Rabu, 9 Februari 2011

terpanggil menulis


Assalamualaikum w.t.b dan selamat pagi. Jam telah menunjukkan ke angka 1.45 pagi. Diharapkan semua sahabat/sahabiah dalam keadaan yang baik Alhamdulillah.
Tiba-tiba aku terpanggil untuk menulis ayat ini. Diharap dapat memberi manfaat kepada semua.


PAGI

kedengaran ayam berkokok rancak di subuh hari
menandakan hari hampir pagi
Jam loceng juga kedengaran hebat bunyinya
lantas bangun dalam keadaan mundar mandir
menegangkan urat jemari dan badan
berjalan mencapai tuala ke bilik air terus
mandiku penuh rasa syukur kerana masih berkesempatan
bangun menikmati nikmat hidup ini
terus persiapkan diri dan ku capai telekung berlipat cantik
ku bentang sejadah sujud ku kepadaNya
selesai sahaja aku terus menadah tangan
berdoa padaNya agar aku Istiqomah di jalanNya
Amin~

TENGAHARI

alunan zikrullah menemaniku sambil aku melipat kain
meresap jauh di sudut hati ini
mengenang dosa yang dahulunya memakan diri
tapi jauh di sudut hati ini
terasa sayangnya Allah kepada ku
Dia beri aku kesempatan lagi untuk
aku perbetul niat dan amal
yang sebelum ini aku tidak menghargainya
yaAllah menitis air mata ini secara tiba-tiba


PETANG

kelihatan ada pasangan suami dan isteri
berjalan di sekitar taman
ku perhati dari jauh alangkah bahagia
jika aku juga akan begitu
si suami mukanya amat tenang sekali
si isteri solehah terbentuk kelihatan dengan penampilannya
yang sopan dan sejuk mata memandang
sakinah terpancar apabila
keakraban antara mereka dan anak-anak
amatlah bahagia ku lihat mereka
terasa diri ini juga menumpang gembira tak terkata
ku harap mereka akan kekal kan begitu
hingga akhir hayat nanti
InsyaAllah~

MALAM

tiada kedengaran suara-suara kebisingan lagi
tidurnya manusia kerana pada pagi tadi
sibuk dan cekal mencari rezeki
untuk keluarga makan
kenikmatan yang sebegini
adalah untuk merehatkan badan dan minda
tapi aku tetap di sini tidur juga lewat
mencari keredhaanNya
berdoa hingga kakiku kebas
menadah doa agar diri ini dapat
hidup dalam Islam dan mati juga dalam Islam
kedengaran sayup-sayup
bisikan zikrullah pada telingaku
entah siapa yang membisikkannya
aku kelu dan hanya berserah kepadaNya.
Ya Rab ampunilah dosa kami semua umat manusia di akhir zaman ini agar di beri hidayah sebelum masa kami mengadapMu nanti
sekali lagi keguguran air mata ini.
terus itu tertidur aku dalam sendu tangisan ketakutan kepadaNya.



nukilan: norain esmaal, puchong, 2.04 pagi