Sabtu, 1 Oktober 2011

hey blog i mish you so much!

tengah cari buku ni ada ke jual dekat malaysia ni? konfem mahal giler~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat semua pemblogger yang sememangnya tegar dengan penulisan walaupun bagi orang lain tak bermakna tapi bagi kita adalah satu kepuasan dalam menulis. :) dah lama tak berjiwang sambil mencurahkan idea yang banyak ke ladang gandum seperti masa-masa yang lepas.

sekarang bila dah bergelar mahasiswi aku pun telah diberi satu tanggungjawab yang besar oleh orang sekeliling yang mengenali diri ku ini. Oh Norain kini dah bergelar pelajar universiti. jadi nak kata nak melepak lagi adalah satu cerita lapuk orang yang tak tahu bagaimana kehidupan seorang pelajar universiti.
ASIGGMENT
Assigment pula menimbun bagaikan lembah sungai yang sering mengalir tanpa henti. dalam membuat assigment kali ini adalah satu keseronokkan dan satu pengalaman baru buat aku. macam-macam yang aku timba dalam 2 minggu di UPSI walaupun ada satu ketika lepas aku stress tapi kini stress dah bertukar kepada keadaan yang terkawal sebab enjoy dengan apa yang dibuat. memang penat dalam meniti suratan ini tapi kerana cita-cita yang tinggi aku akan teruskan. :) Alhamdulillah sangat sebab dapat menempuhi alam menara gading ini.
walaupun baru semester 1 aku akan cuba kuat kan hati tabahkan jiwa ini supaya ilmu yang sedang ditimba akan aku aplikasikan dalam kehidupan.

TAK RUGI MASUK TINGKATAN 6
aku adalah lepasan STPM dan aku berbangga kerana telah melalui satu perjalanan sebagai seorang pelajar pra-universiti yang dahulu sering diherdik dan dicaci oleh sebahagian kelompok di tempat menuntut ku dahulu (kisah lama aku jadikan sebagai satu pengalaman) dengan pengalaman tersebut aku jadikan jambatan agar aku gunakan semula refleksi tersebut ketika di universiti kini. Thanks kepada Cikgu-cikgu tingkatan 6 aku yang sering beri semangat dan motivasi supaya aku tak putus asa. Jadi kepada adik-adik yang sedang meniti untuk STPM tahun ni aku doakan korang semua berusaha dan teruskan agar peroleh keputusan STPM yang gempak. bagi aku belajar di mana-mana adalah sama sebab masih ada exam jugak yang membeza kan adalah setiap antara kita adakah berani untuk ambil risiko. apa yang cikgu-cikgu tingkatan 6 katakan dahulu memang sekarang memberi imej yang benar kehidupan sebagai mahasiswi. jadi aku tak berapa nak terkejut dan bila kena aku refresh semula apa yang pernah meraka katakan kepada ku.

RINDU DEKAT BLOG
hehehehe tak ada makna pun nak rindu ye? aku rindu kot yelah dah lama tak update if not hari-hari duduk depan pc mengadap blog dan suka blogwalking. tapi kini agak jarang dan kurang sebab busy. :) okelah korang nanti free aku akan update lagi tau. jaga diri jaga kesihatan!

p/s: sejak-sejak dalam kursus coaching ni bagaikan coach betul dah. :)