Khamis, 19 Julai 2012

| Ramadhan |


Assalamualaikum :) selamat pagi, kerana tepat pada jam 3.32 pagi aku terpanggil untuk menulis sedikit cebisan untuk menyambut bulan yang penuh barakah ini. Alhamdulillah, masih bernafas dan bernyawa menghirup udara dariNya.

| BARAT Vs ISLAM |

Kenapa ? gelak aku nak cakap pasal ni ? ermm apa-apa jer lah korang, tadi ada kawan aku call, baru kenal dia. Lelaki lah from Johor Baharu kerja di Singapura. Tiba-tiba borak dengan dia, dia ungkap satu ungkapan, ni dari dia :

"Sebanyak 78 % umat islam di Malaysia, mengikut cara barat. Segala permasalahan diselesaikan dengan mengikut cara saintis barat serta kajian yang dilakukan oleh mereka"

ada betulnya kata kawan aku ni, ermm bila reflect pada diri ni, macam banyak sangat life aku ni macam mat salleh, padahal .. sendiri mahu ingat, bukan mahu buka pekung di dada tapi membuat aku terfikir ada betul yang dikatakan oleh dia tadi. yelah nak cakap orang lain, ramai lagi yang teruk iaitu sangat teruk. sebagai seorang manusia yang merdeka kita sepatutnya ada hak masing-masing untuk tentukan arah jalan kita ke mana. kiri atau kanan semuanya terpulang kepada diri kita as long kita pandai menjaga diri. aku pun nakal jugak, tak sempurna untuk dijadikan contoh tetapi aku cuba pertahankan. apa aku merepek ni ? tak bukan apa cuma sejenak terfikir sebab dah hampir ramadhan ni jadi cuba yang terbaik dalam memperbaiki amal walaupun aku tidak sekuat yang lain. InsyaAllah doakan aku agar sukses dalam hidup.

| RAMADHAN |

Bulan mulia, penuh keberkatan. aku nampak keluarga pun macam excited nak sambut ramadhan kali ni, sebab Angah pun balik, Ika pun akan balik pada esok hari. I mean hari ni lah dah masuk Jumaat. Sabtu kita akan start puasa. esok jugak aku nak masak sedap-sedap, nak masak markaroni dengan tomato sause yang aku beli kelmarin. Not bad lah, sedap kan aku masak padahal main taruk-taruk jer bahan, macam orang cakap secukup rasalah katakan.

walaupun aku bukanlah penulis blogger yang terkenal, memang sudah sebati hidupku aku memang suka menulis. ermm karya lepas ada dalam laptop aku lagi satu, InsyaAllah aku akan transfer dalam laptop aku yang lagi satu ni. Begitulah hidup kalau banyak sangat laptop, sebab zaman aku budak-budak lagi memang teringin nak ada laptop, dan pulak bila dah besar ni kira bila dah dapat laptop macam buang-buang jer. Eh bukan macam tu aku appriciate sebab ni pun my mom yang belikan. Alhamdulillah, emak memang memahami aku, tanpa dia siapa lah kita di dunia ni.

p/s : baiklah aku nak off dah laptop ni, sambil tu mendengar alunan lagu-lagu dari negara arab. apa-apa pun selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua orang yang beragama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan