Rabu, 1 September 2010

catatan hari ini 2 September 2010


ASSALAMUALAIKUM W.T.B

hye kawan2, semoga apa yg korg uat hari nie memberi manfaat kpd korg..
hari nie hari khamis esok adalah hari yang dtunggu2 oleh pelajar sekolah di seluruh Malaysia terutamanya pelajar2 yang beragama Islam utk merayakan Hari Raya Aidilfitri slps menahan Nafsu selama sebulan..mmg seronok..beli baju raya,kasut raya semua lah serba baru..tapi aku cuma nak ingat kn kt korg jgn la mmbazir mse bln raya nie..yela, nanti bukan semua yg korg pkai pn waktu raya 2..buang2 je lps 2..tp depens la kt org 2 kn..

thn nie mak aku ckp xde BAJU RAYA dan barang2 seagkatan dgn nye..xpee..xkisah as long dpt beraya 2 je..mak kata kalo sempat thn nie nak pakai bju warna HIJAU..tp kalo sempat la..
dan mak guk ckp yg ABAH thn nie PECAH REKOD xbeli bju raya..
nak SAVE BAJET sedikit la en..InsyaALLAH..
fhm2 la skrg nie Ekonomi xbpe nak baik sgt..

esok nak bawak balik kuih raya..ade 3 jenis yang nak dibwk balik 2..
Kuih suji, kuih tutku dan kerepek ubi kentang..
beli dr kawan2 dan cikgu..hihi..
best2..
tp esok aku balik sorg je..
naik KTM :)
keroi balik kol 6.30 ptg yg tket MAHAL 2..
aku mls nak tggu smpai ptg kng bukak pose dlm train lak..
insyaALLAH dpt brbuka pose ngan KELUARGA TERCINTA







jika kali ini RAMADHAN yang terakhir


Kau pertamanya

Tiada mu antara dua

Setiap kali ku fikir

Adakah ramadhan kali ini terakhir bagi ku?

Adakah kali ini bisa buat aku menjadi

Umat yang bersih dari dosa?

Masih sempatkah aku berterawih pada

Esok hari?

Semunya adalah ketentuan Tuhan

Yang mencipta semua ciptaanNya

Tadarus Al-Quran pembersih jiwa

Zikrullah membasahi bibir

Pengubat rindu kepadaMu

Ya Rabbi

Kesabaran menghadapi kehidupan

Memberi seribu erti kata bahawa

Puasa kali ini amat aku teliti dalam

pengibadatanku padaNya

Penat tak pernah aku kenal

Sejak aku mengenal Ramadhan Al-Mubarak

Bulan yang penuh barakah

Pahala amalan berganda tak terperi disisiNya

Sedekah jariah juga dituntut agar kita menjadi pemurah

Sekali kita bersedekah berkali-kali rezeki Allah

Tak akan putus kepada kita

Amalan yang buruk juga ku tinggalkan

Insyaallah akan ku tinggal juga pada

Bulan-bulan yang lain

Hidup ini penuh dugaan

Mengajar kita menjadi umat yang matang

Meninjau bagi persediaan kita ke Akhirat yang kekal

Semoga Ramadhan kelak dapat lagi aku tempuhi

Bagi mencapai matlamatku

Menjadi umat yang kukuh imannya

Serta ketakwaan yang tawaduk kepada

Sang Pencipta.


penulis: NORAIN HASNI