
rase nk nangis je nie :(
Semalam kembali menghantui hidupku
Orang yang aku percaya
Menikam aku sendiri
Apa guna aku menabur jasa baik?
Ikhlas tak pernah rasa gentar sekali
Menerimanya dalam hidupku sebagai
Teman sudi berbicara
Gah sekali aku berdamping dengannya
Ketika dia perlukan aku
Terus aku pergi padanya
Seseorang yang aku sayang
Seseorang yang aku anggap sebagai penyeri
Tetapi cantik seketika
Intan tak seindah kaca
Pecah serpihannya
Aku sendiri yang pijak
Tidak mungkin akan aku kembali
Kepadanya
Kerana dia telah jauh dariku
Mengapa aku sungguh bodoh dan alpa?
Apa yang aku lakukan menjadi kerja gila
Sebagai tanda kasih sayangku padanya
Aku gadaikan maluku menghadapi cabaran itu
Cacian dan makian sering menjadi makanan aku
Percikan perli mereka hanya aku pekak kan
Mahunya pertama kali aku amat sekali sedih
Cuba juga memperjuangkan nasib
Tidak mungkin aku masih berada di sini
Tinggal berdiri bersama rakan seperjuanganku
Jika aku tidak setabah ini
Sudah lama aku menggalah meletak senjata
Aku ingin sekali tahu apa sebenarnya yang mereka inginkan???
Aku kebuntuan jua mencari konklusinya
Masuk ke sini penuh harapan mak dan abah
Aku yang dalam kandungan mak selama 9 bulan
Keluar mencari erti hidup di rantau orang
Mencari kepelbagaian ragam manusia
Tidak puas-puas menyakitkan hati saudara sendiri
Bukan ingin melihat contoh pada bangsa lain
Membantu sesama mereka tak pernah jemu
Tetapi kita?
Cuba soal sendiri kembali?
Wahai saudaraku..
Sanggupkah engkau lihat kami mempedagangkan maruah kami
Kerana inginkan hidup yang lebih sempurna
Jika kami tidak ke sini mungkin itu akan berlaku
Berlatarkan belakang kami yang berbeza membawa kami
Dipertemuan puncak ini
Wahai saudaraku..
Sanggupkah engkau jika anak pinakmu akan merasa seperti kami?
Diperlakukan seperti binatang yang tak bertamadun
Jiwa kau yang kotor perlu campakkan di air jernih
Memberi kejernihan kembali akan melihat
Tujuan kami sebenar
Apa yang aku mahu hanya kedamaian antara kita
Perlukah aku mengajar kau semula
Wahai orang berpelajaran seperti kau!
Berilah ruang untuk kami
Bernafas dengan mudah mencari ilmu dengan tenang
Benarlah ada yang berkata bahawa
Seorang pelajar yang cemerlang akan menghadapi
Pelbagai ujian dan rintangan yang sungguh dasyat
Lebih dari soal percintaan seseorang itu
Percintaan yang ingin dipersoalkan
Ialah dimanakah sumpah dan janjimu
Wahai orang yang layak mengajar kami
supaya kami
Berguna kepada agama, bangsa, dan negara?
Kau mesti sedar wahai orang yang layak mengajar kami
Kau telah membuat kami menjadi orang yang kurang diajar
Mengamalkan ilmu sepatutnya
Menegakkan kebenaran
Meruntuhkan kebatilan
Sungguh sinis hidupmu
Wahai orang yang layak mengajar kami
Tiada siapa yang layak mengampunimu dan aku
Hanya layak Maha Pencipta
Maafkan aku jika aku terlampau terlanjur kata tadi
Tahanan dendam ini telah bersarang sejak dahulu lagi
Apabila suatu hari akan meletup nanti
Kau akan menyesal
Dan aku percaya yang kami ini telah dianayai oleh
Jarum peniti yang amat tajam
Wahai orang yang layak mengajar kami
Sudah kah engkau memahami dimana silapmu?
Fikir-fikirkanlah jika tidak
Aku pasti engkau akan melutut dihadapan Tuhan
Bahawa engkau orang yang sesat perjalanannya
Fikir-fikirkanlah wahai orang yang layak mengajar kami!
Norain Dato’ Hasni 27 Jun 2010 (Ahad) Di atas katil Pangsa Warden Aras 2