Assalamualaikum dan selamat sejahtera, harap semua orang sehat sehat belaka . :)
Dalam diam tak diam dah 6 tahun umur blog aku ni, sekali skrol skrol banyak entri aku ni mengisahkan kisah aku la, apa yang aku alami selama berjinak dengan dunia maya ni. Dan banyak jugak bila aku skrol aku tergelak sendiri sebab macam kanak kanak jer penulisan aku ni. Apa pun aku sayang la blog ni, walaupun tak ada siapa yang baca tapi aku rasa sebab aku suka menulis, membaca dan cuba create something new.
Al kisah apa aku nak bukak ni yer, yes dah masuk sem 6 nak dekat sem 7. Last entry aku dekat post ni pasal Arabian and Indian culture right ? addicted sangat ek aku ni agaknya. :) Hahaha biarlah pun, aku suka jer kan. Mixed culture makes me happy. Mendalami budaya orang lain buat aku lebih dekat dengan budaya itu sendiri. Bukan abaikan budaya Melayu, tetapi kerana gugusan campuran budaya ini lahirnya juga budaya dalam kalangan Melayu itu sendiri.
Kita juga tidak tolak teori yang mengatakan budaya Melayu ini telah dipengaruhi dengan budaya budaya Hindu, kerana sememangnya kita tahu sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, budaya Hindu dan agama Hindu ini telah bertapak berkurun lamanya di sini. Apabila kedatangan saudagar/peniaga dari Tanah Arab mereka telah menyebarkan agama suci Nabi Muhammad S.A.W. di seluruh Tanah Melayu. Ketika itu nenek moyang kita telah jatuh cinta dengan Islam, maka agama Islam telah diterima ke seluruh pelusuk dunia Melayu. Akan tetapi sisa baki budaya Hindu masih tebal dalam kalangan orang Melayu kita. Alhamdulillah, aku juga lahir dalam Islam :)
Berbalik kepada budaya arab, dari segi agama, sosial, makanan, pakaian, dan seni bina terdapat campuran budaya ini yang sangat tebal dalam masyarakat Melayu. Aku nak bagi contoh tak dapat nak gambarkan tapi korang boleh lihat sendiri bagaimana budaya arab ini dapat diterima dalam kalangan masyrakat kita. Aku suggest korang pergi goggle ok ! Aku juga bangga yang Malaysia kita ni mempunyai pelbagai budaya. Unik kan kita Malaysia ni ;) Nak cakap dalam family aku pun banyak campuran keturunan, tunggu aku nak buat kajian jer pasal keturunan ni. Belah mak ada keturunan India dan Arab Melayu, belah Abah pula ada keturunan Melayu-Bugis. Jadi lepas tu dapat lah aku ni . Aku adalah campuran segala tu. Tapi dalam kad pengenalan tetap MELAYU. ;) unik right .
Al-kisah keturunan ni, semuanya adalah related seluruh dunia . Anak kepada Nabi Adam A.S dan Hawa A.S. :) kita semua sama, kita semua serupa. eh sama la tu ayie ! warna kita beza, tinggi kita beza saiz kita beza, bahasa kita beza, apa jua yang membeza kan kita kita tetap dari satu nasab yang sama. Peradaban manusia lepas telah lepas, dan sekarang kita ni lah penyambungnya.
Entri aku ni dah macam melambangkan budak sejarah atau cikgu sejarah yang ada dekat UPSI ni. hehehe . aku suka budaya, sejarah dan peradaban. ;) jadi jangan la kita judge orang tu kalo tengok first impression kulit dia dari mana keturunan dia ka, apa ka, tapi lihatlah first impression dari dalam dirinya yakni hatinya. faham ka korang apa aku tulis ni, tak faham tak apa la aku sorang jer faham. atau dalam bahasa arabnya. "Ana la afham" (aku tak faham) haha ;) sejak sejak kawan dengan ramai orang arab ni, bahasa arab aku pun semakin baik. nak cakap fluency tu tak lah, boleh la sikit sikit faham.
see korang, cedokan bahasa arab dalam bahasa melayu pun banyak kan. haha great ! okay disebabkan itu, lepas ni entri aku pasal bahasa arab. macam mana nak cakap bahasa arab yang simple simple ni dalam kehidupan seharian. sebab aku ada seorang guru dari Yemen, bagi aku dia guru yang ajar aku bahasa arab ni. hehe . ;) kan best kalau aku fasih menguasai bahasa syurga ni. indahnya hidup. okay lah sepatutnya aku duduk dekat library ni sebab aku nak cari pasal legal supplements kepada athletes tapi ni dah tersinggah nak tulis blog. cukup la setakat ni hari pun almost maghreeb ni. so, need to go back.
|
ni la orang cakap selfie, arabian selfie la kononnya ni ;) hehe |
Maasalamah !