleh aku muat lagi nanti. damn!

sepatutnya ke sepang, tapi tak jadi gara-gara jemputan yang terlalu banyak dan rumah aku yang asyik terbuka ni dah 4 kali buat rumah terbuka ni dalam sepanjang raya ni. dan pada jumaat ni akan diadakan rumah terbuka keluarga HASNI.

abah dah jemput kawan sekerjanya sama juga mak aku dan menjemput siapa sahaja yang dikenalinya. termasuklah diri aku yang telah menjemput kawan-kawan serta skandel-skandel aku. HAHAHA! eh khamis ni akan shopping barang nak masak lagi, aduh masak lagi kan.

esok nak kena bangun awal sebenarnya kerana nak teman adik aku interview dekat AIR ASIA (tahniah hamizah!) akhirnya she get it! :) dekat area kinrara jer but kena lah tidur lepas aku mencoretkan kata-kata di hikayat dang wangi ni. :)

baiklah, sebahagian kebahagian cerita hidupku ini akan dicoret lagi pada esok malam jika aku larat menulis :)

p/s: mata tak mengantuk tapi kena jugak tidur. nite korang!

Ahad, 11 September 2011

bie i sayang u

i love you bie!

bie,
walaupun ni yang pertama kali
i rasa i sangat bahagia dengan kehadiran u
i tahu mula-mula rasa macam tak yakin jer
i rasa u tak suka dekat i
tapi sangkaan i tersasar jauh
mungkin i sedar yang i tahu i ni tak setaraf dengan diri u
i tak lawa macam perempuan lain
i tak cun macam perempuan lain
i tak cantik macam perempuan lain
i tak perfect dalam keindahan ini
dengar macam i rendah kan diri kan?
but sayang i sangat sedar siapa diri i ni
dan u tak kisah pun macam mana diri i ni kan..

bie,
if satu hari kita jumpa lagi
i nak u tahu yang i memang sayang dekat u
everytime i nak say the same thing at your ears
u are everything for me sebab u save mylife
i know it's early for me to say this
but sayang
i really meant about it

bie,
if satu hari u akan rasa bosan dengan i
i hope u akan terus terang dengan i
i tahu i tak sempurna lagi
banyak kekurangan
i try yang terbaik
bagi hubungan i dengan seorang lelaki
yang i dah start sayang ni menjadi
tak kisah la bie, walaupun tak jadi
i akan redha jer even i know that
love is pain

bie,
if satu hari i takde nanti
u jangan sedih tau u doakan jer dekat i
semoga i bahagia
i pun tak nak u sedih tau atas pemergian i nanti
i tahu u mesti berkerut baca apa yang i tulis ni kan?
tapi bie ni lah yang i nak bagi tahu awal-awal
apa yang i rasa sekarang ni
kadang kala orang lain hanya kenal kita dekat nama jer
tapi orang tak kenal siapa disebalik pemilik nama tu kan

bie,
if satu hari i dapat hidup dengan u
berkongsi apa jua dengan u
i nak bingkis kan percintaan kita ni memang unik
sebab nya?
nanti la i bagi tahu dekat u
kalau jadi malam perkahwinan nanti i kasi tahu
rahsia lah bie

bie,
i sayang sangat dengan u
biar apa jua orang lain kata
i tak risau pasal tu
yang i tahu
i ada u dan u ada i

p/s: sekadar membingkiskan sedetik tinta maya dengan idea yang terlintas di fikiran ini.


Jumaat, 9 September 2011

OPEN house


snap gambar sup gearbox malam tadi :) tengs~to hamizah for this snapping


Assalamualaikum semua harap sihat dan dalam keadaan yang hepy :)

hey hari ni rumah terbuka sedang giat berlangsung di sekitar rumah aku dan korang sekalian.
oh sangat mengantuk dek dihimpit rasa tidak cukup tidur malam tadi. lepas sahaja solat subuh aku tertidur nyenyak umpama anak kecil yang sangat letih. mana tak nya bergayutan dengan skandel terhebat sepanjang zaman aku malam tadi, mana tak nya nak tidur terus jer lah menunaikan yang wajib :)

aku bangun tadi dalam jam 9.30 pagi, mengambil tuala mengatur langkah ke toilet dan menyegarkan diri dengan air pancut yang sangat sejuk. yeahh dah fresh walaupun mata aku agak stim sangat. dengan menyarungkan jersi harimau malaya berwarna kuning hitam bersama short jeans ni, aku mengatur langkah pula membantu bonda tersayang di dapur.

Oohh sungguh harum bau kuah kacang yang mak buat pagi ni, disebabkan rutin kebiasaan aku di rumah bangkit lewat hingga ke tengah hari nafsu makan aku menurun apabila waktu pagi, kerana dah terbiasa. (elok sangat lah kan buat macam tu)

dalam keseronokkan membantu mak di dapur aku pun baru nak mengacau sup ayam yang baru ditenggek, keluarga uncle boy ku dah sampai berserta anak dan isterinya. eh tak lupa juga nenek saudara dan datuk saudara ku serta juga moyang ku. jadi happening dan agak terlambat sedikit ketika menyusun juadah di atas meja. nasib baik kuih raya telah aku susun ke dalam balang istimewa bondaku itu malam tadi. jadi kerja dah ada yang ringgan dilakukan.

ketika sedang giat membantu bonda di dapur, aku diserang sakit perut tersangat ni mungkin disebabkan oleh sup gearbox yang aku makan pada malam tadi di puchong perdana. pergh malam tadi punya dinner memang best sebab sangat teruja dengan gearbox tu. :) rugi bagi siapa yang tak pernah nak mencuba sup gearbox ni, walaupun agak berlemak tepu yang tebal menyaluti lapisan sup tersebut, ohh tak ingat dunia jika rasa keenakan sup yang disediakan di gerai tu. jadi, kalau korang datang ke puchong datang lah ke puchong perdana dan cari
"GERAI SUP BOOM" harga pun agak murah dan kuantiti makanan tersebut luar jangkaan anda semua. aku dah try sekali memang masuk berkali-kali lah lepas tu.

p/s: agak keterlaluan pulak meninggalkan tetamu di luar sementara aku duduk di dalam bilik rehat dari tadi sebab terlalu penat. tak cukup tidur kan. oke baru aku decorate satu statement:

O-orang datang beramai-ramai menyambut ketibaan syawal yang mulia
P-penat memasak dari pagi tadi
E-enak juadah terserlah seri masakan bonda tercinta
N-nak tambah ? jangan lah malu-malu ye

H-hari yang meriah lain dari yang lain
O-obor api yang menyambut kemenangan berpuasa dahulu
U-untuk bekalan dunia hingga akhirat kelak
S-silaturrahim yang erat semakin utuh bersama
E-erti tulus ikhlas dari tuan rumah

Rabu, 7 September 2011

baby you are awesome!

bubu and lulu are perfect together

aku lihat dengan mata ku cinta ku adalah dengan mu
satu dunia ini, dan cinta kau telah mengambil diri ku
kau lah yang selama ini ku dambakan

aku berharap hati ku akan berada di samping mu
dan aku telah temui, hidup ku bersama mu
dan aku lagi berharap kau sentiasa ada di sisi ku
hidup ku selepas kehadiran kau lebih bermakna
sekarang, di sisi kau aku lebih selesa
cinta kau hanya dalam jiwa ku ini
dan tak akan ku lupa kan sayang

kita akan bersama menyemai cinta dengan tahun yang indah
kita tidak akan takut memperjuangkan cinta ini
kau akan bersama ku

kau menyembunyikan cinta kau dari ku
tapi sayang hati ku tahu hati mu
dan aku dapat merasai dalam saraf hidup ini
kau cinta kan aku

p/s: takde kena mengena dengan siapa siapa sekian terima kasih

Selasa, 6 September 2011

sepanjang syawal ini

with our beloved greatgrand mother
kerja mengedit gambar raya tak habis

Assalamualaikum w.t.b kepada semua blogger semalaya yang hebat dengan pena maya ini.
harap semua nya dalam keadaan yang baik dan sempurna mengikut acuan kehidupan masing-masing.

okela aku nak ucapkan selamat hari raya buat semua yang mengenali diri ini sebab kerana anda semua yang berada di samping diri ini selalu membuat diri ini bahagia. hahahaha :) nice one!

di saat kegembiraan yang mendatang mula lah pelbagai ragam yang timbul pabila sanak saudara pulang ke kampung halaman. aku punya kampung tak lah macam kampung still lagi macam bandar :) nak cerita la sepanjang syawal tahun ni memang best walaupun buat secara simple tapi kemeriahannya tetap menjadi ingatan ku selalu.

1 syawal
yeahh aku bangkit awal seawal embun pagi menitis la katakan, pagi ni sepupu perempuan aku yang paling muda iaitu maisarah yang pagi-pagi mengejut kami semua bangkit. hahaha telatah budak ni membuat ramai yang hilang sabar tapi apa boleh buat as long dia sangat comel :p
time pagi ni pakai lah baju raya seronok la sebab dah drees up memang cun dan puas hati.
sesi salam menyalam memang rutin la. :) sesi kutip duit raya pun berjalan dengan lancar dan aku pun yang dah mencecah angka 20-an pun still dapat. buat malu jer kak long dapat tapi biarlah dah pak menakan nak kasik kan. :p jangan jeles. but over all yang paling hebat raya tahun ni dapat raya dengan moyang tercinta. :) thanks onyang sebab ikut kita orang balik ke lumut.

2 syawal
time ni beraya la jugak dekat area rumah ni, tapi nak story petang ni kita orang mandi manda di teluk batik. sekian lama tak menjejakkan kaki di gigi pantai ohh alangkah seronok time petang tu. aku pun terjun ke laut dengan bebas sebebas ikan lumba-lumba. hahahaha yang bestnya keluarga pak lang murad pun join keluarga aku ke sini. :) memang terbaik dan sempoi la sebab dah lama tak dapat gath macam ni. kami sekeluarga memang rapat sejak dari kecil lagi. balik-balik jer terus mandi dan tidur dalam keletihan kegembiraan ni. :)

3 syawal
time ni ? apa ea tak banyak aktiviti cuma time ni dah start gerak pulang ke puchong sebab abah nak pulang awal. bertolak dari lumut dalam pukul 5.30 petang sampai di puchong dalam pukul 9.30 malam sebab ada singgah makan. :) raya ke-tiga dah balik rumah, kalau tahun-tahun lepas raya ke-tujuh baru balik. takpe la plan kena ikut bos kan.

4 syawal
time pagi ni hamizah dan mak shopping barang rumah sebab nak set up karpet baru dekat ruang tamu. hari ni memang la penat sebab kena kemas satu rumah. baru la cun, orang lain dah set up kita orang dah raya baru nak set up. time aku sibuk macam ni la skandel-skandel terhebat giat menelefon aku. hahahaha aku off handphone padan muka. sebab tak faham kesibukan diri aku. :p hahaha

5 syawal
pagi ni kena masak memasak walaupun aku bangkit lewat, kena jugak potong bawang dan seangkatan dengannya. mak masak nasi minyak dengan ayam masak merah, ada la kuih muih dan pelbagai makanan yang dihidangkan. kononnya open house untuk kawan-kawan dan jiran serta keluarga pak lang. tapi, petang tu kena gerak ke rumah uncle boy di sepang di ajak datang. kiranya beraya di rumah beliau lah lepas dah nak maghrib aku pulang ke rumah. time ni la baru open my house, mulanya layan keluarga pak lang jer tiba pula abah menjemput abang nizam jiran baru depan rumah aku ni. :) abang ni bujang lagi tapi dah 30-an umurnya. sedang rancak bersembang sambil aku membuat kerja di dapur tiba pula kawan hamizah menyerbu rumah ingatkan seorang dua, rupannya masyaAllah sedozen budak bujang. akan la pula nak halau kan jemput lah dorang masuk walaupun aku tak mengenali mereka. lepas jer set up makanan untuk dorang aku masuk bilik sambil mengurung diri sebab takmo campur. (agak segan) hahahaha

6 syawal
bagun lewat jer pagi ni sebab bermalam hingga ke awal pagi. hahahahaha :) oh time ni tak ke mana pun. duduk rumah kemas rumah sahaja.

7 syawal
bagun awal sedikit melakukan rutin seharian melayan facebook dan blogger :p
takde idea nak tulis apa sampai la pening kepala ni.


p/s: next saturday ada open house lagi dekat rumah i jadi nak contact semua kaum kerabat dan kawan-kawan menyerang rumah i. (terus bergegas mencapai fon blackberry) :p