Isnin, 30 Januari 2012

puisi tersirat pendidikan luar

i'll never forget this moment

tika ini hujan di luar giat jatuh
basah ke bumi bertuah
takala ini angin berderu kuat tanpa bicara
hebat hinggakan aku alpa
anggan jauh bukan semena mena hilang kawalan
keriangan jiwa baru pulang dari tempat berkawanan
keindahan kenangan bersama di sana menjadi memori indah
kian aku terus dalam mimpi semalam tersudah
ingin aku hidup lagi bersamanya di sana
mencipta nama mencipta tenaga
biar itu menjadi saksi kita
mengukir bingkai kerinduan ombak sang pencipta
berjalan jatuh bangkit semula
tanda kita dah serasi bersama
indah nian kita melukis pelangi pagi hingga ke petang
tak kira cuaca mendatang
kita tetap utuh di sini
hinggakan aku juga yang ranggi
mencapai tanganmu yang jauh itu
cuba memberi aku senyuman di situ
nyayian kita membuai menusuk sanubari
membuat kita lebih berani
naikkan semangat yang kian rapuh
hinggakan hari pun membuka tirai subuh
bersengkang mata, bersengkang tubuh
walau diri terasa dipaksa
aku tahu kau dan aku tetap kuat perkasa
sayang seribu kali sayang kenangan ini sampai di sini sahaja
tak boleh nak ulang walau kau merakamnya
indah tak terperi siapa boleh bagi ?
hanya ini dapat ku nukil bicara yang kian akan terus segar diingatan

p/s: aku dah jatuh cinta dengan Pendidikan Luar T_T

kem amali akhir pendidikan luar yang telah berakhir

aku tak akan lupa kan korang semua !

Assalamualaikum dan selamat petang buat pengemar dan penyelak blog semalaya !
sedih laa korang tak dapat nak komen mengomen dekat tempat chat yang aku letak tu. :(( dah lama tak dapat feed back, tapi apa pun korang yang membaca blog aku ni thanks a lot~
dah dekat 4 tahun blog ni berubah wajah, kali ni aku pilih warna hijau pulak nak mendamaikan mata. aku punya blog tittle pun dah ubah kepada NORAIN'S JOURNEY hahaha~

yang nama hari tu aku saja jer sebab takde kerja kan. Okay sekian berabad tak menulis hari ni dengan gagahnya aku menaip walaupun penat masih berbaki dipelusuk kejiwaan ini. aku kan baru balik dari kem amali akhir pendidikan luar jadi sangatlah penat. tapi disebalik kepenatan benda ni aku ada kisah yang nak dikongsi bersama korang terutama yang selalu mengusha blog aku ni. hahahaha (kononnya femes la kan) :p

PERSIAPAN BERMULA
al-kisahnya, aku dah get ready nak pergi ke pulau pangkor selepas tamat final exam.
semua benda dah packing termasuklah mentaliti aku ni aku servis :) mengemas mengecheack segala macam benda yang perlu dibawa.

TELUK MURUH
hanya beberapa orang yang terpilih pergi dan sampai ke sini dahulu iaitu aku, classmate aku dan budak-budak sains sukan. loading barang dahulu dah sampai menantilah bot untuk mengangkut kami ke teluk segadas.

TELUK SEGADAS
di sini lah bermula segala pengalaman selama 12 hari yang aku lalui bersama kawan-kawan seperjuangan. Aktiviti yang kami jalani ialah aktiviti tali, kayak, berakit, snoorkeling, camp craft 1, camp craft 2 dan lepas buat semua aktiviti tu kami akan lakukan refleksi yang berteraskan 3 komponen iaitu psikomotor, efektif dan kognatif :)

BERONGGENG
seriouslly, sangat seronok dengan badan fasilitator yang banyak membantu kami dalam menjalani ke semua aktiviti. beronggeng ni bukan sahaja enjoy tapi nak naik kan semangat kami setelah penat menjalani ke semua aktiviti ni. menyanyi dan berpuisi pada malam hari menghilangkan segala penat kami.

PERASAAN
tak dapat nak aku tulis kesemua yang aku dapat, sebabnya yang merasa lebihnya setiap peserta yang mengikuti kem pada kali ni. banyak benda yang aku dapat dan susah nak ditintakan kerana perasaan itu akan terus menebal di hati yang memang rapuh dahulu kini telah bangkit sebagai anak watan yang ingin berjaya dalam bidang sukan ni. hey, bila balik dan kembali ke pangkuan keluarga aku sangat gembira bercampur sedih kerana pengalaman yang telah dilalui baru-baru ni banyak mengajar aku menjadi seorang wanita yang berani berhadapan dengan apa jua masalah yang akan datang, kerana setia masalah tak akan berakhir dengan air mata.
kepada kawan-kawan yang turut membantu aku dalam ke semua aktiviti aku ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kerana sekali jer kita dapat begitu dan susah nak gathering bersama lagi. aku tak akan lupakan kenangan kita BERpendidikan luar.

p/s: jiwaku terasa masih berada di Pulau Pangkor tika ini. nak pergi kem lagi !!! :((