Esok pagi ada kelas softball tapi teori jer :)
Alhamdulillah, masih lagi berpeluang lagi untuk menghirup oksigen yang telah dijadikan olehNya. :) Hujan masih lagi turun membasahi bumi bertuah ini tanpa hentinya. Angin sempoi-2 bahasa menyapa diriku yang terperap di dalam bilik ini. :)
Sabtu dan ahad dilimpahi dengan pelbagai kerja yang sering sahaja tergendala :) Banyaknya tugasan ilmiah tidak lah terkata, aku cuba jugak buat secara perlahan demi memahami apa yang dikehendaki oleh para pensyarah.
Ika roomate aku masih tidak pulang kerana ada kenduri yang berlangsung di kampung halamannya teluk intan. Jadi aku pun sorang jer lah di dalam bilik selama 3 hari.
Nak call mak pun tak dapat lagi, maklumlah duit pun tidak berapa cukup kerana PTPTN pun dah selamat digunakan kerana membeli laptop baru untuk mudahkan kerja-2 aku.
Aku tak tahu nak coret apa kerana sekejap jer ni singgah sebab rindu dengan blog usang ni.
p/s : apa-2 pun berlaku aku tetap redha dengan ketentuanNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan