Selasa, 12 Jun 2012

Cerita disebalik wajah

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah sesudah sampai di bumi Tanjung Manchester ni, aku terus balik ke kolej kediaman. Nasib baik ada bas Upsi tadi, terus jer aku naik then berhenti di depan Kampus. So semua cover tambang universiti yang tanggung. HAHA sebab sebelum ni guna duit sendiri ulang alik dari train tuh. Jadi perjalanan dari Kuala Lumpur tadi not bad lah, aku macam biasa lah, seperti gadis biasa yang merantau jauh la kononnya memakai sweater pink, berjeans pendek dengan membawa beg adidas berwarna biru dan beg galas Slazenger berwarna hitam.
(Ain tak payah detail sangat) sajer jer nak bagitahu korang.

Sepanjang perjalanan tadi aku diceritakan dengan dua peristiwa yang aku rasa sungguh bermakna dan memberi masa aku untuk berfikir mengenai kehidupan sebagai manusia di muka bumi Allah ini. Oh aku sangat gembira melihat kedua ceritera manusia ini.


macam ni lah purple gown yang dipakai oleh baby tadi

CERITERA 1

aku terlihat ada dua orang couple muda ni, rasanya dah kahwin atau baru-2 jer kahwin. Mereka membawa seorang anak kecil, barang kali ni lah anak first dia orang :) sangat comel si bapa mengelas beg dibelakang sambil mendukung anak mereka itu. Then mereka menunggu train sama dengan aku so duduk pun depan aku jugak. Aku dok perati jer dia orang tu, sangat bahagianya kehidupan mereka. Baby tu pakai gown warna purple pokodot, sangatlah comel gerammm aku tengok dia. Aku terdiam dan tersenyum sambil berdoa kepadaNya semoga apabila baby ni besar akan jadi orang yang baik-baik dan akan memberi manfaat pada masyrakat dan agama bila besar nanti.


lebih kurang macam ni lah wanita india yang tua tu tadi

CERITERA 2
aku terlihat ada satu keluarga ni berbangsa India di dalam train tadi, aku masuk-2 punyalah bising dalam train tuh. Yang duduk sebelah aku adalah seorang perempuan berpurdah :)
persepsi mula aku pada keluarga India tu ialah mereka tak reti hormati orang yang ada train tuh. Tetapi lama kelamaan aku terfikir dan cuba mengamati mengapa mereka begitu ceria dan gembira di dalam train dan berani on MP3 kuat-2 lagu. Whole train can hear their sound. Aku lihat ada seorang wanita India tua dengan wajah yang sangat uzur, tetapi dia tersenyum melihat kelatahan anak dan cucunya yang bermain-main dan bergurau senda di sampingnya. Buat aku terfikir balik, sesungguhnya ada cerita di sebalik wajah itu. Aku cuba memahami perjalanan hidup orang lain walaupun aku tidak ada kena mengena dengan orang itu. Menjadi kan aku fikir kembali hidup ini hanya sekali dengan keluarga kita. Hanya kematian akan memisahkan kita semua nanti.

Kesimpulannya semangat kekeluargaan adalah pembakar semangat seseorang dalam perjalanan hidupnya. Hargailah keluarga anda sementara mereka masih bernyawa dan masih bersama anda. Tanpa keluarga ini maka senyuman mungkin tidak akan terukir. Keindahan hidup ini sememangnya akan diwarnai oleh coretan-coretan likuan perjalanan sama ada comot mahupun kemas terpulang kepada si pelukis alam maya ini.

Itulah dia cerita disebalik wajah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan