Khamis, 14 Februari 2013

| final exam result for 3rd semester |

Y E S , I DO : AR-ROOODDII'S

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sekarang ni dah pukul 4.36 pagi waktu Malaysia dan aku masih tidak tidur dan tidak mampu melenyapkan kesunyian dengan ada nya seorang yang hadir sekali lagi dalam hidup ini. nak cerita atau tidak tu nanti aku akan selitkan.

kembali kepada tajuk dekat atas, alhamdulillah semester 3 punya result naik la jugak sampai ada tulis SENARAI DEKAN. aku baca sekali lagi takut aku silap, alhamdulillah again target aku lalu tercapai jugak walaupun naik sedikit. akan tetapi jasa-jasa pensyarah dekat UPSI tidak aku lupakan. kalau dia orang tak ajar aku dan selalu bagi semangat bagi aku more confidence nak hadapi semua ni.

so bad yang kelas hoki aku dapat C+ maybe sebab masa final perlawanan tu aku tak pergi, lepas sahaja hadapi performance english tu aku patut pergi tapi disebabkan aku terlalu penat lalu aku pun tak pergi. effect result sebab ada C+ nasib baik ada tanda plus tu. bagi 3 subjek universiti aku peroleh A-, B+, B masing-masing i work hard for it because aku sangat seronok ikut kelas pensyarah-pensyarah ni. lagi-lagi kelas pensyarah aku dari Yemen ni, alhamdulillah dalam kelas dia aku banyak peroleh input dan more confidence masa nak sampaikan hujah. seriously, aku sangat bahagia kot. mungkin bagi orang lain subjek ni macam tak penting tapi aku kepuasan untuk buat yang terbaik dalam kelas adalah segala-galanya. Dr.Youssuf sangat membantu aku dari segi psikologi dalam kelas mahupun lain-lain input.

jadi aku pun sangat excited kalau dengan culture yang melibatkan arabic ni. entah mengapa aku memang suka dengan culture dia orang, dari bahasa sehinggakan budaya hidup mereka. impian aku nak keluar dari sini dan cuba travel sampai tanah arab sana, terutamanya mekah bandar suci kita semua. :)

by the way aku nak bagi tahu, kejap lagi flight pukul 9 pagi adalah flight ke sydney, australia. amirul, anak mak ngah aku akan ke sana bagi menyambung pelajarannya dalam sarjana muda selama 4 tahun. dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Alhamdulillah, esok pagi akan terlukis satu sejarah dalam keluarga Mansor ada anak cucu nya yang akan ke sana. :)

berbalik pada arab arab ni, entah la hati aku diketuk oleh jejaka arab ni, boleh percaya ke? entah la wait and see jela. kang give my full heart pun tak guna. kang aku yang merana. :) aku nak share dekat sini tak nak la lebih-lebih sangat kang over orang kata kan. benda yang tak konfem jadi cerita dok heboh kat satu malaya, bila tak jadi betul-betul aliran air mata sahaja yang perlu jatuh ke bumi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan