Gemok kan sayaaa ? Tu masa dulu la weh ! tu sebelah kazen aku
| Hilang 10 Kg dalam masa 6 bulan |
Yes, yang ni fakta betul untuk aku masa semester yang pertama di universiti. Macam mana aku buat ? Mungkin yang ni aku push diri aku untuk buang lemak-lemak degil dalam badan ni dengan mengambil kesempatan dalam mengikuti kem pendidikan luar, yang banyak memberi aku peluang untuk mempelajari pelbagai benda baru. Mana tak nya aku rasa pengeluaran peluh sangat lah banyak, walau pada mulanya aku mungkin dapat "Demam Oghat" bak kata cikgu Amin dulu, di mana apabila kita dah lama tidak melakukan exercise atau senaman, urat dan otot akan mengalami tekanan dan menjadikan badan kita lemah. Jadi, masa sem 1 aku ada ambil kursus "suaian fizikal" dan diajar oleh Dr.Ikhwan. Sepanjang kursus tersebut aku rasa aku lah orang yang paling malang sekali. Mungkin disebabkan faktor badan aku yang memang
"Over Weight". Serius babe, sebab kawan-kawan yang lain dah fit dan aku seorang jer yang baru nak ke langkah addaption. Tapi orang kata, kita sekali dah dapat peluang, jadi jangan lepaskan. Selepas itu, aku cuba jugak untuk menetapkan satu matlamat baru untuk menjadi fit dan sihat sama seperti kawan-kawan aku yang lain.
Berbalik kepada cerita masa aku sem 1 tadi, sepanjang kursus "suaian fizikal" aku memang banyak membuat research dan banyak membaca mengenai pelbagai macam mana nak hilangkan berat badan. Nota-nota banyak aku tulis kembali agar menjadi panduan kepada aku. Aku banyak juga bertanya kepada Dr.Ikhwan mengenai fitness agar aku boleh gunakan pada diri sendiri. Walau agak malu kerana aku faham kondisi aku bagaimana tetapi disebabkan semangat yang ada aku berani kan diri. Selepas tamat cuti sem 1 aku sambung kepada semester kedua. Di awal tahun 2012, aku bertekad untuk menambah lagi pengetahuan dalam ilmu kesihatan ni. Pada suatu hari ni aku timbang berat badan yang ketika itu dalam kelas "fisiologi senam" ada ujian makmal yang perlu dilakukan oleh kami. Alangkah terkejut berat badan aku telah menjadi 81 kg dalam masa 6 bulan setengah kalau aku tidak silap, kerana sebelum ini berat badan aku semasa buat medical check up adalah 91 kg. Fuhhh ~ aku pun tersenyum riang, tetapi tidak lama itu aku mula buat lagi target yang aku akan sampai ke angka 65 kg selepas ni.
Dulu semasa zaman sekolah menengah kalau korang nak tahu, saiz pinggang aku adalah saiz 40 kini aku dah boleh pakai saiz 35 :) peningkatan yang memuaskan hati aku jugak, tetapi target yang seterusnya mesti lah perlu difokuskan. Dengan semangat yang ada dari keluarga, kawan-kawan dan yang tersayang semua support aku untuk turunkan berat badan.
| Ramai cakap Ain makan ubat kurus ? OH NO ! |
So, jawapanya tidak sama sekali la kerana apabila berbicara mengenai ubat-ubatan untuk menguruskan badan aku memang tidak setuju. Mengapa ? ramai yang ajak aku makan itu makan ini dan buat itu dan pakai itu untuk dapat tubuh badan yang ideal, tapi sejauh mana kesan itu akan berkesan pada diri kita ? entah la aku pun tidak pandai sangat untuk menasihati bagaimana untuk menurunkan berat badan ni. Tetapi dari pengamatan aku kita hanya lah membuang duit yang beribu untuk mendapatkan badan yang diingini. Bagi aku sepanjang penurunan berat badan aku adalah kerana usaha diri sendiri yang tidak menggunakan apa jua bahan yang boleh menurunkan berat badan aku.
| Apa yang aku buat sampai kurus ? Putus cinta eh ? |
Yang ni pun tidak weh, time aku belajar takde makna nya aku nak bercinta. Walaupun ada gedik-gedik sikit. Wahahaha ! Okay lah, lepas aku relize semua ni penting aku mengamalkan pemakanan yang sihat dan buat exercise. Berikut adalah senarai apa yang aku buat untuk loose weight. Kalau ada salah betulkan, sebab aku cuma ikut panduan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah aku dan baca dalam magazine.
1. Exercise : lakukan regangan yang korang suka, sekarang ni aku try buat The TABATA Method. korang try goggle dan cuba la, senang jer :) Plus sekarang ni aku ada buat AERODANCE tiap-tiap petang yang ni best sebab nama pun dance kan, banyak akan korang berpeluh.
Kebanyakkan nya kita perempuan ni memang malu nak pergi jogging kan pada waktu petang apa kata korang try MENARI, tidak salah step pun kalau korang belajar dari beberapa laman web fitnnes korang boleh pro, tidak perlu nak pergi fitness centre pun korang boleh loose weight kan. Tu kalau nak jimat lah, if mampu lagi bagus pergi sana kan. Tak percaya korang buat lah, mula-mula mungkin berat tapi setelah aku amalkan selama sebulan, unbelieveble kerana cutting pinggang aku mula membentuk. No more flabby dekat your pinggang. Serius korang try !
2. Nutrition : pertama sekali aku nak cakap dekat korang say good bye to, coke, pepsi, junk food dan seangkatan dengan nya. Pergi peti ais dan buang atau korang bagi lah adik-adik korang yang makan kalau risau terus jer BUANG ! kenapa ? sebab benda-benda tu semua lah yang mengganggu berat badan korang kerana banyak bahan-bahan yang memudaratkan diri korang. Aku amalkan minum air suam :) Yes AIR SUAM .. mujarab sangat mujarab tapi korang kena la jugak mengamalkan pantang larang dalam pemakanan kerana jumlah pengambilan makanan akan mempengaruhi berat badan. Mula-mula aku tidak percaya kata-kata yang mengatakan bahawa "you can loss your weight just only drinking warm water" But guys ! listen cuba korang try, korang akan dapat kesan tak sampai seminggu. Itu badan aku lah, sebab aku dah try seminggu sepanjang puasa ni. Alhamdulillah, terasa badan ni ringan dan tidak lenguh-lenguh pun. Semasa berbuka puasa pun aku minum air suam dan sebiji kurma. Masa bersahur pun aku minum air suam. Mula-mula susah yelah godaan ada air yang best-best, lagi pulak sejuk kan. Mana tak tergugat, aku minum jugak lah tapi lepas tu aku mesti akan minum air suam. Aku ni kan memang suka makan snack, nanti tengah malam pun rasa lapar. Okay aku makan roti dengan jem jer tapi yang paling penting AIR SUAM. Aku rasa perut aku tidak berat dan lemah pun apabila minum air suam ni, berbanding jika kita minum AIR SEJUK konfem berat kan. So, konklusinya apabila nak amalkan sesuatu tu try la konsisten. InsyaAllah mujarab.
p/s : banyak pulak aku membebel dekat blog sendiri, ini sekadar perkongsian kepada akak-akak atau abang-abang yang mempunyai masalah berat badan. Kita mungkin akan rasa rendah diri kan ? Penyelesaian nya ada ditangan kita sendiri, memang susah tapi jika hendak seribu daya jika tak nak seribu dalih. Tetapkan matlamat tetapkan target, InsyAllah semua nya akan OKAY ! :)
wah kak aiinnn~ cayalah. hihihi
BalasPadam