Ahad, 23 Oktober 2011

kem air sungai perak kuala kangsar

time ni snap-snap dekat dataran putra kuala kangsar

Assalamualaikum kepada para blogger se-malaya yang memang obses dengan blog ni.
baru tadi ada baca dan usha-usha blog korang macam-macam perkembangan terbaru kisah hidup korang kan. ada yang dah nak kahwin ada jugak yang dah nak timang anak. Tahniah aku ucapkan walaupun korang kawan aku dalam alam maya ni. segala pengalaman hidup korang aku amek sebagai panduan baru untuk life aku jugak. tak nak cerita panjang sebab aku nak cerita pasal aku pulak.

kem air ni adalah sebahagian dari krusus pendidikan luar yang aku dan kawan-kawan yang berada di bawah fakulti sains sukan dan kejurulatihan. jadi benda ni wajib untuk sesiapa yang ambil krusus ni. agak mencabar sebab aku kurang join aktiviti luar macam ni sebab banyak kekangan lah kan time zaman sekolah dulu. tapi bila dah masuk U ni haishhh macam-macam la dapat rasa.

21-22/10/2011 tarik keramat bagi kem air kumpulan 1 :) kira friday team laa yang pergi dulu.
seramai 80 orang peserta bertolak dari gimnisium upsi pada hari jumaat tersebut.
bertolak pada jam 3.40 petang dan sampai dalam pukul 6.00 petang di kem intan suraya kuala kangsar. perjalanan yang menyeronokan tapi cuaca pun tak berapa baik sebab hujan.

nak dipendekkan cerita kan aku dengan pertama kali nya berkayak, beraftting dekat sungai.
wahhh ingat kan tak boleh tapi sangat seronok sebab pengalaman pertama handdle benda ni.

kawan-kawan pun sempoi tambah pulak badan fasilitator yang memang bagi banyak tunjuk ajar benda ni jadi sangat berharga ilmu ni. :) ingat perempuan tak boleh join ke aktiviti macam ni?
ofkos la boleh kan. sebab aku dah buat benda ni. hahaha. :) bak kata encik shariman
" ain kalau kita nak buat sesuatu kita kena ikhlas kan hati baru kita dapat apa yang kita fokus kan" thanks encik shariman sebab gud advice for me.

tapi misi aku dan kawan-kawan lain tak habis di sini jer sebab akan bersambung kem akhir PL pada januari depan dekat pulau pangkor .. hahaha dekat rumah atok kot. :) orite apa-apa pun aku cuma nak cakap kem air semalam memang terbaik dan luar biasa buat aku.

p/s : nak bla dulu sebab assigement nak di buat ni. okehh tangan aku memang sakit tapi walau sakit aku still steady. :) babai korang!