Sabtu, 27 April 2013

Motivate myself to improve my attitude

A present from my Habib3, miss you my rooOdii 



Assalamualaikum dan selamat tengahari buat semua orang yang masih terselak blog aku yang tidak seberapa ni. Alhamdulillah masih dalam keadaan yang sihat walafiat.

Masuk ni dah masuk minggu yang ke 10 dah ni, Alhamdulillah masih dapat bertahan walaupun dugaan tetap mendatang tiap kali aku nak selesaikan sesuatu tugasan tu. Tanpa ada kata semangat dari keluarga dan rakan taulan mungkin aku tak bertahan dah. Rasa nak give up sangat-sangat, tapi memandangkan aku masih lagi berfikir jauh akan masa depan aku tetap lagi mengariskan tujuan aku sebenarnya apabila telah menjejaki alam universiti. Cakap-cakap orang kadang-kala banyak mempengaruhi aku, bila orang cakap tu aku ni mudah terpengaruh, bukan nak buka pekung di dada tapi inilah realiti yang aku sebenarnya kena hadapi. Tapi aku tahu siapa diri aku, di mana aku berada, dan apa yang aku lakukan. Orang suka atau tidak yang
penting aku yang suka, aku yang pilih macam ni.

Kalau nak cerita lagi panjang, aku ni dah mengalahkan gosip artis HAHAHA. It's not a big deal Norain ! yes memang la kan orang cakap senang, tapi bukan anda-anda yang tanggung. Mana nasihat yang baik aku jadikan sebagai panduan, Alhamdulillah masih ada lagi sahabiah yang ambil berat tentang aku ni. Aku sangat bersyukur kepadaNya sebab masih dikurniakan sahabiah yang macam ni. Adik aku dekat sini si Farah ni lah, apa jua semua dia yang dengar dari luahan hati aku ni. Dia seorang pendengar yang baik, kadang kala dia memang macam kanak-kanak lagi tapi aku bahagia dengan kehadiran adik yang ku anggap macam adik sendiri. Mungkin juga ini hanya sementara tapi aku tetap berpegang teguh kepada niat aku selama ini. Fikiran ku masih panjang dan mungkin aku sahaja yang hanya memikirkan perkara ni, dan buat diri aku sendiri yang tertekan.

yaAllah, kenapa lah aku selalu macam ni, bila sedikit diduga aku akan sakit melarat. Minta juga aku dapat habis kan semester 4 ni dengan jayanya kerana aku tak mahu lagi sakit. Aku percaya yang Allah tu Maha Besar dan Maha Pengampun. Dengan sakit dosa-dosa kecil akan diampunkan olehNya. InsyaAllah. Pernah aku terbaca satu status di facebook di mana, kalau kita berdoa kepada Allah Taala mintalah sesuatu itu dengan banyak atau bahasa mudahnya adalah (mintak yang besar-besar) nesyaca Allah akan mendengar permintaanmu itu. Hmmm nak mintak pada manusia memang susah walaupun dengan orang yang rapat dengan kita, tapi kenapa tak kita minta pada Allah Taala. Yang Maha Kaya dan Maha Pemurah.

Luahan ini bukan ditujukan kepada sesiapa ataupun nak menunjukkan diri aku ni lemah tetapi aku nak kumpul kembali semangat yang telah aku hilangkan kerana diri aku yang selalu lupa ini. Aku tahu dalam hidup ini, masih ada peluang kedua untuk kita ubah menjadi yang lebih baik. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, ada sebab kenapa Dia uji aku sampai macam ni. Hanya aku yang tahu kenapa, dan aku tidak harapkan sesiapa yang tahu betapa sedihnya diri aku apabila mereka menyisirkan aku.

Aku teringat kata Al-Khashib kepada aku, "In life, there is two ways which is a bad ways or a good ways either we called it a easy ways or difficult ways so you must choose which one for you escape yourself" dalam hidup kau kena pilih satu jalan ada jalan baik atau jalan jahat ataupun jalan mudah atau jalan susah. Semua tu terletak pada diri kau sendiri bukan orang lain. Kau ada kau, kau cakap orang lain tak suka pada diri kau tetapi orang tu tak ada apa pun, tak cakap pun dia tak suka kau, jadi kau yang kena fikirkan positif. Kalau kita ingat orang lain suka pada diri kita and kita yakin maka elemen positif tersebut akan menyerap pada diri kita. Daripada orang tak suka kita, dia akan suka kita dan akan terima kita sebagai sebahagian daripada komuniti tersebut. Hmmm, bila aku fikir balik ada betul apa yang di cakapkan oleh Al-Khashib kepada aku. Aku ni yang selalu ambil jalan mudah iaitu bermuram, berduka, bermasam, memendam tanpa meluahkan. Aku akan ubah apa yang patut aku perlu ubah bukan kerana manusia tetapi kepadaNya dan kepada diri aku sendiri. Nak berubah menjadi baik bukan mudah, susah tapi kata Al-Khashib kepada aku kalau kita cakap susah maka susah lah jadinya. Keputusan semua di tangan aku sendiri bukan orang lain.

Akan aku buktikan yang aku juga boleh memberikan sesuatu kepada komuniti walaupun aku sangat berbeza daripada komuniti tersebut. Aku percaya yang Allah itu Maha Melihat dan Maha Meneliti. Ampunkan hambaMu ini yaAllah .. aku tahu aku sedang diuji hebat olehMu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan