Isnin, 22 Ogos 2011

wahai kasih part I

first kiss

pagi menjelma lagi
lamunan terhenti pabila mentari menyinar
kelopak bunga sakura depan rumah
bagai tahu isi jiwaku pagi ini
indah seindah kejiwaan gembira
terdengar bunyi deruan angin pagi
terpukul aku denganya
oh harum benar bau udara keliling
tak teringat langsung masalah
hadapi dengan tenang tanpa rungsing
hirupan ke dalam urat sarafku
terasa nikmat tak terhingga
debu debu wangian cinta dari kau
turut aku rasai di setiap pelusuk peparu
hampir aku lemas di kandungan cinta
yang banyak ini
jika kau baca perdengarkanlah bait tersirat

wahai kasih
ku sulam kau dengan benang kesetiaan
ku ikat kau dengan tali kebenaran
ku pegang kau dengan genggaman sayang
ku pautkan mataku dengan matamu
agar kau fahami beginilah besar cintaku
tak mahu aku lepaskan lagi kali ini
supaya aku dapat melihat kau lebih dekat

wahai kasih
setiap hembusan nafasmu ku sambut
dengan hembusan nafasku disisimu
setiap belaian bersama menjadi aspirasi
sentiasa agar aku tidak jatuh lagi
setiap bait katamu ku perliti benar
sedalam lautan dalam

wahai kasih
aku mengaku yang aku sentiasa mendambakan kau
bayangmu menjadi igauanku
langkahmu menjadi mimpiku
oh semuanya perfect bagiku sayang
biar apa orang nak kata
asal aku bahagia disisi kau
cacat cela kau hanya aku yang suka
sebab kau disisiku sudah
cukup buat aku terpana dengan ciptaanNya
hebatnya kau orang lain tak ngerti
sebab satu ayat aku
"aku sayang kau!"


p/s: hey bila hati dah cinta apa pun boleh jadi kan. :)

hey morning guys!

zaman kegemilangan aku dan kawan-kawan ni time bergelar
pengawas asrama sekolah menengah teknik kuala kangsar

Assalamualaikum w.t.b kepada semua warga blogger sekalian :D
selamat pagi dan salam subuh buat korang, baru jer lepas bersahur ni Alhamdulillah masih sempat bersahur dengan keluarga tercinta disamping menikmati udara yang diberi olehNya.

dinginnya suasana selepas bersahur ni terdengar bunyi cengkerik dan unggas berdekatan dengan hutan simpan UPM ni. :D terasa bagai tinggal di teratak mewah walaupun hanya berbumbungkan tingkat rumah orang lain. rasa sangat gembira walaupun kehidupan aku hanya sederhana dan bersyukur mempunyai orang tua yang sangat supportive.
(wahhh ayat pepagi macam ni memang teratur dan berbaris ea cik norain)

bangun jer celik mata facebook la jadi macam berita harian online nak tengok apa yang terbaru.
melihat perasaan kawan-kawan dan keluarga di facebook tu. setakat ni ramai yang gembira pada status pagi ni. melalui pemerhatian aku tadi dari semasa ke semasa;
  • kadang-kadang like status dia orang sebab cuba menghargai maksud yang cuba disampaikan oleh mereka. betul tak?
  • kadang-kadang komen status dia orang sebab nak cuba bagi nasihat/pandangan kita
  • kadang-kadang baca status mereka kerana cuba memahami apa yang tersirat yang boleh kita jadikan perkongsian.
  • kadang-kadang ada juga status yang ada pangkat H***M sebab terlampau nak meluah sampai user lain sakit hati bila baca kan. so friend think before you write oke :)

rindu korang semua kawan!
hari ni punya plan nak pergi mana aku tak tahu sebab masih kekaburan jadual. biasa la kerja maid belah petang jer belah pagi off kan. selalu sangat bangun lewat sampai tak jumpa suasana pagi. rindu pulak nak bangkit awal macam zaman persekolah dahulu. yelah sebelum matahari menyinar aku dah terpacak dekat depan kelas. seronok pulak bila teringat kisah yang dah berlalu tu. bagai semalam baru bermula kan. malam sebelum nak tidur rajin ke toilet bersama housemate gosok gigi dengan colgate, cuci muka dengan cleanser, pakai bedak sejuk dekat muka. ready tidur excited nak wake up early. before sleep akan berborak kejap then tidur sampai hampir ufuk kembali terang. bangun pagi terus mandi, solat subuh, makan pagi dekat dewan makan, semangat nak ke sekolah. heyy mana nak ulang balik kenangan emas tu kan. having fun dengan teman seperjuangan dulu tak kira kau dari kelas mana semua aku kawan. melihat pelbagai ragam kawan-kawan yang dari pelbagai latar belakang.

4 years pun masih tak cukup nak kembalikan perasaan yang sama macam dulu. kenangan cinta monyet bagaikan mencuit perasaan tika ini. rindu sangat nak macam dahulu. rindu sangat dekat my best buddy suhana, adila, norli, wafiqah, kak pah, liah, hana, kak long, ama, g-are is my partner dalam banyak hal dahulu. korang semua dah ada haluan masing-masing tapi guys you all rock my world. bila time form 6 my best buddy ainun lah kan sebab she's the one i had. 4 tahun ni mengajar aku kawal ego aku dan kenal diri aku walaupun jatuh bangun hanya aku yang tahu tapi kawan-kawan banyak ubah aku. guys walaupun kita dah jauh aku tetap ingat kenangan kita macam kanak-kanak ceria. aku rindu sangat nak jumpa korang dan harap one day kita akan gathering kembali di langkawi akan tercapai lagi beberapa tahun lagi.


p/s: hendak mencoret yang lain tapi tercoret yang lain.