pada malam coaching yang lepas perjumpaan semua coach-2 mengikut batch
Aku baru sahaja pulang dari klinik ditemani rakan kelas ku Angellica Felix yang hadirnya dari sabah. Banyak menolong aku, walau aku pada mula susah untuk mengenali beliau tapi lama kelamaan aku amat mudah mendekati gadis kecil molek ini. Susah senang aku juga aku kongsikan padanya walau dia tidak kenal siapa aku sebenarnya. Wah-2 ain kemain ayat jiwang kau kan. apa pun perjalanan masih perlu diteruskan walau aku didatangi oleh demam yang kian merebak ini. sakit tekak ku dibasahi dengan darah di tekak, oh sangat tragis ku rasakan pada saat ini.
Sekian kali kadang kala aku rasa sangat susah hati, entah mengapa aku tak pasti. Hati ini bagaikan dicarik-carik oleh benda tajam yang kian melukakan hatiku sendiri. Apa yang aku sedang fikirkan pun aku jua tidak mengerti. Biarkan sahaja aku berehat sementara menunggu demam ini rebah.
p/s : balik-2 rumah aku terus menulis di blog ini, cuba meluahkan ceritera yang terbuku di jiwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan