Ahad, 7 Oktober 2012

| Adakah aku alien ? |

As salam, dan salam sejahtera buat semua nya di sini :)

tajuk di atas tu memang ada kena mengena dengan aku, sebagai manusia yang penuh kekilafan di jiwa ini pastinya tak terlepas melakukan kesilapan. besar atau kecil terpulang kepada semua orang.

Yes, kenapa ? alien adalah makhluk asing kan, jika diterjemahkan di dalam bahasa melayu. sangat pelik jika ada yang memandang anda dari atas hingga bawah seolah-olah dia ANNOYING pada korang kan. yaAllah, terasa hina pulak diri ini di mata kau wahai sensama manusia. siapa kita nak judge orang lain punya silap, siapa diri kita ni ? ada kita pandang pada cermin dan bertanya sedalam-dalamnya adakah kita ini PERFECT sehinggakan dari segi pandangannya sudah kita ketahui cara hatinya bergerak memberitahu yang kita ni macam tak sama macam kumpulan dia. maksud aku macam dalam sesuatu kumpulan tu kan, kalau ada yang pakai baju warna dari yang lain dari kumpulan tu dia akan dipandang pelik seolah-olah salah besar.

bagi aku, diri aku adalah aku sendiri. perwatakan aku adalah sama seperti dahulu. cuma siapa yang tak mengenali diri aku, mungkin akan tertanya mengapakah dia macam ni, macam tu dan sebagainya. HAHAHAHA ! yer aku gelak, kenapa ? dalam hidupku aku melalui liku-liku seperti orang lain juga. tapi ada pernah mereka tahu apa liku yang dilalui oleh aku ? bila membincangkan isu-isu peribadi macam ni, semuanya terpulang kepada kita yang cuba menilai kesilapan. dalam isu kita menegur kesalahan agama kepada kawan kita tak perlu kita gunakan medium "EJEK", "HINA", atau "MAKIAN" kerana pasti akan menguriskan perasaan kawan yang anda tegur itu. aku juga tidak pandai ilmu agama, tapi aku juga insan seperti korang yang dahagakan ISLAM itu sendiri. yaAllah kenapa aku menulis ini, berani menulis ini ?
bukan aku minta, tapi ada sesuatu yang menguji diri aku sekarang ni, hanya Allah yang mengetahui segala ini tapi kawan-kawan yang berdampingan dengan aku, pernah nak tahu ? tak pernah kan .. aku redha dengan apa jua yang datang pada aku walaupun aku kini di menara gading. sedang berusaha mencapai cita-cita, aku tetap dengan agamaku. walau hina mungkin di mata orang yang lebih tahu, kerana aku menganggap semua ukhti-ukhti dan akhi-akhi tu adalah lebih tahu dari aku.

tertouching pulak kan ! yelah mana tak touching feeling aku sekarang ni. dah orang buat kan ! TAPI ! aku kena kuat, aku kena hadapi juga benda ni. Bersemangatkan dari Abah dan Emak aku masih utuh lagi jiwa ini. Kerana mereka yang melahirkan dan membesarkan aku hingga kini. Mereka juga buat aku lebih mengenal kehidupan ini. Yer orang lain tak tahu pun, tapi mereka berdua tahu aku ni bagaimana. Aku tak pernah minta pun pada orang lain untuk mengasihini aku di sini, even seorang kekasih yang dapat support aku. Kerana aku ada Tuhan yang Maha Pengasih.


yaAllah, Allahurabbi hanya Engkau tempat aku mengadu. Engkau tidak pernah melupakan aku tetapi aku selalu melupai Engkau. Janganlah Engkau pesongkan hati-hati ku, biarkan ukhwah fillah selama aku bentuk bersama sahabiah dahulu akan tetap di dalam satu doa. Walaupun aku dah lama meninggalkan mereka, tidak bersama mereka aku tetap merasa aku sentiasa berada di dalam doa mereka. yaAllah Engkau lindungilah ahli keluarga ku, sahabat/sahabiah ku, orang-orang yang pernah membantu aku dalam kesususahan, berikan kami semua ketenangan dunia dan akhirat kelak. Ameen ya rab ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan