
STPM SUDAH TAMAT BAGI TAHUN 2010
Semalam kembali menghantui hidupku
Orang yang aku percaya
Menikam aku sendiri
Apa guna aku menabur jasa baik?
Ikhlas tak pernah rasa gentar sekali
Menerimanya dalam hidupku sebagai
Teman sudi berbicara
Gah sekali aku berdamping dengannya
Ketika dia perlukan aku
Terus aku pergi padanya
Seseorang yang aku sayang
Seseorang yang aku anggap sebagai penyeri
Tetapi cantik seketika
Intan tak seindah kaca
Pecah serpihannya
Aku sendiri yang pijak
Tidak mungkin akan aku kembali
Kepadanya
Kerana dia telah jauh dariku
Mengapa aku sungguh bodoh dan alpa?
Apa yang aku lakukan menjadi kerja gila
Sebagai tanda kasih sayangku padanya
Aku gadaikan maluku menghadapi cabaran itu
Cacian dan makian sering menjadi makanan aku
Percikan perli mereka hanya aku pekak kan
Mahunya pertama kali aku amat sekali sedih
Cuba juga memperjuangkan nasib
Tidak mungkin aku masih berada di sini
Tinggal berdiri bersama rakan seperjuanganku
Jika aku tidak setabah ini
Sudah lama aku menggalah meletak senjata
Aku ingin sekali tahu apa sebenarnya yang mereka inginkan???
Aku kebuntuan jua mencari konklusinya
Masuk ke sini penuh harapan mak dan abah
Aku yang dalam kandungan mak selama 9 bulan
Keluar mencari erti hidup di rantau orang
Mencari kepelbagaian ragam manusia
Tidak puas-puas menyakitkan hati saudara sendiri
Bukan ingin melihat contoh pada bangsa lain
Membantu sesama mereka tak pernah jemu
Tetapi kita?
Cuba soal sendiri kembali?
Wahai saudaraku..
Sanggupkah engkau lihat kami mempedagangkan maruah kami
Kerana inginkan hidup yang lebih sempurna
Jika kami tidak ke sini mungkin itu akan berlaku
Berlatarkan belakang kami yang berbeza membawa kami
Dipertemuan puncak ini
Wahai saudaraku..
Sanggupkah engkau jika anak pinakmu akan merasa seperti kami?
Diperlakukan seperti binatang yang tak bertamadun
Jiwa kau yang kotor perlu campakkan di air jernih
Memberi kejernihan kembali akan melihat
Tujuan kami sebenar
Apa yang aku mahu hanya kedamaian antara kita
Perlukah aku mengajar kau semula
Wahai orang berpelajaran seperti kau!
Berilah ruang untuk kami
Bernafas dengan mudah mencari ilmu dengan tenang
Benarlah ada yang berkata bahawa
Seorang pelajar yang cemerlang akan menghadapi
Pelbagai ujian dan rintangan yang sungguh dasyat
Lebih dari soal percintaan seseorang itu
Percintaan yang ingin dipersoalkan
Ialah dimanakah sumpah dan janjimu
Wahai orang yang layak mengajar kami
supaya kami
Berguna kepada agama, bangsa, dan negara?
Kau mesti sedar wahai orang yang layak mengajar kami
Kau telah membuat kami menjadi orang yang kurang diajar
Mengamalkan ilmu sepatutnya
Menegakkan kebenaran
Meruntuhkan kebatilan
Sungguh sinis hidupmu
Wahai orang yang layak mengajar kami
Tiada siapa yang layak mengampunimu dan aku
Hanya layak Maha Pencipta
Maafkan aku jika aku terlampau terlanjur kata tadi
Tahanan dendam ini telah bersarang sejak dahulu lagi
Apabila suatu hari akan meletup nanti
Kau akan menyesal
Dan aku percaya yang kami ini telah dianayai oleh
Jarum peniti yang amat tajam
Wahai orang yang layak mengajar kami
Sudah kah engkau memahami dimana silapmu?
Fikir-fikirkanlah jika tidak
Aku pasti engkau akan melutut dihadapan Tuhan
Bahawa engkau orang yang sesat perjalanannya
Fikir-fikirkanlah wahai orang yang layak mengajar kami!
Norain Dato’ Hasni 27 Jun 2010 (Ahad) Di atas katil Pangsa Warden Aras 2
Kau pertamanya
Tiada mu antara dua
Setiap kali ku fikir
Adakah ramadhan kali ini terakhir bagi ku?
Adakah kali ini bisa buat aku menjadi
Umat yang bersih dari dosa?
Masih sempatkah aku berterawih pada
Esok hari?
Semunya adalah ketentuan Tuhan
Yang mencipta semua ciptaanNya
Tadarus Al-Quran pembersih jiwa
Zikrullah membasahi bibir
Pengubat rindu kepadaMu
Ya Rabbi
Kesabaran menghadapi kehidupan
Memberi seribu erti kata bahawa
Puasa kali ini amat aku teliti dalam
pengibadatanku padaNya
Penat tak pernah aku kenal
Sejak aku mengenal Ramadhan Al-Mubarak
Bulan yang penuh barakah
Pahala amalan berganda tak terperi disisiNya
Sedekah jariah juga dituntut agar kita menjadi pemurah
Sekali kita bersedekah berkali-kali rezeki Allah
Tak akan putus kepada kita
Amalan yang buruk juga ku tinggalkan
Insyaallah akan ku tinggal juga pada
Bulan-bulan yang lain
Hidup ini penuh dugaan
Mengajar kita menjadi umat yang matang
Meninjau bagi persediaan kita ke Akhirat yang kekal
Semoga Ramadhan kelak dapat lagi aku tempuhi
Bagi mencapai matlamatku
Menjadi umat yang kukuh imannya
Serta ketakwaan yang tawaduk kepada
Sang Pencipta.
penulis: NORAIN HASNI
salam..and a very gud mowning to all..
kpd sume kawan2 sbb sudi bukak blog ayie..hurmm..;) da lme ta update blog nie aw sbb bz sgt2 smpai na on9 pun tak dpt..
da dekat dua minggu lower six aku msuk sekolah aku..mcm2 la yg kena kami lakukan bg memastikan dorg tak kuar bagi na lnjutkan pelajaran di tempat lain..dan kami yg upper six nie kenalah lakukan transformasi bagi mengikut peraturan..bukan apa mmg first2 dulu kami tak ikut sebab peraturan msh kabur tetapi pd tahun nie aku cuba buat yg trbaik bagi dorg ikut peraturan dan kesinambungan ini akan diteruskan oleh mereka..InsyaAllah..dengan berkat olehNya..
ok3..2 kisah lower six..isnin nie aku dah start exam utk mid-year..buku d abaca..revision pun da buat..tp aku masih 50% lg dalam persediaan..takut gak..lg2 subjek pengajian perniagaan..harap2 boleh la aku jwab dgn tenang…
sepanjang minggu lepas dan mingggu nie amat meletihkan kerana banyak perkara yang mesti dilakukan bagi seorang pelajar pra university..
letihnya! Eyy..ayie jgn merunggut la..;(
kan best kalo dapat jadi PUTERI KAYANGAN tak pun jd PUTERI DIRAJA..
sesaje berangan nie..wekkk..=p