Isnin, 31 Oktober 2011

I started reading the men's magazine

dengan tidak semena-mena aku terpikat dengan mamat ni. ewah takde la :p

Assalamualaikum and a very good afternoon to all out there. hye peeps! what's up and how's your life going? i hope all of you in good condition and more active then yesterday. why i'm talking in english? LOL please do not laugh at my grammar because my grammar always suck. hoho~

okelah aku cakap bahasa melayu tau. aku dah start baca majalah : men's magazine,
entah tiba-tiba excited sebab nak baca majalah tu, ofkos la majalah tu dalam bahasa inggeris 100% tanpa had limit fakta yang amat banyak terus membantu aku dalam menyiapkan assigment.
bak kata cikgu amin masa aku belajar dengan dia, bila kita dah masuk ke universiti dan bergelar mahasiswa mahupun mahasiswi kena ambil tahu tentang isu semasa dan pengetahuan am. tak kira ikut program atau disebaliknya. :) jadi apa jua keadaan kita kena pupuk semangat nak cari bahan kalau nak buat assigment.

baru tadi Dr. Ikhwan cakap masa kuliah : "jangan tunggu lecturer bagi notes baru kamu nak bertindak buat assigement/ exam, sebab nanti ketinggalan dan jangan lupa kegunaan internet iaitu Dr.Goggle klik sahaja dah keluar. okela korang aku ada kelas ni, esok malam dah start mid-term untuk pembangunan sahsiah. :) wish me luck.

p/s : dah 4 minggu ikut program penurunan berat badan aku dah berjaya pakai seluar jeans adik aku. :) yes go ain!

Rabu, 26 Oktober 2011

bila norain sedih

faizal said: i love you, then ain said: i love you too baby


Assalamualaikum dan salam satu malaysia, sebelum terlambat nak wish happy deepavali kepada semua rakyat malaysia yang beragama hindu. :) hehehe ramai jugak kawan-kawan aku yang berbangsa india menyambut perayaan ini.

sebenarnya aku baru balik dari berjogging sekitar saujana puchong yang indah ni. sambil sedang fokus berjogging aku terserempak dengan mak cik-mak cik jiran aku ni wahh sekarang ni pun dah take care about their health :) so satu perkembangan yang baik dalam soal kesihatan.

aku pun dulu sebelum tahu benda ni buat tak tahu jer makan apa nak, minum apa nak tapi bila berat badan dah melebihi had-had mula lah risau takut nak berhadapan dengan masyarakat sebab takde keyakinan nak bercakap dan sebagainya. tapi bila dah ada dalam program kesihatan ni aku mula ambil berat pasal apa yang aku makan, minum, aktiviti yang aku lakukan dalam seharian. sebab benda ni pun banyak mempengaruhi emosi dan kestabilan jasmani kita. actually nak cerita lagi panjang pun sampai tahun 2020 pun tak habis. jadi harap semua orang yang baca blog aku ni take care pasal kesihatan dia. okay!

hari ni dah masuk cuti yang ke 3 kepada aku, jadi assigment tak terusik lagi ni ada jeling-jeling jer la dari jauh. ewahh boleh relek pulak anak dara ni kan. :) hahaha

Oh kawan Oh lawan
okeh la nak story sikit pasal hal peribadi ni tapi bukan lah nak buka pekung di dada ini. aku dengan rasmi nya takda apa-apa hubungan dengan shamsul al-faqree tu di atas sebab-sebab tertentu, hanya aku dan dia sahaja yang mengetahui benda ni. jika ada sesiapa yang nak sibuk hal aku dan jadi stalker dalam facebook tu takpayah la sangat nak buat kan, tak bagi manfaat yang baik untuk kau dan aku pun. bahkan aku pun pelik kenapa nak selidik sangat pasal kekasih aku tu? yelah maybe memang hobi ye? apa-apa jela sebab aku tak sibuk hal korang dan korang jangan sibuk hal aku. aku bukan nak buat statement yang agak kurang tak baik tapi sekadar nak luahkan sebab benda ni berlaku dalam ruangan maya jadi penjelasan perlu di beri kepada sesiapa yang makan cili dia terasa pedas. siapa yang tak kenal aku tu jangan la suka-suka buat statement yang akan memalukan diri kau sendiri. yelah aku faham mulut tempayan mudah nak tutup tapi kalau mulut manusia? boleh ke? tak kan boleh. masyaAllah, harap sesiapa yang berkenaan sila lah jangan melemparkan lagi kata nista kepada aku. sedih tau korang tapi biar jela sebab aku memang faham orang yang jenis macam ni. :((


p/s : okeh la mood aku tak beremosi pun sekarang ni tapi cuma sekadar memberi penjelasan kepada korang yang ada disekeliling aku. nak tahu siapa FAIZAL? nanti aku bagitahu
terima kasih :)


Isnin, 24 Oktober 2011

maafkan i sayang

whatever you judge!

Assalamualaikum kepada semua.
just nak bagi tahu yang i dah break up dengan lelaki yang pernah singgah di teratak hati ini.
nak tahu sebab? tak payah la nak tahu, sebab takde kaitan pun dengan korang.

thanks kawan-kawan sebab bagi support, lagipun apa pun sangat aku tak nak jadi macam dulu lagi.
layan perasaan lelama nanti tension, huhu apa-apa pun aku tetap cool dan okay untuk hadapi benda remeh ni.

okela actually aku tengah tunggu my mom ambil aku dekat kolej ni, lama la pulak tu sebab online kejap ni, nak update something kan. orite semua gotta go.

p/s: tak larat dah ni!

Ahad, 23 Oktober 2011

kem air sungai perak kuala kangsar

time ni snap-snap dekat dataran putra kuala kangsar

Assalamualaikum kepada para blogger se-malaya yang memang obses dengan blog ni.
baru tadi ada baca dan usha-usha blog korang macam-macam perkembangan terbaru kisah hidup korang kan. ada yang dah nak kahwin ada jugak yang dah nak timang anak. Tahniah aku ucapkan walaupun korang kawan aku dalam alam maya ni. segala pengalaman hidup korang aku amek sebagai panduan baru untuk life aku jugak. tak nak cerita panjang sebab aku nak cerita pasal aku pulak.

kem air ni adalah sebahagian dari krusus pendidikan luar yang aku dan kawan-kawan yang berada di bawah fakulti sains sukan dan kejurulatihan. jadi benda ni wajib untuk sesiapa yang ambil krusus ni. agak mencabar sebab aku kurang join aktiviti luar macam ni sebab banyak kekangan lah kan time zaman sekolah dulu. tapi bila dah masuk U ni haishhh macam-macam la dapat rasa.

21-22/10/2011 tarik keramat bagi kem air kumpulan 1 :) kira friday team laa yang pergi dulu.
seramai 80 orang peserta bertolak dari gimnisium upsi pada hari jumaat tersebut.
bertolak pada jam 3.40 petang dan sampai dalam pukul 6.00 petang di kem intan suraya kuala kangsar. perjalanan yang menyeronokan tapi cuaca pun tak berapa baik sebab hujan.

nak dipendekkan cerita kan aku dengan pertama kali nya berkayak, beraftting dekat sungai.
wahhh ingat kan tak boleh tapi sangat seronok sebab pengalaman pertama handdle benda ni.

kawan-kawan pun sempoi tambah pulak badan fasilitator yang memang bagi banyak tunjuk ajar benda ni jadi sangat berharga ilmu ni. :) ingat perempuan tak boleh join ke aktiviti macam ni?
ofkos la boleh kan. sebab aku dah buat benda ni. hahaha. :) bak kata encik shariman
" ain kalau kita nak buat sesuatu kita kena ikhlas kan hati baru kita dapat apa yang kita fokus kan" thanks encik shariman sebab gud advice for me.

tapi misi aku dan kawan-kawan lain tak habis di sini jer sebab akan bersambung kem akhir PL pada januari depan dekat pulau pangkor .. hahaha dekat rumah atok kot. :) orite apa-apa pun aku cuma nak cakap kem air semalam memang terbaik dan luar biasa buat aku.

p/s : nak bla dulu sebab assigement nak di buat ni. okehh tangan aku memang sakit tapi walau sakit aku still steady. :) babai korang!

Ahad, 16 Oktober 2011

the new legacy of coaching

kenangan bersama kumpulan 5 bagi kem kenal budi di teratak riverview

sangat mencabar dan seronok! :)

my classmate


~the new legacy of coaching~

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia kepada semua pemblogger dan sekalian kawan kawan rapat aku.

terlalu rindu untuk meluahkan segala pengalaman baru aku dekat blog yang dah rasanya bersawang mengalahkan sarang spider. huhu~

dengan jadual yang padat dan segalanya bermula dengan begitu sahaja tanpa diketahui umum semua tentang diri ini sekarang.

dapat kawan baru yang dari pelbagai latar belakang, mengenali semuanya dengan spontan sekali. ada yang oke dan ada juga yang disebaliknya. kita nak kenal sesorang itu bukan nilai sekarang sebab nak teruskan perjalanan hidup ini berterusan hingga tamat pengajian.

aku tak tahu la kalau lappy aku ni okay takpe ni kadang kala oke kadang kala tak oke. ini telah menyukarkan kerja aku untuk diselesaikan dengan tepat pada masa seperti aku di tingkatan 6 dahulu. lappy ni la yang banyak berjasa pada aku. thanks to my mom sebab belikan. walaupun macam lama tapi still can use it without any problem, but after aku datang upsi nak guna, macam-macam problem. sabar jela. :)

sekarang ni aku dalam lost weight program dengan Dr. Nur Ikhwan, beliau ada cakap yang jika nak buat training program mesti fokus dan serius tak boleh main-main. (take notes)

so, aku memang sedang dalam program ni. memang tekanan yelah aku je yang lain orang lain semua atlet olahraga aku ni jer yang kurang sedikit sebab aku dulu aktif pun sukan berasaskan pergerakan tangan di padang acara balapan macam lontar peluru, rejam lembing dan lempar cakera. jadi pergerakan kaki agak kurang. walaubagaimanapun apa jua keadaan aku nak jugak mencapai target aku iaitu nak fit kan badan ni agar lebih mudah apabila nanti aku nak main sesuatu sukan.

baru-baru ni ke ipoh, jumpa cikgu tingkatan 6 aku dan junior aku yang bakal nak ambil STPM tahun ni. :) thanks to Encik Amin Zakuan Mohamad Ibrahim sebab bagi tunjuk ajar, dan Encik Mohd Nasa'i as my senior thanks jugak. dia orang menjadi pembakar semangat aku untuk aku lebih fokus untuk nak capai target. :)

okelah korang petang ni ada kelas, jadi gotta go and get ready.

p/s: nampak senang tapi susah, bukan senang nak jadi senang, dan bukan susah nak susah
hahahaha fikirkan lah korang. babai!

Sabtu, 1 Oktober 2011

hey blog i mish you so much!

tengah cari buku ni ada ke jual dekat malaysia ni? konfem mahal giler~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat semua pemblogger yang sememangnya tegar dengan penulisan walaupun bagi orang lain tak bermakna tapi bagi kita adalah satu kepuasan dalam menulis. :) dah lama tak berjiwang sambil mencurahkan idea yang banyak ke ladang gandum seperti masa-masa yang lepas.

sekarang bila dah bergelar mahasiswi aku pun telah diberi satu tanggungjawab yang besar oleh orang sekeliling yang mengenali diri ku ini. Oh Norain kini dah bergelar pelajar universiti. jadi nak kata nak melepak lagi adalah satu cerita lapuk orang yang tak tahu bagaimana kehidupan seorang pelajar universiti.
ASIGGMENT
Assigment pula menimbun bagaikan lembah sungai yang sering mengalir tanpa henti. dalam membuat assigment kali ini adalah satu keseronokkan dan satu pengalaman baru buat aku. macam-macam yang aku timba dalam 2 minggu di UPSI walaupun ada satu ketika lepas aku stress tapi kini stress dah bertukar kepada keadaan yang terkawal sebab enjoy dengan apa yang dibuat. memang penat dalam meniti suratan ini tapi kerana cita-cita yang tinggi aku akan teruskan. :) Alhamdulillah sangat sebab dapat menempuhi alam menara gading ini.
walaupun baru semester 1 aku akan cuba kuat kan hati tabahkan jiwa ini supaya ilmu yang sedang ditimba akan aku aplikasikan dalam kehidupan.

TAK RUGI MASUK TINGKATAN 6
aku adalah lepasan STPM dan aku berbangga kerana telah melalui satu perjalanan sebagai seorang pelajar pra-universiti yang dahulu sering diherdik dan dicaci oleh sebahagian kelompok di tempat menuntut ku dahulu (kisah lama aku jadikan sebagai satu pengalaman) dengan pengalaman tersebut aku jadikan jambatan agar aku gunakan semula refleksi tersebut ketika di universiti kini. Thanks kepada Cikgu-cikgu tingkatan 6 aku yang sering beri semangat dan motivasi supaya aku tak putus asa. Jadi kepada adik-adik yang sedang meniti untuk STPM tahun ni aku doakan korang semua berusaha dan teruskan agar peroleh keputusan STPM yang gempak. bagi aku belajar di mana-mana adalah sama sebab masih ada exam jugak yang membeza kan adalah setiap antara kita adakah berani untuk ambil risiko. apa yang cikgu-cikgu tingkatan 6 katakan dahulu memang sekarang memberi imej yang benar kehidupan sebagai mahasiswi. jadi aku tak berapa nak terkejut dan bila kena aku refresh semula apa yang pernah meraka katakan kepada ku.

RINDU DEKAT BLOG
hehehehe tak ada makna pun nak rindu ye? aku rindu kot yelah dah lama tak update if not hari-hari duduk depan pc mengadap blog dan suka blogwalking. tapi kini agak jarang dan kurang sebab busy. :) okelah korang nanti free aku akan update lagi tau. jaga diri jaga kesihatan!

p/s: sejak-sejak dalam kursus coaching ni bagaikan coach betul dah. :)