Selasa, 16 Februari 2010
khas buat nendaku yang tersayang
SI TUA ITU
tua itu
tinggal di lorong duri
sendirian
terbuang oleh anak sendiri
meratap sedih
kerna kasih diungkai
dahulu..
Imbas kembali
si tua itu
kisah epilog silam dulu
ketika bargetah muda
selepas inai dijari
hidup dihiasi cahaya
yang tak ternilai harganya
keriangan tak terhingga
kasih diberi
penuh tapak di junjung
tak calar luka di hujung
besar si anak
membawa erti
seribu satu makna
gembira hati
si tua itu..
selang tahun demi tahun
pasangan indah
menjadi satu
tinggallah si tua
dengan cahayanya
pasrahnya hanya
tuhan yang tahu
walaupun seorang
si tua gigih
kerna cinta pada si suami
tak cari penganti
kerna apa? kerna anak..
gigih berusaha membesarkan
hingga anak kejinjang pelamin
Harta dikumpul buat
simpanan..
Anak-anak sudah lupakan
si tua itu..
sedih hatinya itu
langsung tak terperi
tak ditahu si anak
mengguris hati
si tua yang melahirkannya
Terbuanglah si tua
menggulai sisa hidup
pergi
yang tak tahu bila..
semoga anaknya itu
insaf..
sebelum terlambat
memohon
ampun..
kerna redha Allah
iaitu redha ibu..
aku amat kagum dengan keberanianmu
wahai moyangku
khatijah@maimon binti jantan
oleh:hidayahtullah ummairah sakinah
hari ini adalah minggu yang ketiga dalam bulan februari..baru lepas menyambut hari raya cina sempena tahun baru cina..jadi tahun ini adalah tahun harimau bagi kaum tersebut.. walaupun begitu sekolah mesti diteruskan bagi meneruskan pengajian..kalo nak tahu hari nie yang hadir hanya aku dan amir jer..kte org dua org jer yang hadir..dan aku hanya duduk di kelas dengan melakukan kajian yang tergendala hari tu..
Langgan:
Catatan (Atom)