Khamis, 10 November 2011

Penyinggahan Tuan Puteri Seri Norain :D



logo sukan sea ke 26 yang diadakan di Indonesia

Assalamualaikum korang~! apa khabar? (ala-ala gedix) hey takde la memain jer laa~
hope korang semua dalam keadaan walafiat disamping keluarga yang tersayang. :D
bagus kalau semua orang happy dan masih mengamalkan gaya kehidupan yang sihat.

Hari ni ada cerita best dan tak best T_T

cerita best
  • hari ni, aku dapat pergi shopping dapat beli macam-macam (tapi bukan pakaian/kasut) jangan jeles~!
  • hari ni sekian lama tak makan fast food, akhirnya dapat makan (dirahsiakan makan apa)
  • dah dekat dua kali petang dalam seminggu cuti ni pergi jogging dengan my sister
  • semua hal PTPTN dah settle tinggal nak serah borang jer ni
cerita tak best
  • onyang masih tak sihat lagi, batuknya semakin teruk ==" sangat risau
  • hari ni hari last duduk rumah jadi, esok tak dapat nak jogging lagi dengan sister
  • hari ni tak hujan, jadi tak sejuk :) ini takde kena mengena sebenarnya
  • hinggus aku meleleh lagi, sangat tension~!
konklusinya, apa-apa pun aku nak siapkan segala assigment yang tergendala kejap ni :) diharapkan aku dan kawan-kawan kumpulan akan mempersembahkan pembentangan yang terbaik walaupun aku baru semester 1 :D jadi buktikan yang kita boleh~!


p/s: ada baca status tadi dekat wall kawan, pasal wakil Malaysia untuk Sukan Sea tahun ni dari pelajar UPSI jugak~! Proud to be UPSIAN and Proud to be MALAYSIAN :D

Selasa, 8 November 2011

Medical Cheack Up :D

i love this film and about tousands times i watched

Assalamualaikum dan salam satu malaysia kepada addicters blog ni :D hehehe sekarang ni tepat pada jam 1.44 pagi waktu tempatan, Alhamdulillah masih sihat dan dalam keadaan yang amat baik walaupun cuaca agak tidak menentu dikala ini. Baru jer hujan berhenti di luar, aku kesejukkan dek tidak tahan dengan suhu ni. dah pulak kononnya ada dekat oversea kan HAHAHA :p

Esok nak kena bangun awal tapi aku masih di depan PC, eh mana lappy? Lappy aku dah tak boleh nak start balik. entah kenapa dia macam tu? maybe sebab aku guna terlampau di tahap yang dia sendiri tak boleh tahan, mana tak nya 24 jam tak off, mana dia tak sakit.

aku nak kena buat medical cheack out sebab sepatutnya nak kena buat awal tapi disebabkan kekangan waktu aku terpaksa ubah tarikh masa break sem ni. jadi nak tulis banyak pun tidak cuma sekadar aku nak jenguk-jenguk blog kawan-kawan yang lain.

okela nak off dah ni :) selamat malam semua, aku harap faizal dah sampai di rumahnya dengan selamatnya. I akan tunggu u sayang even i tahu benda ni macam tak masuk akal :)


p/s: baru lepas tengok cerita "just go with it" hahaha seronok sampai lupa esok ada appoiment

Ahad, 6 November 2011

aku tahu

antara aku dan faizal adalah satu permulaan
tapi jika ini pun hanya satu persinggahan aku tetap akan redha

aku tahu dulu aku pernah gagal dalam percintaan
aku tahu dulu aku pernah terlanjur dengan engkau
aku tahu dulu aku pernah dipermain dengan engkau

baru sekarang nak melutut kegembiraan yang telah aku kecapi
selama mana kau buat aku dahulu
bukan hendak mengungkit tapi
diri ku tidak dapat menerimanya hingga kini
baru sekarang kau ingin ku kembali
satu pesan dari ku buat mu
pergilah dariku cari yang lebih baik dariku


p/s: kisah lama terimbas kembali

Sabtu, 5 November 2011

Selamat menyambut Aidiladha :D

sambil lepak dekat ruang tamu ni aku buat kad raya :)

Assalamualaikum dan selamat petang kepada sesiapa sahaja yang tak sengaja menyinggah teratak aku ni :D ahakz~!

happy aidiladha to all of you, semoga raya aidiladha pada tahun ni akan memberi makna erti pengorbanan sebenar kepada kita semua. Aidiladha adalah hari yang bermakna buat umat Islam diseluruh dunia memperingati peristiwa Nabi Ismail A.s dan Nabi Ibrahim A.s.
korang ingat tak lagi kisah ni? ke dah lupa cuma dengar waktu korang ada kelas agama dulu? okeh apa-apa hal cheack balik mengenai kisah ni oke.

Alhamdulillah semalam dah bekerja keras untuk masak-masak walaupun macam nampak ada curi-curi tulang tapi mak teruskan kerja dia. hehehe~ mak sayang kan jugak kami even kami buat nakal dan kadang kala mak tension dengan kami. KAMI refers to my sisters and i. hahaha~
semalam dah settle kan laksa, nasi impit, rendang daging, dan lain-lain tambahan.

selera memang naik la sebab mom's cook kan, jadi rugi if tak makan. tambah pula mak masak nasi lemak petang semalam, mahu tak tergugat iman. tengah rancak makan baru teringat program fitness aku. dah la semalam ada buat sedikit work out tak banyak pun peluh keluar.
jadi esok nak kena betul kan balik.

nak kena tengok balik program tu ain~! semoga target akan tercapai.

PAGI AIDILADHA
pagi dah takde tengahari yang ada. gara-gara malam tadi juga aku tertidur lambat akibat bergayutan aku lambat bangun. orang lain pakai baju raya hari ni aku pakai t-shirt dengan track sahaja. hoho~ sangat simple dan first time pakai macam ni, ialah if not tiap tahun pakai lawa-lawa. kedewasaan ini banyak juga memberi kesan ke atas diri ku. (setimental part la pulak)
mana tak nya aku belajar banyak lagi benda baru. ialah belajar ni tak akan habis hingga lah nak ke liang lahat kelak pun masih diajar. :)

dekat rumah ni aku rasa sunyi sebab pak cu aku dah pindah :( sangat sedih sebab dengan siapa aku nak bersembang dan bergurau senda selain dengan adik-adik aku. Pak cu jela yang rapat dengan aku, apa pun aku harap pak cu akan dapat meniti kehidupan ini dengan penuh kesabaran yelah lagipun sebenarnya dah masa nya untuk dia mendirikan rumah tangga tapi yelah calon pun takde lagi.

onyang aku ada dekat sini, :) tapi unfortunally onyang asyik batuk-batuk dan tak berapa nak sihat. :( erm sangat sedih tengok keadaan onyang yang sebegitu rupa. nenek saudara aku dan datuk saudara aku telah berangkat ke Tanah Suci Mekah pada minggu yang lepas jadi tinggallah onyang dengan uncle boy, tapi raya haji tahun ni mereka balik ke Johor jadi onyang stay lah rumah aku. :) nak borak dengan onyang lama-lama pun tak boleh yelah she's ill so much. i'm sadlly to see that. by the way i know she's the best to survive and a very bravery women i never had.

hopefully segala yang diniatkan pada tahun ini akan tercapai dengan kata kunci berusaha dan tawakal.

sekarang ni dah dekat petang, dan aku masih duduk di hadapan lappy kesayanganku ini. Alhamdullillah semua keluarga aku masih dalam keadaan yang sihat demi meneruskan kehidupan ini. :)

p/s: Faizal i love you~!

SAYANG


kerna kau selalu ada

Sayang,

Di ambang bulan sedang rancak bercahaya

Aku termenung mengadap jendela

Hembusan angin malam membuai aku

Bintang sedang elok bertaburan

Terbang fikiranku ke angkasa indah

Membuat aku kealpaan tentang dunia

Sayang,

Sejak kau hadir kau menjadi penyeri jiwaku

Menyelami perasaan setiap alir darahku

Hidup aku mula ceria seceria matahari terbit

Hari hari aku dimulakan dengan senyumanmu

Ragaku bersorak ria kerna kau ada denganku

Sampai mati juga aku akan ku menyayangimu

Antara kau dan aku kan terus menyinar

Yakinlah akan dengan ketentuannya sayang

Akan ku genggam jari jemari mu

Namun ku jauh darimu tapi aku sentiasa dekat denganmu

Gemilangnya kecintaanku padamu hanya aku seorang yang mengerti

Cintaku kasih hanya ku persembahkan padamu

Ikhlas tulus hatiku menyintaimu sayang

Nilainya tidak dijual beli

Tetap aku berpegang teguh dengan kasihku ini

Aku kan terus berjuang demi cinta yang satu hingga nafasku tiada lagi

26 jun 2011-puchong

cuti itu holiday

bersama rakan-rakan bawah satu fakulti sebelum
kelas anatomi dan fisiologi manusia bermula

Assalamualaikum kepada semua pemblogger tegar di malaysia yang serba indah dan sejahtera ini. diharapkan dalam keadaan yang sihat dan baik. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T sebab kita masih bernafas lagi sehingga ke hari ni. :)

BREAK SEMESTER
actually malam tadi aku baru sampai di puchong, minggu ni pun mak dan hamizah yang ambil aku sebab gara-gara barang banyak yang hendak dibasuh seperti kain baju, segala macam pakaian selama seminggu, entah kenapa dalam seminggu dua ni aku sangatlah tidak terkawal perasaan dan jiwa. tak tahu kenapa mungkinkah sebab assigment yang sememangnya menimbun atau lain sebab? okeh la malas nak cerita panjang sebab aku tahu korang bukan suka pun nak baca panjang-panjang ni tapi bagi bloggerholic pastinya tidak kisah mengikuti corat-coret pemblogger lain. haha

baru minggu lepas cuti raya deepavali, minggu ke-9 ni lagi tambah seminggu cuti sempena menyambut Hari Raya Aidiladha. :) tahun ni raya di rumah sendiri jer seperti biasa lah jika hari raya aidiladha ni memang tak balik lumut sebab abah cuti tak lama.

semalam hari jumaat, jadi memang ada kelas ragbi la untuk aku setelah tercatat dalam jadual waktu aku. tapi pagi semalam aku tak dapat nak melibatkan diri secara 100% kerana pagi tu aku diserang sakit perut (sengugut) mahu tidak guling-guling lantai. sakit yang teramat hampir mengalirkan air mata. then terpaksa lah text classmate aku datang, tapi lambat dekat padang. orang lain semalam main aku jer duduk tepi menahan satu sakit yang teramat. sabar jela :((
next kelas pulak Dr.Ikhwan cakap nak test setiap orang skill dalam permainan ragbi ni. tak terkecuali lah aku dan kawan-kawan perempuan yang lain. jadi get ready jer la kan.

ASSIGMENT : TUGASAN KUMPULAN DAN INDIVIDU
dalam minggu ni jugak aku diserangi stress kerana assigment dan pembentangan dah nak dekat tarikhnya. jadi persiapan ke arah itu hampir 50% baru tetapi tak complete sepenuhnya sebab ada tugasan kumpulan. jadi aku pun masih menunggu feed back dari ahli kumpulan tapi masih tiada jawapan yang spesifik tapi aku harap kawan-kawan aku yang terlibat dapat take note benda ni. yelah kerja kumpulan walaupun markahnya sedikit tetapi penglibatan kerjasama antara ahli kumpulan perlu ada kerana disitu akan dinilai akan pembahagian kerjanya. macam mana lecturer nak nilai tu aku tak pasti tapi yang pasti keyakinan dalam soal pembentangan ni memang memain peranan dalam penyampaian maklumat kepada rakan lain yang mendengar.

aku ni dah la lama tak bercakap depan ramai orang, kang mula lah arrousal and anxiety aku tiba di urat saraf ni. hahaha .. tapi yang penting aku akan cuba yang terbaik dalam soal pembentangan ni, sama juga kepada partner aku dalam microteaching ni. :) harap dapat bagi kerjasama yang padu demi kepentingan bersama.

p/s : nanti kisah akan bersambung sebab ada hal nak settle ni~ selamat bercuti