Khamis, 23 Januari 2014

2 Bulan lebih berlalu ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca atau sesiapa yang baca blog gua ni :)

"Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, dan kita sebagai manusia mestila tahu bagaimana hendak menguruskan masalah yang kita hadapi ni"

Baru-baru ni keluarga aku baru kehilangan insan yang paling kami hormati iaitu arwah datuk ku. Walaupun pada ramadhan yang lepas kami masih terasa rasa lagi kehilangan beliau. Setiap hari aku, adik-adik, emak dan abah di duga Tuhan. Satu satu kejadian dan keperitan yang mesti kami lalui. Sama juga orang lain, begitu juga diri ini dan keluarga aku. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui keadaan keperitan aku dan keluarga. Tapi biarlah ia berlalu sebagai pengajaran kepada kami semua.

Aku benci melihat emak mengalirkan air mata,
Aku benci melihat abah mengalirkan air mata,
Aku benci melihat adik-adik mengalirkan air mata,
dan aku benci mengapa aku tidak mengalirkan seperti mereka.

Aku berdoa kepada Allah supaya air mata ku tidak lagi tumpah kerana aku benci jika melihat mereka melihat aku bersedih. Aku sering sahaja tidak sihat, hanya Allah mengetahui apa sakit ku, apa penderitaan diri ku. Ujian yang kian menguji sememangnya berat dan tidak tertanggung oleh aku, tapi akan ku jalani juga walaupun payah dan sakit. Biarlah dosa dosa aku gugur selepas Allah mendengar rintihan hambaNya ini.

Aku menulis ini bukan lagi menagih simpati dari sesiapa, kerana aku tahu langit ini tinggi dan betapa rendahnya kedudukan aku di muka bumi ini. Yang pasti ada pembalasannya kelak. Lambat dan cepat biar lah Maha Pencipta yang menghakiminya kelak. Apabila diri telah dianayai oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan tiada belas kasihan maka diri ini perlu akur kerana diri ini tiada "KUASA" yang mampu mengubah takdir. Dalam meniti kehidupan dewasa ini, aku banyak belajar dan memahami mengapa aku sering diuji. Ucapan Alhamdulillah kepadaNya, kerana biar lah dibenci dan dicaci manusia tetapi jangan dibenci oleh Allah.

Wah sangat meluahnya, bukan apa kadang kala kalau dah lama tak update blog ni tangan ni pasti menjadi sebegitu aktif dan begitu kaya dengan idea idea di minda. Kisah keluarga bukan patutnya di share di dalam blog Ayie. haha ada aku kesah dengan sebegitu punya cakap cakap kosong. Disebabkan aku tiada kuasa untuk menangkap atau bertindak terhadap orang-orang yang menganaya keluarga dan diri aku, aku masih ada "KUASA MENULIS" menukar minda kosong kepada minda sentiasa aktif berfikir mengenai masalah.

Sebagai seorang anak, pelajar dan kekasih (walau secara offical nya aku bukan lah hak milik sesiapa lagi) aku masih seorang kekasih kepada diri aku ni, sayangi diri walaupun tidak disayangi oleh orang lain. Kawan-kawan semua dah berdua aku masih solo, haha apa-apa pun aku masih ada plan untuk sambung Masters di United States, InshaAllah jika ada restu dari Allah dan keluarga aku.

Bulan februari nanti akan sambung balik ke UPSI, dah masuk semester 6 dah weh (seniorita year) maksud aku dah jadi AKAK BESAR . yo semangat baru, semoga dapat fokus dan memperolehi pointer yang baik untuk semester 5 lepas punya exams. Doa doa kan diri ini ! :D masuk semester 7 nanti dah start praktikal di sekolah pula, rasa excited dan seram seram sejuk mula menerjah ke diri ini. Harap semua baik baik sahaja ! Nalla eirukeee !



Apa salah kadang kadang kita tukar selera ! ;) 

7.57 PM - Puchong, Mamak's stall yo!