Khamis, 14 Februari 2013

| final exam result for 3rd semester |

Y E S , I DO : AR-ROOODDII'S

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sekarang ni dah pukul 4.36 pagi waktu Malaysia dan aku masih tidak tidur dan tidak mampu melenyapkan kesunyian dengan ada nya seorang yang hadir sekali lagi dalam hidup ini. nak cerita atau tidak tu nanti aku akan selitkan.

kembali kepada tajuk dekat atas, alhamdulillah semester 3 punya result naik la jugak sampai ada tulis SENARAI DEKAN. aku baca sekali lagi takut aku silap, alhamdulillah again target aku lalu tercapai jugak walaupun naik sedikit. akan tetapi jasa-jasa pensyarah dekat UPSI tidak aku lupakan. kalau dia orang tak ajar aku dan selalu bagi semangat bagi aku more confidence nak hadapi semua ni.

so bad yang kelas hoki aku dapat C+ maybe sebab masa final perlawanan tu aku tak pergi, lepas sahaja hadapi performance english tu aku patut pergi tapi disebabkan aku terlalu penat lalu aku pun tak pergi. effect result sebab ada C+ nasib baik ada tanda plus tu. bagi 3 subjek universiti aku peroleh A-, B+, B masing-masing i work hard for it because aku sangat seronok ikut kelas pensyarah-pensyarah ni. lagi-lagi kelas pensyarah aku dari Yemen ni, alhamdulillah dalam kelas dia aku banyak peroleh input dan more confidence masa nak sampaikan hujah. seriously, aku sangat bahagia kot. mungkin bagi orang lain subjek ni macam tak penting tapi aku kepuasan untuk buat yang terbaik dalam kelas adalah segala-galanya. Dr.Youssuf sangat membantu aku dari segi psikologi dalam kelas mahupun lain-lain input.

jadi aku pun sangat excited kalau dengan culture yang melibatkan arabic ni. entah mengapa aku memang suka dengan culture dia orang, dari bahasa sehinggakan budaya hidup mereka. impian aku nak keluar dari sini dan cuba travel sampai tanah arab sana, terutamanya mekah bandar suci kita semua. :)

by the way aku nak bagi tahu, kejap lagi flight pukul 9 pagi adalah flight ke sydney, australia. amirul, anak mak ngah aku akan ke sana bagi menyambung pelajarannya dalam sarjana muda selama 4 tahun. dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Alhamdulillah, esok pagi akan terlukis satu sejarah dalam keluarga Mansor ada anak cucu nya yang akan ke sana. :)

berbalik pada arab arab ni, entah la hati aku diketuk oleh jejaka arab ni, boleh percaya ke? entah la wait and see jela. kang give my full heart pun tak guna. kang aku yang merana. :) aku nak share dekat sini tak nak la lebih-lebih sangat kang over orang kata kan. benda yang tak konfem jadi cerita dok heboh kat satu malaya, bila tak jadi betul-betul aliran air mata sahaja yang perlu jatuh ke bumi.

Rabu, 13 Februari 2013

semester 4 dah nak sampai

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada penyelak blog sekalian, hari ni la aku baru dapat online sebab line dekat rumah dah kena potong. sangat sadis dan sedih kan if not aku la seorang burung hantu yang ada dekat rumah ni. walaupun begitu aku tetap tidur lewat sebab tengok tv, tengok MERLIN. haha :)

dah tak ada aktiviti yang menyeronokkan bila duduk rumah pada cuti sem ni, duit ? dapat la jugak tu pun kadang-kadang jer kan. lepas la nak beli handbag baru, kasut baru, dan apa jua yang aku rasa nak beli. orang lain kerja cari duit yang aku ni? lol tak cukup umur lagi kot nak cari kerja. lagi pun tempat aku ni susah nak cari kerja. no transportation yang sepatutnya. so no lesen no talk eh ain  ! :)

So now online dekat kedai mamak, so banyak asap kereta dan sebagainya. as long namanya asap la kan. fuh busuk giler ! by the way kan sabtu ni nak balik dah. and sekarang ni kan tengah happy chinnese new year  and my sisters semua balik. termasuk lah miza dan ika. esok khamis dorang nak gerak balik dah. and sepupu aku amirul anak kedua mak ngah akan bertolak ke sydney. and esok jugak dorang akan datang dekat sini maybe ke rumah uncle aku di denai alam. and maybe aku pergi hantar ke klia but entahlah tengok keadaan la kan. if diperlukan dan dikesempatankan aku akan follow lah. sebab sabtu pun aku nak balik UPSI dah. dan akan bermula lah episod semester 4 aku di sana. apa pula akan aku lalui aku pun tak tahu lagi kan. harap baik-baik sahaja.

keputusan exam semester 3 pun dah keluar dan aku sangat bersyukur kerana Allah memberikan rezeki kenaikan pointer aku pada kali ni.so harap akan terus meningkat pada semester yang seterusnya. jadi ada la matlamat yang aku dah siapkan. kali ni ada 20 target baru aku dah buat. semoga aku dapat laksanakan kerana adalah target aku untuk masa depan ni kan.

ada satu cerita ni tapi entah la nak ke aku cerita kan ? kisah cinta tapi tak jiwang sangat tapi aku rasa macam jiwang la jugak cerita ni sebab mungkin ada cinta yang sedang berputik. nak lama-lama tulis kang aku merapu baik aku terus terang. aku dah jatuh hati pada seseorang ni, maybe ni macam giler kan tapi yelah yang peliknya dia ni orang arab kot. haha :) taste dah larik daripada orang-orang tempatan ni weh. :) kelakar tak? entah kekal atau tak aku pun tak tahu la kan. okay sampai sini sahaja babai korang ! :)