Ahad, 25 Mac 2012

Saya tak sihat

kenangan sem lepas bersama ika roomate aku :)


Assalamualaikum pemblogger sekalian, sekarang ni dah tepat pada jam 1.36 pagi waktu tempatan ditemani cahaya bulan yang sedang giat memancarkan cahayanya. aku pula ditemani oleh roomate ku yang awesome ika, dia dah pekena 2 cawan nescaffee 3 in 1 tadi membuatkan dia tak boleh nak lelap.

aku pula diserang penyakit tambah pula sengugut yang amat menyakitkan hingga aku berguling-2 di atas tilam yang empuk ini. (empuk kah ?) hahaha. Ika pula sedang sibuk menggunakan style yg baru akan pemakaian tudung nya :) nampak sweet sangat.

aku sangat tak faham kenapa hinggus ni meleleh lagi, hinggakan terbatas pergerakkan aku untuk melakukan kerja-2 lain. tensionnye wehh ! dah la sejuk tambah pula cuaca yang sangat tak menentu ni membuat aku rasa sangat lemah.

yaAllah engkau kuatkan lah aku nak hadapi hari esok, dah kau beri jumaat, sabtu dan ahad untuk buat tugasan tapi aku diberi nikmat sakit. walau begitu aku tetap bersyukur kerana dikurniakan kawan-2 yang sangat take care dan penyayang kerana jaga aku disini, termasuk lah jugak mak aku. :) tadi call sekejap mintak masukkan duit, sebab agak kekeringan sejak 2 minggu ni.

Thanks to Jc kawan aku yang baik hati. Jasa korang hanya Allah jer yang dapat balas semoga dengan ini aku akan kuat berusaha dalam memperjuangkan diri di tempat orang. Nak kata tu pahit dan manis memang masih tersemat tiap-2 hari aku di sini. Nak kena banyak bersabar dalam apa jua yang dilakukan. Semoga apa yang aku tulis ini akan korang juga contohi, yang mana baik oke la yang mana kurang tu jangan lah oke korang :)

p/s : okay nak sambung buat kerja-2 tergendala ni, selamat pagi !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan