sebahagian daripada rakan kelas coaching aku :)
Alhamdulillah sihat, masih bernafas, masih boleh berjalan dan mengikuti perkembangan semasa semua orang yang bergelar kawan, rakan, sahabat mahupun friends (maksud dia sama kan ?) tapi mungkin sesetengah orang mendefinisikan nya sebagai maksud yang lain. (depends on you) tapi bagi aku sama jer, susah senang bersama apa jua keadaan still stick together.
aku tak tahu kenapa aku bersemangat dan ringan sahaja jari jemari aku menaip segala bait dalam blog aku pada malam ni. mungkin juga kerana esok aku tiada kelas untuk dikuti kot. kelas tennis pagi esok batal disebabkan oleh perbarisan sempena hari kemerdekaan, aku tak pasti untuk apa atau anjuran siapa tapi semua fakulti di Universiti Pendidikan Sultan Idris terlibat di padang UPSI tu lah. dekat kampus lama.
nak cerita dua tiga hari lepas, sepatutnya ada photoshoot untuk kelas aku. tapi disebabkan missed communication dia antara rakan kelas aku. ada yang datang ada juga yang bersemangat datang. orang tu tentu-tentunya aku kan. aku memang semangat kalau bab-bab ni, walaupun aku akui aku seorang yang susah untuk melemparkan senyuman walaupun begitu aku cuba jugak lah. sebelum aku masuk U pun aku memang dah terkenal dengan muka yang konon nya garang dan mungkin juga bagi sesetengah orang yang tak mengenali aku mereka takut untuk berkomunikasi dengan aku. serius aku tak makan orang pun, padahal aku sangat ramah dan sangat suka bercakap sampai kan roomate aku dulu nak gam mulut aku sebab terlampau banyak cakap.
ada juga yang bagitahu aku supaya aku jadi fleksibel agar urusan dengan orang dapat dijalankan dengan baik dan berjalan lancar. TAPPIII ! okay tapi aku memang macam ni, siapa tak kenal memang suka JUDGE macam tu kan. berbalik pada cerita photoshoot tu aku, dan aku lah antara yang terawal sampai di kampus baru tu. berbaju pink, ikat rambut kemas ber'handbag bagai. (konon so ladies la) sangat ! :p
then tak jadi sebab ada budak lelaki kelas aku tak nak datang (sangat menguji kesabaran) kebetulan hari jumaat nasib baik tak maki serapah depan orang. walaupun hati aku sangat panas ketika itu.
tetapi hari ini aku rasa seronok sebab akhirnya kami semua datang untuk photoshoot untuk tahun kedua di UPSI. Alhamdulillah aku sangat bahagia dengan kawan-kawan coaching batch zeta aku ni, sebab busuk-busuk semua ni kawan aku, susah senang bersama walaupun kadang kala di hati ini ada terasa di hati tapi ini semua nya aku anggap sebagai learning process. sebagai remaja yang boleh diklasifikasikan remaja yang nak ke arah dewasa ataupun sinonim dengan istilah late adolesence keistimewaanya ialah kita belajar bagaimana untuk mengatasi sesuatu masalah dengan cara yang rasional. banyak isi tersurat dan tersirat dapat disimpulkan dalam kehidupan aku disini.
walaupun ada pihak yang cuba memanipulasikan hidup aku, aku tetap dengan pegangan aku, tetap dengan diri aku yang dahulu. walaupun mungkin orang kata imej aku sangat lain ketika di universiti sekarang ni, aku tetap terima dengan redha. dugaan Allah pada kita lain-lain, aku anggap ini sebagai salah satu episod hidup aku. kalau nak dipanjangkan nanti orang meluat kot kan, biar lah aku doakan yang baik-baik kepada orang yang cuba kata belakang ataupun sampaikan cerita yang tak betul mengenai aku kan. (kalah artis kauu jahh !)
terguris, terluka adalah salah satu dimensi yang perlu dilalui oleh kita sebagai manusia. bukan senang nak memanusiakan manusia kerana aku juga seorang yang khilaf. apa jua yang kita lakukan perlulah berbalik kepadaNya.
jangan anggap aku menulisnya di sini kerana aku semata tiada tempat untuk mengadu tetapi aku sekadar ingin berkongsi apa yang aku lalui, kerana hidup aku penuh ceritera yang mungkin orang lain tak lalui. sebelum ni aku ada menyatakan bahawa aku hidup kerana aku menulis kerana aku suka menulis.
walaupun bukan sebagai penulis, atau pengkarya tetapi aku lebih suka mengekpretasikan dalam bentuk puitis kerana bagi aku, itulah kebebasan jiwa.
p/s : aku dah banyak menyimpang pada topik asal kan ? HAHAHA ! okay lah dah pukul 3 pagi senyap sunyi di bangunan KHAR, UPSI ni :) apa pun Alhamdulillah aku bersyukur kerana aku masih ada di dunia ini untuk memberi yang terbaik kepada masyarakat, agama dan negara aku ni. walau tak banyak aku ada misi visi yang tersurat dan tersirat. Selamat malam semua ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan