Assalamualaikum dan selamat tengahari, hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa. Alhamdulillah masih bernyawa dan bernafas. Bagaimana puasa korang ? ada baik ? macam mana terawih korang ? pergi ke tak ? :)
Kali ni aku nak berkongsi sedikit cerita seorang kawan yang aku baru kenali, nak kata dah kenal lama tidak la jugak, nak kata kenal baru pun tidak la jugak.
Putra (bukan nama sebenar) seorang lelaki yang dibesarkan di dalam keluarga yang bercampur latar belakang agamanya. Tetapi dia seorang muslim, dalam kad pengenalan pun seorang Islam.
Bagi Putra, kehidupan ini hanya satu permainan Tuhan kepada manusia. Segala berlaku di dalam hidupnya dianggap hanya mencari kegembiraan tanpa menggunakan nama agama sebagai panduan hidup. Dia hidup sebagai seorang manusia seperti muslim lain, tidak minum arak, tidak ambil dadah, tidak babi sebagai makanan nya. Cuma apa yang kasihan dia hidupnya tidak pernah mendapat kasih sayang dari orang yang dicintainya. Dia tidak percaya kepada perkahwinan yang memang telah disyarak kan kepada umat Islam. Aku tidak lah cukup akan ilmu agama untuk berbicara mengenainya tetapi kenyataan beliau kepada konsep perkahwinan aku tidak dapat menerima. Putra seolah-olah sudah lupa akan agamanya, apabila aku bertanyakan soal puasa pertama semalam, dia kata okay. Cuma untuk puasa kedua kali ni katanya hendak keluar picnic bersama kawan-kawannya.
Aku bertanya "you puasa tak ?" dia menjawab "people don'y care about it laa, all of it are bullshi**"
macam mana perasaan korang jika ada orang cakap seperti ini kepada korang ?
Tiba-tiba aku sangat sedih, terasa sangat dipelusuk jiwa ini. Ada orang yang lebih alpa daripada kita. Dengan kehidupan kota yang pesat membangun kita lupa akan KebesaranNya. Mungkin aku juga telah alpa tetapi kisahnya membuat aku terbangun semula, apa tujuan kita hidup di dunia ini ? Kisah aku juga berliku sedang aku dititian perubahan aku jatuh kembali, tetapi aku masih mengharapkan pencahayaan akan berlaku sekali lagi dalam hidup aku. Melalui Putra aku cuba memahami kisah hidupnya yang kosong itu, bukan dasar kasihan tetapi agak sukar untuk kita bayangkan bagaimanakan kehidupan manusia yang dilahirkan muslim tetapi tidak dididik sebagai muslim, tidak banyak pun mungkin dia tahu sedikit sebanyak. Dalam hidup Putra dia hanya ingin kan kerjaya yang sukses, travel ke Eropah, dan menderma di rumah anak yatim. Bagi Putra, itu lagi penting setelah dia menderma di rumah anak yatim, itulah yang dianggap sebagai balasan dia menjadi seorang muslim. Dia tidak kisah jika tidak diingati oleh sesiapa.
YaAllah, aku harap Putra akan dapat sinarnya kembali, Engkau temukanlah dia dengan seorang gadis yang dapat membuka pintu hatinya kerana dia seorang Muslim.
Semoga Putra dapat ke pangkal jalan yang menuju ke akhirat kelak. Aku bukan lah juga seorang
gadis yang dapat memimpinnya walaupun dia berharap pada aku untuk aku dijadikan sebagai kekasihnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan