Isnin, 26 November 2012

| I NEED HER |

Assalamualaikum, and this is really sick right now. Why ? It's because me and myself are alone here.

My super mama :) i love her 

Jc tak balik bilik dah dekat 2 minggu, dan aku harungi hari-hari seorang diri. Dan ika mungkin masa ni dia stress baik aku pun diamkan diri. Aku hanya melayan tugasan-tugasan yang perlu aku siapkan agar tak akan ada masalah selepas ini. aku hanya predict kan sahaja, tapi semuanya Allah yang menentukan dan aku tawakal apa jua akan aku lalui sepanjang semester 3 ni. nak dicerita di seluruh pelusuk blog ni mungkin aku tak mampu kot. cukup sekadar untuk aku lepaskan kegemaran ku yang suka menulis. tak bagus mana pun tulisan-tulisan aku ni, tapi aku gembira jika aku buat macam ni.

sekarang ni pukul 1.33 pagi waktu tempatan dekat tanjung malim ni, aku buat susu panas makan dengan jacob cracker cukup untuk makan malam ku dekat sini. dah dua hari tak makan nasi ni, insyaAllah boleh loose weight. padahal tak cukup duit dah ni, jimat punya jimat aku ikat perut la sekarang ni.

sekarang ni pun aku sibuk dengan program malaysian books of record untuk english program dekat dewan besar upsi soon. but hari ni aku tak dapat attend latihan, balik dari library tadi aku dihujani air hujan, basah baju kurung biru mak aku yang aku pakai tadi. dihimpit sedikit rasa kecewa pada hari ni akibat daripada tekanan sekeliling dan diri aku sendiri aku tabahkan jugak hati untuk mengharungi perjalanan yang aku pilih. cuma kadang terasa begini lantas aku capai telefon dan nak dengar suara mak aku. alhamdulillah, aku bersyukur sangat mak banyak mengajar aku erti hidup. pada saat ni rasa nak peluk cium mak untuk aku hilangkan tekanan pada saat ni.

tambah lagi aku sibuk tengah cari team untuk super upsi, bagi touch rugby for women. agak-agak ada ke yang nak main ? lagi-lagi dekat Kolej kediaman aku ni budak sukan bukan lah ramai dan mungkin mereka tak berminat, tetapi aku akan cuba usahakan untuk cari player. kalau tak cukup player mungkin tak ada la wakil dari kolej kediaman aku ni. takpe usaha penting untuk cari, lagipun memang cita-cita aku untuk jadi jurulatih ragbi malaysia yang pertama. peluang ni bukan datang sekali. tiba-tiba aku teringatkan hoki pulak, aku telah dilamar oleh seorang pensyarah sains sukan untuk main dalam team tu, tapi sampai saat ni pun tak sampai feel aku tu lagi untuk join team hoki upsi ni. bukan memilih tapi mungkin aku nak cari sukan yang betul-betul kena dengan jiwa aku ni. by the way, doakan kejayaan aku untuk buktikan kepada malaysia yang wanita malaysia pun boleh main ragbi.

dah larut malam sangat ni, pagi esok kelas 3 P dekat kampus baru .. jadi sepatutnya aku kena tidur awal kan. tapi jiwa ku mungkin di sini entah melayang ke mana kah pada saat ni. mungkin jiwa aku tersangat nak suruh aku tulis pasal satu kisah cinta baru nak berputik dengan aku, tapi entahlah mungkin waktunya tak sesuai untuk aku cerita kan. sebab di saat ni pintu hati aku sudah tertutup rapat untuk menerima mana-mana lelaki. hanya angan-angan untuk mendapatkan lelaki yang terbaik dalam hidup ini lambat lagi ataupun langsung tak wujud. yang ada hanya dalam movie, novel dan drama-drama di tv tu kan. sebab realitinya lelaki ni semuanya sama di mata aku. aku ego ke sampai cakap macam tu ? sangat kot, mungkin cinta-cinta aku yang dulu buat aku rasa macam ni. ataupun Allah nak uji aku sekali lagi. yaAllah pedihnya rasa cinta.

p/s : aku tak sedih apa pun, cuma agak kecewa sekali lagi

Sabtu, 24 November 2012

| (3S) for serabai, serabut, and sengal |

Assalamualaikum wahai para pembaca yang budiman di blog buruk aku ni lagi :)

Tersenyum ? tak pun sangat, sebabnya minggu ni adalah minggu-minggu kritikal buat budak-budak degree di UPSI. tak tahu la samaada aku sahaja atau kawan-kawan degree yang lain. alhamdulillah masih bernafas diberi peluang untuk hidup, menyuburkan benih-benih senyuman kepada orang-orang sekeliling aku di sini atau di mana-mana mereka berada.

okay by the way tajuk aku diatas semacam childish kan ? sangat right ? haha serabai ? serabut ? sengal ? benda ni tak akan jadi jika kerja-kerja atau tugasan-tugasan yang diberi oleh pensyarah kita buat dengan masa yang tepat kan. padan muka ko ain ! eh bukan aku jer, satu group seh. itu yang susah tu. assignment group ni nak kena kerah atau hantuk kepala sorang-sorang baru jadi.

minggu ni adalah minggu yang ke 10 jadi hanya ada beberapa minggu lagi untuk semester 3 ini berlalu. hujung disember ni adalah minggu final untuk exam ! are you ready guys ? not really .. lol sebab banyak main kan
by the way lagi, walaupun aku tengah 3S tu aku tetap akan control emosi aku ketika ini. ialah bila tension aku ni senang sakit, siapa kenal aku dia faham la yang tak kenal dia akan buat tak tahu jer pun akan kehadiran aku ni. hahaha :)

serabai, yes sangat serabai .. pergi kelas pun rasa macam tak berapa nak gojes pun sebab sandle aku semua dah ranap seh. nak beli baru takde onkosnya lagi. tunggu la gaji nanti masuk. itu satu la yang aku rasakan di saat ni.

serabut, yes sangat serabut .. assignments+micro teaching = score yang ni lagi la parah, sebab aku nak naik kan pointer tapi tula ain kau jangan patah semangat la sayang ! (motivate for myself) .. tapi entahlah aku rasa enjoy pulak rasa time-time macam ini .. cool dapat pengalaman baru bersama kawan-kawan sukan ni. hahaha plus peluh pun banyak mengalir dengan deras nya.

sengal, yes sangat sengal .. kenapa ? manusia ni mudah lupa, tak semua perkara boleh settle dalam satu masa kan ? jadi jangan salahkan dia kalau dia lupa right ? kalau dia lupa selalu eloklah jika kita hantuk dia di dinding kan. baru dia tak lupa. maksud aku kadang-kadang aku ni lupa kalau ada perjumpaan tu aku lupa, kalau bukan tu pun aku akan lupa bab-bab nak buat assignments ni, sebab aku lagi suka bersemuka dari kita post di facebook jadi adalah satu hamba Allah ni, group dengan aku jadi aku dah ajak dari haritu lagi untuk bincang benda yang kena present last-last tadi kelas aku memang tak pergi la sebab hujan terlalu lebat seh. nak dijadikan cerita dia buat slide, nak mintak bantuan before this but no need to meet with each other ? it's that the way ? salah siapa ? not only me, i've admit it that i'm the one who forget but i'll try my best to help this group with a deal to do some meeting but what she said ? the only reason that she can give is "we are busy with others assignments" so how about mine ? it's that i don't have my own time to finish my other work than this too ? so, not because you are the one whos doing all that stuff without any meeting ? what fuck off that you show to the others and posted your heart feelings about what you've been done on facebook. jadi timbang rasa la sikit kan akak-akak pun, kita sama-sama berjuang dilandasan yang sama .. jadi perkara ni pernah jadi pada aku before this, tapi tula we need to be chill .. nak salahkan sorang tak boleh dalam hal ni everybody should be consider right ? tepuk dada tanya lah selera korang nak makan apa.

Mereka ni sangat awesome, finally aku pun tahu dah macam mana nak main volleyball 

Mereka ni terdiri daripada anak-anak sabah ... jadi ni sabah bah 


awesome night with them kecuali lye jer takde time ni dia ada SUKIPT  :) 

Bersama atlit-atlit (IKSAS) jadi jurulatih bola tampar bersama cikgu aini, cikgu jc dan cikgu kay
 
p/s : sekarang ni aku tengah berusaha untuk kurangkan kuantiti makanan yang aku ambil, fuh bila la nak ramping ni seh ? hahaha

Ahad, 18 November 2012

Seminggu umpama setahun

As salam, yeay ! hari ni hari ahad dan aku dengan sebaik-baiknya menggunakan cuti aku dengan pelbagai perkara berfaedah sekali. ulang semula ayat tu seh, berfaedah sekali dua kali atau tiga kali ? haha

esok isnin, hari ni ahad last sangat dalam weekend ni. nak habiskan kritik jurnal ni tak habis-habis lagi. padahal nak 3 pages jer pun. yaAllah dekatkanlah aku dengan kefokusanmu ini. supaya aku siap dengan jayanya. tengok lah aku buat photoscape dekat bawah ni .. baru highlight sikit jer ni, nak ulas panjang berjela bagai seh !

Becoming a man while playing a female sport:
The construction of masculine identity in boys doing rhythmic gymnastics

dasyat tak jurnal aku ni ? ni untuk subjek proses kejurulatihan sukan yang akan dihantar pada lecturer aku. sepatutnya kena hantar 16 november 2012, disebabkan cuti kemain banyak sem ni jadi naik cuti ni baru hantar lah. dalam subjek ni macam-macam yang aku dapat, mungkin kawan-kawan yang lain tak sama penerimaannya aku sangat enjoy dengan subjek ni. sebab dalam subjek ni kita diajar bagaimana untuk menjadi seorang jurulatih yang boleh memahami atlit dalam pelbagai aspek, dari psikologi hinggalah pelbagai lagi item dalam proses kejurulatihan ni. harap-harap aku boleh siapkan kerja ni malam ni jugak. doakan yer, supaya pointer sem ni pun akan naik tak macam sem-sem yang lepas. harap aku lebih tabah lepas ni, memandangkan aku banyak tertekan pada sem ni kan. hehe :)

p/s : thanks kepada kawan-kawan yang support ain supaya jadi lebih tabah, tak lupa juga my family !

Sabtu, 17 November 2012

| Ayie culture shock ? |

As salam .. selamat petang, alhamdulillah dah sampai pun bumi bertuah tanjung manchester ni :D jangan marah yer tanjung manchester ni sama dengan tanjung malim la.


Mak dengan abah yang hantar tadi, sebab aku kali ni bawak basikal datang sini. sebabnya naik cuti ni kelas hoki setiap jumaat akan dipercepatkan pada jam 7.30 pagi time tu selalunya aku baru terhegeh nak siap tapi kali ni tak boleh dah seh. lecturer sudah tukar dari Dr.Ruhaibah kepada Dr.Nel. so nak tak nak aku kena cari satu alternatif yang membolehkan aku sampai awal dekat court. mula-mula tu susah jugak tapi bila aku fikir balik ada baik pensyarah buat macam ni takde la student akan jadi "lemak manis ala amboi-amboi" kan ? ada baik nya Ayie, so Ayie kan think positive pasal benda ni..

sebenarnya ada satu kisah yang aku nak cerita pada korang, tapi kalau tak nak ambil port tak kisah pun. ni bukan aib ? yes maybe sedikit but ini benar-benar mengores hati orang yang bernama norain hasni. mereka tak kenal ayie mereka boleh cakap ayie macam-macam. boleh post macam-macam pasal ayie, boleh guriskan hati ayie anytime, padahal mereka sangat rapat dengan ayie masa tingkatan 6. ayie berubah ? kenapa ayie berubah ? mereka boleh buat cerita macam-macam, tapi ada mereka tanya straight pada ayie ? tak ada kan, tak ada langsung, tapi apa kes siap buat doa dekat facebook tag nama ayie bagai. alhamdulillah ayie terima orang tegur, tapi dengan cara macam tu ? cara semua orang tahu ayie salah ? ayie memang teruk lah ? teruk sangat kah ayie ? ada pulak yang call tolong sampaikan apa yang dia nak cakap pada ayie tapi guna orang lain tolong sampaikan. yes tu yang terbaik kot ye ? ayie kecewa ? sangat kot korang, ayie menangis .. ada korang tahu ? kawan ? apa itu kawan, sahabat ? apa itu sahabat ? aku sayang persahabatan tu tapi korang ? aku malas dah nak ambil port, sebab kacau emosi aku. yes emosi aku memang senang terganggu jika ada sesuatu yang menggangu pada kefokusan aku. dah la ayie, jangan layan sangat .. memang aku tak layan tapi entah la, banyak kali aku menangis dan kadang kala dah malas nak nangis ni. aku teringat ada senior aku pesan masa di kem pendidikan luar dulu " Ain kalau awak menangis, bukan boleh selesaikan masalah pun" memang betul dan sangat aku setuju. entah kenapa emo sangat aku ni, mana tak emo aku dah lama aku simpan.
semua tinggal kenangan jer kah ? :( 

jalan penyelesaiannya, aku diam dan terus diam .. corat coret dalam blog buruk aku ni dan ada la kawan-kawan aku yang lain tahu. tapi entah la life must go on ayie ! ayie kena kuat ! ayie kena ignore benda tu semua ! ayie kena lawan semua tu ! biarlah siapa buat baik dengan aku, aku buat baik dengan dia kalau dia buat jahat dengan aku, aku kena buat jahat gak ke ? tak aku buat baik jugak. tapi entah sekali lagi boleh ke mereka faham kenapa cara aku begitu, sebab nak bagi semua orang puas hati dengan kita memang kerja kita tak akan nak jalan sepenuhnya. apa-apa pun aku tahu Allah jadikan sesuatu perkara tu bukan sia-sia kepada umatnya. aku tahu aku lemah dan sangat lemah, tapi benda small matter ni pun aku tak boleh handle nanti big problem datang aku terus koma kang ! haha ! so, ni la life experience kan. time ni boleh la cakap macam-macam pasal ayie, ayie yang culture shock ni !

p/s : aku tinggal seorang ni dalam bilik, nak kemas tak larat tapi kejap lagi lah. ada 3 biji durian ni nak ajak siapa makan. Jc dengan ika pun tak muncul-muncul lagi ni .. aku sejuk kerana salji turun lebat sangat ni. azan maghrib dah ! jom maghrib !

Khamis, 1 November 2012

| Rolla Costa Life | VS | Hitam |

Rolla Costa Life,
a colour of your road journey ..
everybody are depending on you
and you doin' nothing to them
just enjoy your life even people hatin' you

sometimes you show your life
they don't like
just a bitch sayin' that for escaping their sequel
what sequel ? i don't ever nor too ..

Hidup penuh liku liku penipuan oleh kau
titik hitam kembali penuhkan
rasa ingin mati tak kembali lagi
kontroversi buat kau angan tak sudah
pijat-pijat kemarahan mula menghantui diri mu
Hitam hidup kau pernah kau ambil peduli ?
apatah orang lain yang lalui bersama kau
melayang entah ke mana , fikiran langsung tiada di sini ..
jauh dari atmosfera pagi
sentuhan kekusutan mula menular ke arah fartamogana
menyimpan seribu kata yang tak pernah diucapkan
terasa kekosongan mula memenuhi pintu kerinduan
yang selama ini tidak tertahan ..



| What are you doin' actually Ain ! |

I love both of them and i miss them so much 

Assalamualaikum .. selamat pagi jumaat yang ceria ..

cuti semester sekejap ini bakal melabuhkan tirainya kan. sekejap sahaja aku rasa sebab apa tak tahu ? i dunno laa guys ! perasaan malas mengerumi disegenap pelusuk jiwa lara ini.

Tugasan ? what's that ? assignment la , dah siap ke Ain ? Jawapannya adalah NO ! Tak siap-siap lagi pun. Duduk rumah lepak semata apasal ? buang masa ? apa kau buat ! sekarang bukan macam budak sekolah sekarang ni budak U la ! wake up la !

Mana nak wake up kalau rasa pening-pening ni mula menggugat kedudukan ketenangan yang ada. Orang sibuk siapkan semua kerja aku pulak ? yaAllah mana kekuatan aku ni hilang .. adakah melayang entah ke mana ?

Fokus ? mana kefokusan kau Ain ! !

Ada kontroversi menganggu fikiran mu ? Entah .. itu sahaja mampu aku coretkan