Isnin, 26 Mac 2012

Berhenti sekejap

pada malam coaching yang lepas perjumpaan semua coach-2 mengikut batch

Assalamualaikum kepada semua yang sedang membuka blog aku yang tidak seberapa ini. Kian kalinya aku menulis mestilah meluah atau menceritakan sedikit sebanyak pengalaman aku di tempat orang.

Aku baru sahaja pulang dari klinik ditemani rakan kelas ku Angellica Felix yang hadirnya dari sabah. Banyak menolong aku, walau aku pada mula susah untuk mengenali beliau tapi lama kelamaan aku amat mudah mendekati gadis kecil molek ini. Susah senang aku juga aku kongsikan padanya walau dia tidak kenal siapa aku sebenarnya. Wah-2 ain kemain ayat jiwang kau kan. apa pun perjalanan masih perlu diteruskan walau aku didatangi oleh demam yang kian merebak ini. sakit tekak ku dibasahi dengan darah di tekak, oh sangat tragis ku rasakan pada saat ini.

Sekian kali kadang kala aku rasa sangat susah hati, entah mengapa aku tak pasti. Hati ini bagaikan dicarik-carik oleh benda tajam yang kian melukakan hatiku sendiri. Apa yang aku sedang fikirkan pun aku jua tidak mengerti. Biarkan sahaja aku berehat sementara menunggu demam ini rebah.

p/s : balik-2 rumah aku terus menulis di blog ini, cuba meluahkan ceritera yang terbuku di jiwa.

Ahad, 25 Mac 2012

Saya tak sihat

kenangan sem lepas bersama ika roomate aku :)


Assalamualaikum pemblogger sekalian, sekarang ni dah tepat pada jam 1.36 pagi waktu tempatan ditemani cahaya bulan yang sedang giat memancarkan cahayanya. aku pula ditemani oleh roomate ku yang awesome ika, dia dah pekena 2 cawan nescaffee 3 in 1 tadi membuatkan dia tak boleh nak lelap.

aku pula diserang penyakit tambah pula sengugut yang amat menyakitkan hingga aku berguling-2 di atas tilam yang empuk ini. (empuk kah ?) hahaha. Ika pula sedang sibuk menggunakan style yg baru akan pemakaian tudung nya :) nampak sweet sangat.

aku sangat tak faham kenapa hinggus ni meleleh lagi, hinggakan terbatas pergerakkan aku untuk melakukan kerja-2 lain. tensionnye wehh ! dah la sejuk tambah pula cuaca yang sangat tak menentu ni membuat aku rasa sangat lemah.

yaAllah engkau kuatkan lah aku nak hadapi hari esok, dah kau beri jumaat, sabtu dan ahad untuk buat tugasan tapi aku diberi nikmat sakit. walau begitu aku tetap bersyukur kerana dikurniakan kawan-2 yang sangat take care dan penyayang kerana jaga aku disini, termasuk lah jugak mak aku. :) tadi call sekejap mintak masukkan duit, sebab agak kekeringan sejak 2 minggu ni.

Thanks to Jc kawan aku yang baik hati. Jasa korang hanya Allah jer yang dapat balas semoga dengan ini aku akan kuat berusaha dalam memperjuangkan diri di tempat orang. Nak kata tu pahit dan manis memang masih tersemat tiap-2 hari aku di sini. Nak kena banyak bersabar dalam apa jua yang dilakukan. Semoga apa yang aku tulis ini akan korang juga contohi, yang mana baik oke la yang mana kurang tu jangan lah oke korang :)

p/s : okay nak sambung buat kerja-2 tergendala ni, selamat pagi !

Ahad, 18 Mac 2012

catatan sekilas lalu

Esok pagi ada kelas softball tapi teori jer :)

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua penyelak blog-blog se-Malaya mahupun dari pelbagai negara yang melawat blog aku yang tidak seberapa ini.

Alhamdulillah, masih lagi berpeluang lagi untuk menghirup oksigen yang telah dijadikan olehNya. :) Hujan masih lagi turun membasahi bumi bertuah ini tanpa hentinya. Angin sempoi-2 bahasa menyapa diriku yang terperap di dalam bilik ini. :)

Sabtu dan ahad dilimpahi dengan pelbagai kerja yang sering sahaja tergendala :) Banyaknya tugasan ilmiah tidak lah terkata, aku cuba jugak buat secara perlahan demi memahami apa yang dikehendaki oleh para pensyarah.

Ika roomate aku masih tidak pulang kerana ada kenduri yang berlangsung di kampung halamannya teluk intan. Jadi aku pun sorang jer lah di dalam bilik selama 3 hari.
Nak call mak pun tak dapat lagi, maklumlah duit pun tidak berapa cukup kerana PTPTN pun dah selamat digunakan kerana membeli laptop baru untuk mudahkan kerja-2 aku.

Aku tak tahu nak coret apa kerana sekejap jer ni singgah sebab rindu dengan blog usang ni.

p/s : apa-2 pun berlaku aku tetap redha dengan ketentuanNya.

Khamis, 15 Mac 2012

Semester 2 yang Awesome


Assalamualaikum kepada semua pengusha blog se-malaya yang aktif mengusha-2 blog orang lain pada ketika ini :)

semester 2 ni tersangatlah sibuk hinggakan aku susah untuk membahagikan masa dek kerana jadual yang pack dan penuh umpama tin sardin yang sememangnya penuh.

pada semester 2, usaha untuk meningkatkan pointer adalah sangat penting kerana aku tidak mahu ketinggalan untuk merasa mendapat dekan seperti senior-2 aku yang sangat hebat dalam study mereka. bagaimana mereka membahagikan masa untuk belajar dan sukan adalah amat penting bagi aku mencontohi tauladan yang mereka telah berikan kepada diri mereka sendiri.

subjek-2 pula agak kritikal kerana pada kali ini jumplah kredit aku adalah 18 jam seminggu dan pada semester yang lepas hanya 16 jam seminggu. jadi sebab itu lah kena usaha lagi bagi mencapai target yang diingini. walaupun banyak persaingan antara kami semua tetapi bagi aku kerjasama antara satu kelas adalah sangat penting untuk sama-2 berjaya di dalam pelajaran ketika menuntut di universiti.

kali ini ada 10 subject list yang telah aku senaraikan bagi memudahkan perjalanan semester 2 ini.

-motor learning and control : dr.jeffry
-philosophy, ethics and sport aesthetics : madam hazyanti
-professional skills for swimming : mr. sadzali
-professional skills for gymanastic : mr. zaiman 
-basic science coaching : dr. hazuan
-exersice physiology : dr. sani
-softball : mr. roshdan
-badminton : mr. roshdan
-academic malay discourse : mr. khairul
-english communication 1 : dr. tengku safinas

jadi total semua ialah 10 subject plus ituu ada dekat padang secara mudahnya. dan nama-2 tu adalah tenaga pengajar kami yang sememangnya sangat awesome :)

oke nanti aku sambung lagi corat-coret ni :) nak pergi mandi manda