Bersama Pak Lang dan keluarga masa kenduri kahwin lepas
Assalamualaikum kepada semua orang yang ada terbukak mahupun tergatal click blog aku yang usang ni. Hoh, hari ni aku terbangun awal. Jangan perli sebab sebelum ni sedikit lewat la kan. Btw entry aku kali ni pasal raya yelah hari ni dah masuk 27 ramadhan. pejam celik pejam celik dah nak raya dah kan. alhamdulillah sepanjang bulan ramadhan ni kehidupan okay sahaja tak teruk sangat lah, panas ke lapar ke apa ke itu dugaan yang semua orang lalui kan.
hari ni abah dah start buat announcment dekat kami adik beradik yang berbunyi macam ni :
"Abah nak anak-anak abah hari ni abah tahu kemas rumah buat segala bagai, esok nak balik kampung dah"
Okay abah, erm nak kemas rumah.. esok balik lumut dah. yeay atok dan wan sabar menantikan cucu-cucumu yang nakal ini. tahun ni macam tak best pulak aku rasa yelah Pak lang tak balik kot raya. Pak lang aku sekarang dah jadi anggota RELA, jadi dia kena bertugas la pada malam raya. ermmm serius aku sedih, mak aku pun cakap yelah tak best, sebab tiap kali raya dua keluarga kami akan bersatu padu. Keluarga Mak Ngah pun aku rapat jugak tapi tak macam kami kecil-kecil dulu, mungkin sebab dah besar masing-masing dah segan kan.
| Cucu perempuan yang sulung |
siapa ? erm tentulah aku orang tu, aku lagi la yang sebaya aku memang takde la. Just aku dengan Miza jer la pun yang paling besar. tangungjawab ? banyak la kan, sebab nama pun Kak Long kan.
P/s : Okay la guys, selamat hari raya maaf zahir dan batin .. kepada kawan-kawan blogger thanks sebab bagi banyak support pada aku ni.. bawak kereta jangan laju-laju ingat orang tersayang. Esok insyaAllah perjalanan balik ke kampung pada sebelah petang. Ermm mak aku dah bising suruh basuh pinggan dekat dapur. Tadi lepas sahur aku layan Karoot Komedia X sebab tu la terlupa seketika. Hahaha ! Muahh dekat korang.
Mood : Excited nak masuk tahun 2 dekat UPSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan