Selasa, 14 Februari 2012

Azam oh Azam

ni yelah sebahagian daripada badan fasilitator untuk outdoor education
kalau boleh nak join dia orang lepas ni :) InsyaAllah


Assalamualaikum dan selamat petang semua pengusha blog se-malaya.
Aku harap semuanya dalam keadaan yang baik sambil ditemani dengan orang-orang yang tersayang. Bila rasa nak update blog time ni lah aku rasa ada sedikit kemalasan. Memang tepat mengatakan aku malas sejak cuti-cuti semester baru ni, lagi beberapa hari lagi akan pulang ke tempat pengajian dengan menyambung pada semester 2 pada tahun ini. Apa agaknya azam korang pada tahun ni? Atau aku terlalu lambat untuk membicarakan mengenai azam pada tahun ni ? Yelah tak sempat nak tulis pun sebab banyak benda yang perlu dibuat selain berblogger ni kan.

Tapi kenapa aku rasa macam kosong jer dalam jiwa ni, macam ada sesuatu yang hilang perlu ku cari kembali. Nampak sangat aku sangat emosional sekarang ni kan. Oke lah, aku sebenarnya dalam keadaan ketidakstabilan hormon ni, tu yang buat banyak perkara-perkara yang mengarut. HAHA, aku sorang jer tahu pun. :p

Okela apa azam aku tahun 2012 kali ni ::

1-Nak fit (tak payah nak pakai produk kurus sangat lahhh kan)
2-Kurang kan cakap dan kurangkan kontroversi (tak suka gosip liar)
3-Naikan pointer exam---> +tambah lagi 4.00 terus untuk semester 2 ni
4-Tunjukkan bakat sebenar (orang tak kenal aku memang suka buat cerita bukan-II pasal aku)
5-Nak bangga kan abah dan emak (make they proud with me )

p/s: okee bye-II korang ! semoga korang pun dah pasang azam

Jumaat, 10 Februari 2012

Coret sekejap sebelum tidur

lukisan dari "abang mat"

Assalamualaikum kepada semua umat manusia yang masih belum tidur. Asyik melayan alam maya facebook, twitter, yahoo mail, skype dan seangkatan dengannya kan.

sedar atau tidak jam menunjukkan pada waktu tengah malam iaitu 3.00 pagi, elok sangat lah ain ko tak tidur lagi kan. jadi burung hantu la kan.

cuti semester ni aku merasakan sangat panjang, walaupun masa dekat kem pendidikan luar hari tu akan rasa cuti lepas ni ialah cuti yang pendek. mungkin sebab tak banyak aktiviti yang aku buat dekat rumah ni. work out buat tak ain ? buat la jugak. hahaha kawan-kawan aku yang lain sibuk dengan kem MASUM aku pulak? huwarggh ! :(

p/s : oke la esok sambung tulis lagi. aku sekejap jer ni singgah coret ! k bhaii !

Rabu, 8 Februari 2012

Siapa aku ? Hanya aku yang tahu

with my happy sisters

Assalamualaikum dan selamat petang, wah cuaca petang mendamaikan dengan matahari yang kian hilang dari pandangan kita.

mesti ada yang sedang giat menyediakan minum petang bersama keluarga tercinta kan pada waktu sekarang ni. masak cucur ke, apa ke kan. terasa seronok apabila dapat masak sendiri ni lagi-lagi untuk orang yang kita sayang.

setelah berada di rumah dalam seminggu nak masuk dua minggu ni, biasa lah pemakanan selalu menjadi tidak terkawal. mana taknya sekejap masak tu sekejap masak ni, jadi pengawalan pemakanan adalah sangat kritikal. baru-baru ni ada ke rumah pak lang sebab ada BBQ lepas tu esoknya ke rumah uncle boy di sepang. mengubat rindu yang lara setelah berpenat lelah di tempat pengajian. Alhamdulillah semua orang sihat belaka. Apa jua yang telah aku lalui di semester 1 lepas banyak mengajar aku untuk menjadi lebih lagi matang dalam sesuatu perakara. Tapi ada perkara yang aku masih terfikir buat aku rasa sedih mengenangkan walaupun aku sendiri tahu akan sebabnya.


Apabila kita memasuki ke alam maya ni macam-macam lah yang kita akan lalui kerana setiap hari kita melayarinya dengan pelbagai situasi. kadang-kadang kawan-kawan yang dahulu masih tak mengenali diri aku, terus membuat anggapan yang aku ni jahat sebab dot..dot..dot..
"YaAllah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, kerana aku ni insan yang lemah"

kenapa perlu dipersoalkan jika korang tak kenal aku siapa? ada pernah nak mengenali aku dengan lebih rapat ? siapa diri aku ? pentingkah untuk korang menghina aku ? sungguh sadis jika aku diperajudis yang tak benar kan. biar apa pun aku tetap pendirian begini. siapa pun aku, hanya aku sahaja jer yang tahu.


p/s: janganlah kita menunding jari atas kesalahan orang lain kerana 4 jari kembali kepada kita