Isnin, 26 November 2012

| I NEED HER |

Assalamualaikum, and this is really sick right now. Why ? It's because me and myself are alone here.

My super mama :) i love her 

Jc tak balik bilik dah dekat 2 minggu, dan aku harungi hari-hari seorang diri. Dan ika mungkin masa ni dia stress baik aku pun diamkan diri. Aku hanya melayan tugasan-tugasan yang perlu aku siapkan agar tak akan ada masalah selepas ini. aku hanya predict kan sahaja, tapi semuanya Allah yang menentukan dan aku tawakal apa jua akan aku lalui sepanjang semester 3 ni. nak dicerita di seluruh pelusuk blog ni mungkin aku tak mampu kot. cukup sekadar untuk aku lepaskan kegemaran ku yang suka menulis. tak bagus mana pun tulisan-tulisan aku ni, tapi aku gembira jika aku buat macam ni.

sekarang ni pukul 1.33 pagi waktu tempatan dekat tanjung malim ni, aku buat susu panas makan dengan jacob cracker cukup untuk makan malam ku dekat sini. dah dua hari tak makan nasi ni, insyaAllah boleh loose weight. padahal tak cukup duit dah ni, jimat punya jimat aku ikat perut la sekarang ni.

sekarang ni pun aku sibuk dengan program malaysian books of record untuk english program dekat dewan besar upsi soon. but hari ni aku tak dapat attend latihan, balik dari library tadi aku dihujani air hujan, basah baju kurung biru mak aku yang aku pakai tadi. dihimpit sedikit rasa kecewa pada hari ni akibat daripada tekanan sekeliling dan diri aku sendiri aku tabahkan jugak hati untuk mengharungi perjalanan yang aku pilih. cuma kadang terasa begini lantas aku capai telefon dan nak dengar suara mak aku. alhamdulillah, aku bersyukur sangat mak banyak mengajar aku erti hidup. pada saat ni rasa nak peluk cium mak untuk aku hilangkan tekanan pada saat ni.

tambah lagi aku sibuk tengah cari team untuk super upsi, bagi touch rugby for women. agak-agak ada ke yang nak main ? lagi-lagi dekat Kolej kediaman aku ni budak sukan bukan lah ramai dan mungkin mereka tak berminat, tetapi aku akan cuba usahakan untuk cari player. kalau tak cukup player mungkin tak ada la wakil dari kolej kediaman aku ni. takpe usaha penting untuk cari, lagipun memang cita-cita aku untuk jadi jurulatih ragbi malaysia yang pertama. peluang ni bukan datang sekali. tiba-tiba aku teringatkan hoki pulak, aku telah dilamar oleh seorang pensyarah sains sukan untuk main dalam team tu, tapi sampai saat ni pun tak sampai feel aku tu lagi untuk join team hoki upsi ni. bukan memilih tapi mungkin aku nak cari sukan yang betul-betul kena dengan jiwa aku ni. by the way, doakan kejayaan aku untuk buktikan kepada malaysia yang wanita malaysia pun boleh main ragbi.

dah larut malam sangat ni, pagi esok kelas 3 P dekat kampus baru .. jadi sepatutnya aku kena tidur awal kan. tapi jiwa ku mungkin di sini entah melayang ke mana kah pada saat ni. mungkin jiwa aku tersangat nak suruh aku tulis pasal satu kisah cinta baru nak berputik dengan aku, tapi entahlah mungkin waktunya tak sesuai untuk aku cerita kan. sebab di saat ni pintu hati aku sudah tertutup rapat untuk menerima mana-mana lelaki. hanya angan-angan untuk mendapatkan lelaki yang terbaik dalam hidup ini lambat lagi ataupun langsung tak wujud. yang ada hanya dalam movie, novel dan drama-drama di tv tu kan. sebab realitinya lelaki ni semuanya sama di mata aku. aku ego ke sampai cakap macam tu ? sangat kot, mungkin cinta-cinta aku yang dulu buat aku rasa macam ni. ataupun Allah nak uji aku sekali lagi. yaAllah pedihnya rasa cinta.

p/s : aku tak sedih apa pun, cuma agak kecewa sekali lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan