Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang buka blog yang usang ni. Salam killaf dari aku buat semua yang mengenali diri ini. Dalam diam tak diam dah 3 bulan berlalu tanpa apa catatan dari aku dekat blog ni. Mungkin sebelum ni aku banyak menulis mengenai apa yang berlaku pada diri aku yang sentiasa diuji pelbagai onak dan duri. Siapa aku pun orang tak kenal kan, baik aku menulis kerana aku amat menyukai menulis di blog aku ni. Kalau tiada siapa yang baca pun, aku sendiri suka membaca tulisan aku kerana kadang kala akan bibit satu perasaan lucu ke atas diri ku sendiri. HAHA ..
Dan dengan ini juga aku telah berada di UPSI selama 3 tahun secara official nya :) thanks ya Allah because you still make me alive with my family and friends here. Sepanjang ni aku banyak mengenali diri aku dan identiti aku. Nak cerita di blog ni agaklah panjang ceritanya kerana mungkin juga akan memakan masa untuk aku karang dan tapi di sini. HAHA. Alhamdulillah, Allah cepat menyedarkan aku juga selepas aku mengenali jejaka arab yang lepas. Mungkin keseronokan itu hanya seketika kita, tetapi apabila dia meninggalkan dirimu, oh seperti rasa nya tercabut jantung ni. Itu kisah lama aku dengan dia, nak bangkit semula memang susah. Berbulan bulan dia meniggalkan aku tanpa sebarang berita aku terus derita. Tetapi hidup mesti diteruskan kerana kita tidak sepatutnya menghukum diri kita sendiri. :)
Pada semester lepas, mungkin juga aku banyak membuang masa dengan alpa mengenai tugas dan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar dan anak. Dosa benar aku rasakan, tapi aku harap Allah itu Maha Mendengar setiap kali aku berdoa. Bila berdoa menitis air mata, air mata darah. Luka di hati hanya Dia yang Maha Mengetahui. Sebenarnya, bukan ini tujuan untuk aku tulis cerita kali ini, membuka ceritera sedih aku kepada orang ramai.
Aku sebenarnya bersama rakan rakan seperjuangan fakulti baru sahaja kehilangan seorang pensyarah. Beliau yang telah banyak berjasa mengajar kami di fakulti sains sukan dan kejurulatihan. Walaupun baru semester 5 ni aku mengenali beliau tetapi aku dan rakan rakan sangat selesa dengan mendiang. Nama beliau ialah Dr. Tan Kok Hui. Wajahnya masih terbayang dalam ingatan ini bak kata orang telah lekat umpama potret di hati. Aku dan rakan rakan baru ini baru sahaja menyelesaikan lab sports rehabilitation yang kedua terakhir, dan sepanjang pembentangan mendiang sangat berpuas hati. Dan aku sekarang ni umpama nya masih tidak mempercayai akan pemergiaan beliau pada jumaat yang lepas. Hidup dan mati adalah ditangan Allah taala. Aku berdoa agar roh nya aman dan tenteram di sana. Walaupun mendiang Dr. bukanlah seorang yang beragama Islam tetapi aku sangat menghormati kerana etika nya sepanjang beliau hidup seolah olah beliau amat memahami Islam. Allah itu Maha Melihat dan Mendengar apa jua yang kita lakukan atau tuturkan. Semoga Allah merahmati akan pemergiaanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan