Isnin, 22 Oktober 2012

| Dulu buat aku, kini |


Assalamualaikum dan selamat pagi semua orang yang ada di sekeliling blog aku ni !

Pagi ni, aku bangun awal dek dikatakan ada kelas pagi ni, tap dapat masej dari Dr.Mohammed cakap kereta dia tak boleh jalan pagi ni. Beliau tinggal di Kuala Lumpur jadi berulang alik la hari-hari ke Tanjung Manchester ni kan, jadi esok pun takde kelas dan akan digantikan dengan free reading for research yang kita orang kena buat.

Ada cerita hot tak hot la kan nak story ni !

| Budak PJ tanya pasal assignment |

Hoi terasa ? yes aku tahu korang stress aku tak apporve korang dekat facebook kan, padan muka ! siapa suruh usik perasaan aku. hamek aku kasik korang sentap pulak. Oh dulu suka gelak-gelak, usik-usik aku kini bila nak tahu pasal assignment baru nak buat BAIK pada aku. Dah malukan aku dekat public baru nak baik-baik dengan aku. Kalau ikut perasaan aku tak nak maaf kan korang tau ! tapi aku hanya manusia biasa seperti korang yang banyak jugak buat kesilapan. Nak tak nak aku banyak dah unfriend budak-budak yang suka malukan aku di facebook dan juga public. Tahu siapa ? entah la fikir-fikirkan la ye kawan !

Korang boleh mainkan aku, ingat aku tak boleh mainkan korang balik ? nampak aku macam diam tapi ada juga aku aturkan strategi ! Yes bukan berdendam tapi sebagai ikhtibar kepada jalan yang aku pilih ni. semasa belajar banyak liku-liku hidup yang perlu dilalui, hal peribadi mahupun hal belajar kadang-kadang  kita tercampur aduk. Jangan pernah sakiti hati orang lain Ain .. itulah ungkapan yang sering aku katakan di dalam hati aku, walaupun orang tak pernah nak jaga hati ni. Haha bagi orang yang dewasa mesti cakap macam ni ..

"Ain chill la, small matter la !" "Ayie be strong" "Ainnnnnn, sabar laaa !" 

dan ayat-ayat lain seangkatan dengannya. aku ingat benda ni sebahagian daripada kita mengenal dunia. dunia ini kecil, jangan pernah kita membenci musuh kita kelak dia akan jadi kawan kita, dan jangan pernah terlalu menyayangi kawan kita kelak dia lah musuh utama kita. Dalam hidup ini aku tak pernah ada keinginan untuk mempunyai MUSUH. Tapi mereka yang cari aku, mungkin dek kelemahan aku yang mereka suka tertawakan. Sesiapa di dunia ini pun lemah, semua orang lemah kan ! tapi yang kuatkan kita ialah KEIMANAN. aku tak hebat berbicara pasal agama, tapi aku tahu asal usul ku. Biarlah yanpenting aku masih bernafas, hidup dengan keluarga yang cukup memahami aku. :D simple kan !


Sangat simple ! make urlife easier without any stress

| Raya Aidiladha it's around the corner |

As salam, tak banyak yang aku nak update !

Orang lain dah banyak takde kelas, aku pada minggu ni still penuh jadual. Esok ramai yang balik, aku ?
Tahu la tinggal di Kuala Lumpur, balik lambat pun tak kisah. Jadi khamis ni baru aku balik.

Yelah semester 3 ni banyak sangat cuti, kang cuti terlalu lama.. semua jadi lemau ! korang faham kan.

Nak kena ganti kelas bagai, macam semua orang rajin nak arrange kan benda tu kan.

Raya korban tahun ni tak balik pun manjung, seperti biasa la .. tak selalu balik pun. Raya dekat puchong jer la. Tak pun pagi tu singgah rumah nenek saudara aku dekat sepang tu. Tu pun kalau ada la. InsyaAllah.

Aku sebenarnya dilanda suatu masalah, tapi gagah ke aku nak menaip ni ? tak kot. Balik sana nanti la aku update. Okay ...


p/s : full kelas weh esok ! pitam aku ..

Rabu, 10 Oktober 2012

| Ayie you stress at this time ? |


ragbi ? yes ragbi, aku hamek bola ragbi aku rasa macam nak baling pada HATERS aku tu ! 

As salam people ! :) hey btw yes yes now i'm at hommy. yeay for awhile because at this evening will get back to Tanjung Manchester !

Yes, i am stress ! so last night my mama pick me. Terus jumpa theraphist sebab serius aku disahkan ada MIGRAIN but not so bad. Tetapi sangat sakit weh ! sumpah sakit, a bit of stress with people and books will be one big STUFF at one time tau ! giler kan.

mana tak nya aku minum 3 bungkus nescafe last day, then terkejut doktor tu semalam. Huhuaa memang la tak cukup aku kalau sebungkus, tapi bila telan sampai 2+3 memang mujarab. mata aku boleh tahan sampai satu hari tak tido pun tak hape kan. Actually benda ni tak elok la korang, jangan ikut apa yang aku buat sebab kandungan caffien dalam nescafe sangat tinggi lagi-lagi if korang buat macam aku sampai 2+3 bungkus aku telan. kerja gila nama nya ni.

tu sebab ada sorang akak dekat UPSI ni dia cerita pada aku, pasal kalau kita TENSION.
dia kata dik, kalau kita ni kan tension memang kepala otak semua berserabut, kan so

"if we tension with people it will damage your heart and brain but if you tension with a book, that is okay" 

see, akak tu cakap macam tu. lagi pulak dia tengah sambung master di UPSI sekarang ni. betul apa dia cakap kan. and aku ni sekarang tension dengan orang yes orang di sini, di sekeliling aku. Mulut tak boleh senyap, mesti nak bukak aibb orang. kalau cerita pasal aib sendiri mahu ingat lah. hurmmm aku pun dah naik bosan. tapi bila aku fikir balik kerana orang-orang macam ni lah aku berada di Universiti. Dari aku bangku sekolah dulu pun ada golongan-golongan yang suka mempersedakan aku. even cikgu-cikgu aku dulu, yang tu lagi la dasyat. malas nak story lagi pasal kisah silam aku di sekolah-sekolah dulu. macam-macam perangai aku jumpa. especially yang selalu MEMBULI aku. kesian kan ...

apa pun aku berjanji pada diri aku, kalau aku jadi seorang GURU nanti aku tak akan buat benda yang sama macam mana yang cikgu-cikgu aku dulu buat pada aku. kini aku semakin faham maksud GURU tu apa.

sama-sama kita nantikan apa yang bakal aku lalui ... selepas ini. ..

p/s : petang ni nak balik tg.manchester dah, malam ni ada latihan teater bahasa inggeris

Ahad, 7 Oktober 2012

| Adakah aku alien ? |

As salam, dan salam sejahtera buat semua nya di sini :)

tajuk di atas tu memang ada kena mengena dengan aku, sebagai manusia yang penuh kekilafan di jiwa ini pastinya tak terlepas melakukan kesilapan. besar atau kecil terpulang kepada semua orang.

Yes, kenapa ? alien adalah makhluk asing kan, jika diterjemahkan di dalam bahasa melayu. sangat pelik jika ada yang memandang anda dari atas hingga bawah seolah-olah dia ANNOYING pada korang kan. yaAllah, terasa hina pulak diri ini di mata kau wahai sensama manusia. siapa kita nak judge orang lain punya silap, siapa diri kita ni ? ada kita pandang pada cermin dan bertanya sedalam-dalamnya adakah kita ini PERFECT sehinggakan dari segi pandangannya sudah kita ketahui cara hatinya bergerak memberitahu yang kita ni macam tak sama macam kumpulan dia. maksud aku macam dalam sesuatu kumpulan tu kan, kalau ada yang pakai baju warna dari yang lain dari kumpulan tu dia akan dipandang pelik seolah-olah salah besar.

bagi aku, diri aku adalah aku sendiri. perwatakan aku adalah sama seperti dahulu. cuma siapa yang tak mengenali diri aku, mungkin akan tertanya mengapakah dia macam ni, macam tu dan sebagainya. HAHAHAHA ! yer aku gelak, kenapa ? dalam hidupku aku melalui liku-liku seperti orang lain juga. tapi ada pernah mereka tahu apa liku yang dilalui oleh aku ? bila membincangkan isu-isu peribadi macam ni, semuanya terpulang kepada kita yang cuba menilai kesilapan. dalam isu kita menegur kesalahan agama kepada kawan kita tak perlu kita gunakan medium "EJEK", "HINA", atau "MAKIAN" kerana pasti akan menguriskan perasaan kawan yang anda tegur itu. aku juga tidak pandai ilmu agama, tapi aku juga insan seperti korang yang dahagakan ISLAM itu sendiri. yaAllah kenapa aku menulis ini, berani menulis ini ?
bukan aku minta, tapi ada sesuatu yang menguji diri aku sekarang ni, hanya Allah yang mengetahui segala ini tapi kawan-kawan yang berdampingan dengan aku, pernah nak tahu ? tak pernah kan .. aku redha dengan apa jua yang datang pada aku walaupun aku kini di menara gading. sedang berusaha mencapai cita-cita, aku tetap dengan agamaku. walau hina mungkin di mata orang yang lebih tahu, kerana aku menganggap semua ukhti-ukhti dan akhi-akhi tu adalah lebih tahu dari aku.

tertouching pulak kan ! yelah mana tak touching feeling aku sekarang ni. dah orang buat kan ! TAPI ! aku kena kuat, aku kena hadapi juga benda ni. Bersemangatkan dari Abah dan Emak aku masih utuh lagi jiwa ini. Kerana mereka yang melahirkan dan membesarkan aku hingga kini. Mereka juga buat aku lebih mengenal kehidupan ini. Yer orang lain tak tahu pun, tapi mereka berdua tahu aku ni bagaimana. Aku tak pernah minta pun pada orang lain untuk mengasihini aku di sini, even seorang kekasih yang dapat support aku. Kerana aku ada Tuhan yang Maha Pengasih.


yaAllah, Allahurabbi hanya Engkau tempat aku mengadu. Engkau tidak pernah melupakan aku tetapi aku selalu melupai Engkau. Janganlah Engkau pesongkan hati-hati ku, biarkan ukhwah fillah selama aku bentuk bersama sahabiah dahulu akan tetap di dalam satu doa. Walaupun aku dah lama meninggalkan mereka, tidak bersama mereka aku tetap merasa aku sentiasa berada di dalam doa mereka. yaAllah Engkau lindungilah ahli keluarga ku, sahabat/sahabiah ku, orang-orang yang pernah membantu aku dalam kesususahan, berikan kami semua ketenangan dunia dan akhirat kelak. Ameen ya rab ~

Rabu, 3 Oktober 2012

| Everybody got a boyfriend but me ? |

Salam guys ! terlampau sangat kah tajuk aku tu ? okay kalau tak awesome ! :)

soalan cepu mas kawan-kawan aku tadi di kampus, Ain mana pakwe ko ? Ayie where is your boyfriend ?

stop asking me that ! Huh ! really sick of it la korang ! it's not a big deal kan. Btw i don't have any serious relationship dengan guy pun buat masa ni. macam la ko hot kan ! takdee la but semua orang nak tanya.

kenapa ? nak try jodohkan aku dengan abang-abang/saudara-saudara lelaki terdekat korang ? okay kalau ada sila call aku ! hahaha giler apa aku nak macam tu  nampak sangat desperate aku ni kan !

hey aku just nak share kan satu video ni, tajuk dia ni : beauty is nothing without brains !
masej ni banyak menyampaikan unsur/nilai yang patut ada pada setiap insan di dunia. tak kisah la kulit kau colour apa sekali pun. kalau kau cantik tapi tiada otak, baik terjun bangunan (jangan bunuh diri berdosa besar) ! ingat tu. bagi aku masej ni amat penting, kerana Allah dah ciptakan kita sempurna, lagi sempurna jika kita lebih bersopan santun dengan orang lain. Okay tengok la, but please stop lagu aku dekat bawah ni :) atau korang klik terus link youtube ni !


p/s : aku ada kawan exchange student dari USA, mereka sangat baik dan perlu untuk berbahasa melayu, unfortunately they a bit okay in BM, because they try to talk in Malay word. A+ for them ! ada masa aku update pasal dia orang .. :)

Isnin, 1 Oktober 2012

| Hari ni hari lambat sedunia aku |

As salam ..

nak buat pengumuman yang hari ni aku lewat bangun pagi !!
kan tak pergi kelas dah skip la nampaknya !!

assigment dr.muhammed dah siap kemain, tapi tak pergi kelas hari ni ..
yaAllah kenapa aku boleh lewat bangun hari ni !!

benci nyaaa la kan, dah skip kelas. feel so stupid ! :(
why ? why ? macam mana boleh tak sedar ! tidur awal kot !
penat ? semua orang penat ! tapi kauuu ?
penat jugak kan Ain !!

teruk yang tersangat pagi ni aku rasa, petang ni ada kelas lagi.
huh pasti kena soal kajian dah sampai takat mana kau buat kan Ain ?
eh kerja group la, kenapa nak tanya aku sorang kan ?

Huh group tak group tapi pasti aku gugup dalam kelas nanti petang !
hari ni orang belajar kauu duduk dalam bilik tengok sungai belakang kolej kau tu !

hati berbisik suruh aku sabar, tapi aku tak sabar sebab kenapa aku tak pergi kelas tadiii !!
aku perlu jam dinding yang besar kot untuk aku bangun ! teruk giler rasa nya ni .


aku rasa sangat kosong kalau tak pergi kelas, ilmu ilmu laaa Ain !




P/s : benci giler rasanya hari selasa ni ! moody aku terus rasanya ni =="