Khamis, 26 April 2012

Kem Air Sungai Perak, Kuala Kangsar

Assalamualaikum dan selamat malam. Jam menunjukkan pukul 12.17 tengah malam, aku baru fresh kan diri selepas aku ditimpa hujan yang lebat tadi masa ke gimnasium. Ada kelas gimnastik kot tadi, seperti biasa aku agak kurang konfiden nak melompat-2 tapi paling aku suka guling-2 .. hihi sangat seronok tauuu tak. :D

Okay korang, esok aku nak ke kem intan suraya, kuala kangsar untuk kem pendidikan luar II untuk kem air. Tapi kali ni aku sebagai fasi bengkel, baru join. Hope dengan kejoinan aku ni aku dapatlah timba ilmu baru pasal outdoor ni. Yelah orang cakap, benda ni bukan orang sukan pun tahu. Ermm dan kalauu orang sukan tak tahu, tak boleh jugak kan. Jadi kenalah ambil tahu dan sentiasa terbuka fikiran untuk mencuba benda yang baru. Yes yes ! InsyaAllah ni adalah satu permulaan baru untuk aku dalam bidang ini. Ameenn ya rab ~













dengarkan lagu "khabar buat teman" yang sentiasa segar diingatan ini.




ini antara fasi senior abang coke, abang man, abang mie, abang niqman dengan dingi
kayuh jangan tak kayuh, ni masa rafting last year untuk batch aku.


aku sebenarnya dah mengantuk ni, tapi kerja pembetulan penulisan ilmiah untuk subjek wacana bahasa melayu tak siap lagi. esok pagi encik khariul nak dah tugasan tuh. moga dapatlah siap :) tak sabar nak pergi kem ni sebenarnya .. semoga perjalanan kami semua esok dirahmati oleh Allah Taala.


Okay guys ! jom fokus, esok adalah hari penentuan. What a great feeling right now.
Be Awesome everybody !

Jumaat, 20 April 2012

Pagi sabtu yang normal

Assalamualaikum dan selamat pagi. Setelah sekian seminggu aku tak update last pun seminggu lepas lah kan. Apa cerita ni lepas layan "American Pie" aku layan lagu kahwin. Kompang dipalu lah, bunga rampai la, apa lah kan. Kemaruk nak berkahwin kah aku ? hahaha padahal last week cakap apa yer ain ?

Actually minggu ni adalah minggu-2 yang kritikal buat aku kerana macam-2 lah perkara yang tak diingini berlaku sepantas kilat. Dengan assigment nya yang melambak, melimpah ruah bagai diladang gandum. Apa-2 pun aku masih mempunya kesabaran untuk menyorokkan perasaan sebenar depan semua orang. Tapi dia orang still nampak jugak. Last-2 aku menangis. :( bila kita dah cuba yang terbaik tak semuanya akan jadi terbaik kan. Biarlah kita mencuba dari tidak mencuba kan. Biar jela, apa nak jadi as long benda ni memang akan memotivasikan aku untuk jadi lebih baik dari hari semalam.

Aku rindu gilerr dekat mak aku, dah dekat sebulan tak jumpa. :( seriously sangat rindu family aku, padahal sejam dah sampai puchong tuh. Tapi tengok lah maybe hari ni dia orang nak datang ke sini. Kalauuu lah kan.

Sekarang ni confius jugak either nak pergi kem air tu atauu tak ? AIN PLEASE LAH ! 
erghhh ! tolonglah aku. nak buat keputusan ni bukan mudah.

kenangan dengan cikgu nan (senior segala fasi dekat malaysia ni) 
entah la aku buntu nak tulis apa lagi ni, kejap lagi ada idea aku akan betul kan balik.

Jumaat, 13 April 2012

| perjalanan ini |

Assalamualaikum dan selamat pagi malaysia. :) sekarang ni tepat pada jam 6.09 pagi waktu tempatan. Aku masih tak tidur dan masih sibuk ? sibuk kah aku wahai jiwa-jiwa sekalian ?

mencari sinar bahagia, adakah masih ada harapan atau aku masih muda untuk memikirkannya ? 

Masa hanya digunakan mencari maklumat selagi boleh untuk menyiapkan kerja-kerja untuk semester ini. Apa jua yang berlaku cuti semester ini banyak mengubah haluan aku sebagai seorang wanita. Wanita kah ?
Kadang aku terfikir bagaimana aku hendak membuka pintu hati aku untuk seorang lelaki sekali lagi ? Arghh kusut kan, tak payah nak kusut kan kepala kauu ain ! Tapi kan, entah la korang aku pun tak tahu nak cakap dan mecoretkan peristiwa hidup ku ini. (bunyi macam putus asa jer kan)
tak maksud aku ni, banyak benda yang aku kena lakukan dalam masa yang dah tak banyak ni.

My mom always reminds me that : 
"ain, if you wanna love somebody do you mind please love yourself first." 

okay tu ungkapan mak yang selalu aku dengar kalau aku buka soal percintaan dengan mak. That's my life friends, aku sejak-2 dah putus dengan seorang tuh aku ramai didekati dengan lelaki-2 dengan lebih mesra kawan-kawan lelaki lah. Tak ada hubungan yang serius pun sepanjang ni, tapi ada juga nak bukak bibit-2 cinta tapi aku sendiri banyak alasan tersendiri untuk aku tidak jatuh cinta lagi dengan mereka.

Muka aku yang sentiasa kusut kadang-kala bulan mengambang ! 


Commitment in Love Ain ! 
shut up to people who always wasted their time to asking my personal life. Thanks for your keeping mouth shut. :) Bukan apa tahu tak aku dah bosan kenapa semua orang termasuk orang-2 yang tak pernah mengenali siapa itu NORAIN nak sibuk dengan my life !

maybe some people think, kalauu tanya maybe tu adalah sifat semulajadi mereka caring pada aku. Padahal nak jaga tepi kain kan ? | sorry to say friends | tapi kebanyakkannya macam tu kan korang. I hate myself when hate my own friend. Siapa kenal aku, aku memang banyak cakap tiap masa tak habes-2 cerita sampai orang naik menyampah kot. (Entah aku tak tahu)

pasal siapa boyfriend aku biar lah masa ni yang mengikuti perkembangan aku yang kini sangat sibuk dengan life sebagai mahasiswi. | should you talk like this Ain ? huh ! |
yer aku faham, nak menjatuhkan seseorang lebih senang berbanding kita nak menaikan seseorang kan ?
apa jua yang orang  nak cakap pasal aku, aku tak kisah dah. I know the best for myself. Allah knows the best for me.

cerita pasal komitmen, kini komitmen aku hanya untuk PELAJARAN kerana sudah sampai aku di menara gading ini bukan senang. Kalauu nak buka lembaran yang lepas memang malas la aku nak cerita balik sebab aku sudah anggap benda tu sudah lepas. Walau ada seorang dari rakan seperjuangan aku yang kini, masih berbaki kemarahannya pada orang yang bertanggungjawab dalam mendidik kami di sekolah.
| forget the past and come to the reality now dear |

Komitmen aku pada pelajaran adalah penting ! yer semua orang berbicara pasal komitmen ni. Tapi guys, reminds for me too. Sometime we waste time kan. Plus we lived in world which is the anwers just on your fingertips. Fbing, Twittering, Yming, Skyping, and so on kan. Eghhh ! teruk la ain neh ! kerja banyak buat bodoh lagi kan. ( actually suka buat kerja last minute )
| but i'll finish my work after i get the idea, nevertheless i'll work on until i satisfied with mah self |

Hari ni dah masuk hari sabtu, jadi berbaki 2 hari lagi untuk sampai  ke hari isnin .. sangat mengujakan kah ?
apa jua yang akan berlaku, aku try reminds balik
"SIAPA DIRI AKU, ASAL AKU, KETURUNAN AKU, MATLAMAT AKU" ke sini.

please betulkan niat, tenang kan hati. Bersihkan jiwa yang lara-2 ini dengan mengubat alunan zikrullah di hati ini. YaAllah, kauu ampunkan segala dosaku agar aku dapat menempuh hari ku dengan mudah. Biar lah apa jua berlaku, kerana aku tahu "AKU ADALAH AKU"

p/s : aku nak siapkan balik report-2 yang tergendala tuh, bila last minute aku banyak idea nak tulis.
( giler tak kepala otak aku ?)


| we're planning, but the ones who decides for us is HIM |

Isnin, 9 April 2012

Assigment oh assigment

Assalmualaikum kepada semua yang rajin usha, atau nak buka blog aku yang dah utuh selama berapa tahun entah aku pun tidak ambil calculation nya. :) Malam ni hujan lagi, membuatkan aku sejuk tahap gaban tahu tak ? dah la alone ranger dekat rumah ala-2 appartment ni. Hari ni dah masuk hari yang kedua cuti semester, yang dah balik mungkin banyak aktiviti yang dilakukan di rumah bersama keluarga tercinta mahupun kekasih hati masing-2 kan :)

Banyak sebenarnya kerja-2 aku yang masih tergendala dan aku pula masih tak siapkan. Apa kata aku nak listkan kerja-2 tergendala dekat blog aku ni.

yang ini dalam skrin, aku suka mencatat tapi buat nya ?
buat kah ? ofkos lah guys ! but tengok mood ...
yang itu dalam skirn lappy aku, yang nak senaraikan masih berada dalam otak aku ni, aku duduk terfikir nak start yang mana satu ni. :) okeh lah korang aku nak buat kerja dulu okay. 

p/s : entah apa-2 yang aku corat coret dari tadi ni, happy day guys !

Sabtu, 7 April 2012

Bila cuti pertengahan semester aku tak balik

Assalamualaikum w.t.b dan salam malam pada hari ni. :D 
Oke aku stay seorang ditemani dengan kawan aku Nur Aidafitri yang tengah skype bersama aku. 
tadi lepas jer bangun tengahari aku terus ajak Jc ke kedai makan, dan menikmati kira makan petang merangkap makan malam tapi lepas jer makan tadi naik-2 bilik then terus tidur diulik mimpi. 
Plus hujan lebat melanda di bumi Tanjung Malim ni. Agak lebat dan melenakan sesiapa sahaja yang tertidur tadi. Sangat bosan sebab stay seorang diri, okay disebabkan aku seorang aku harus berani. 
(oke dun say anything guys ! ) 

Kinetic Re-energisation 
apakah itu ? nak dijadikan persoalan aku terbeli lah air ni tadi dekat 7E then terus buat snapping picture letak kat fb aku. After ada yang komen, then komen tu agak membuat aku terfikir akan betul nya cakap saudara seorang ni. 

"dulu masa keje 7e..kalau xsilap air ni dia ada perkataan non alcohol..better jgn minum sebab kalau ada perkataan mcm tu biasanya produk buatan carlsberg..sila betulkan jika saya salah.."

aku buat some research pasal benda ni, then terbuktilah walaupun air ni sedap. Bahawasanya air tersebut dikeluarkan oleh satu syarikat arak yang ada di United Kingdom. erm, oleh sebab ituu guys jangan beli sebarangan tauuu. Kinetic Re-energisation drink tu diaa link dia. 

ini lah dia minuman nya, perisa woodberry


p/s : Okay aku mohon keluar dari blog, sebab nak skype dengan faizal .. k bye ! 

Khamis, 5 April 2012

Fundamental of Gimnastic

Assalamualaikum w.t.b kepada semua orang.

Tak mahu banyak cakap kerana agak kekenyangan perut aku sekarang ni. Memang la tak banyak nak bercakap sebab hanya menaip bait kata di sini. Hari ni sepatutnya aku ke latihan hoki kerana aku baru dilamar oleh coach hockey upsi. Betul ke ni Ain ? Lantas aku pun memang bersemangat nak pergi tapi petang tadi hujan lebat sekali.

Baru jer melantak meggi perisa laksa sat-2 ni. Jangan nak marah sangat lah kan. HAHA.
Sejuk dan kabus banyak jer aku tengok di luar tuh. Aku ditemani oleh Wawa. Nak tolong dia buat assigment bahasa Inggeris, katanya nak guna suara aku. :) tengah tunggu dia cari dialog sebab nak rakam dalam lappy.

aku pula lepas jer dari kelas gimnastik tadi, tak pergi mandi pun.


Anything you have to trust your ability Ain !
wooh ain sangat mushuk ! tapi dah cooling down tak mushuk la. nak tengok tak aksi-2 gimnastik aku tadi ? jom lihat snap-2 yang dilakukan oleh akak senior aku tadi di gimnasium tadi Akak Anis ada aku tag dekat facebook dia.
fakta sebenarnya aku tak mampu melakukan aksi-2 yang diajar oleh Encik Mohd Nurul Zaiman dari UPM . :/ sangat sedih tapi aku kena juga berusaha ke arah untuk aku buat macam dia orang.
orang lain boleh akan aku tak boleh kan ?

Untuk renang pula, aku dapat rasakan aku ada peningkatan untuk lebih maju. :) kena konfiden kan, eh tapi kenapa laa gimnastik ni aku tak boleh. :( Next sunday will be our tour to MSN sebab ada pertandigan gimnastik di Kuala Lumpur. Jadi InsyaAllah akan ke sana dengan semua pelajar semester 2 dan 3 yang ambil kelas gimnastik ni. Tak sabar nak tengok dan menimba ilmu lagi walaupun aku tahu kemampuan aku takat mana. Jangan patah semangat tapi percaya pada diri sendiri. !
guling-2 aku memang suka !

yang ni nama dia drill untuk kita buat cart- weels supaya tegang di bahagian abdomen tuh.aku suka buat yang ni jer, lebih kurang ala-2 plank la

p/s : oke la anda semua, nak mintak diri dahulu. Esok nak start dah cuti pertengahan semester 2 ni.

Ahad, 1 April 2012

Ceritera persinggahan sebentar

Assalamualaikum, kepada semua pengusha blog se-malaya yang kian meningkat ramai. 
Alhamdulillah kita masih lagi bernafas dalam keadaan yang lega kerana Allah masih sayang akan kita. Aku menulis pada malam ini kerna bukan ini ingin berkhutbah atau hendak memberi nasihat atau apa, tetapi aku terbelenggu sementara kerna sepanjang perjalanan ini banyak yang telah dilalui sepanjang semester ni di UPSI. 


Ramai yang bagi feed back yang bagus dan membina untuk aku membaca, ada juga mengherdik aku. 
Kata kawan-2 aku dekat sini tak payah hiraukan apa jua orang nak kata tapi entah la aku malas nak memanjangkan lagi cerita yang tak mungkin berkesudahan ini. 


Untuk semester ni perjalanan masih okay lagi, cuma ada juga subjek-2 yang aku rasa berat macam motor learning dan kelas gimnastik. Bila mak dengar aku cakap. " Mak, kak long tahun ni ambil kelas gimnastik, then she said biar betul my daughter ambil gimnastik ?" she don't relizes that i'm taking that course for this semester. By the guys, rasa macam nak patah tulang aku buat rolling-2 ala-2 rolling the deep tuh. HAHA. 
What a interesting class i had :) Alhamdulillah, my trainner pun okay jer. He supports us, if we think we can't do some steps he will saying a motivational word to us incourage ourself in the class. Okay that's for gimnastic class. 


Let's move to the next class, which is we called as a swimming class. Okay for honestly if you ask me, do you really like to swim ? the answer will be YES i like to swimming BUT guys, sorry i'm not really good in swimming. Baru jer second week my lecturer said that i have improved my skill in the pool. Alhamdulillah, itu sebab sampai aku pun lemas-2 then terus demam. Then for the next monday aku tak datang. Okay thanks to Angelicca Jc because her acompany me went to the clinic :) 


hey, everybody sayin' that ain kauu sudah kurus ! 
i'm with kay, lye and jc. Incredible coaching girls attack ! 


nothing to write anymore, okay i'll stop here. have a good day people!