Sabtu, 17 September 2011

berita gembira !


kisah kau dan aku tercoret di laman maya membawa ke realiti

Assalamualaikum semua, :)
hanya coretan pendek dari aku pada hari ni
kerana semalam telah terjawab segalanya penantian

Alhamdulillah aku telah diterima masuk ke
Universiti Pendidikan Sultan Idris, tanjung malim.
hari isnin ni 19 september 2011 adalah
hari pendaftaran untuk kemasukan pelajar
ijazah sarjana muda 2011/2012 ambilan september.

suasananya agak gembira juga tetapi
banyak benda yang perlu di uruskan
kesibukan untuk menyambung pelajaran
adalah yang aku nantikan sekian lama
aku menyepi dari semua orang.

Terima kasih wahai Tuhanku,
Engkau kalungkan pemeberiaan ini
berkat dari doa kedua ibu bapaku.

sujud syukurku hanya ku tadah kepadaMu.
dan kepada lelaki yang telah hadir dalam hidupku
aku ucapkan sekalung kebahagiaan
kerana kau jua menjadi sebahagian episod
perjalananku ini.

p/s: semalam rumah terbuka aku, dan 15 september juga hari jadi mak aku. ILOVEYOUMOM