Selasa, 9 Ogos 2011

sinaran pepagi

teringat kisah kau dan aku di kedai kopi

selamat pagi wahai cintaku
seraut wajah bertemankan kerinduan
keikhlasan jiwa merindui kau diperantauan
apa agaknya khabarmu ya?
adakah kau sihat?
adakah kau gembira?
adakah kau ingat padaku?

sedetik bicara yang lalu membuat
aku rindu kembali padamu
ku bingkiskan ini dipetak kejiwaanku
bagai bermadah seorang diri di siang hari

aku bagaikan penyair bebas
luahkan apa yang terlintas difikiran ini
aku bagaikan penyajak bebas
luahkan apa yang terlintas difikiran ini
aku bagaikan penulis
menulis dengan tinta yang rapuh

lebih lagi jika soal cinta
buat aku rasa girang gembira
bagai tercuit jiwa ini dengan rona-rona kehidupan
yang aku ukir sendiri menggunakan pahat kesetiaan
menanti cinta yang akan datang
pada saat aku memerlukan nanti
apa jauh benar aku merantau
terbang bebas dalam pelangi hingga ke sinar petang
yang membawa wajah mu tadi
singgah di bingkai hatiku
pesona cinta mu buat aku juga hilang arah
kegilaan membajai setiap ruang hati
ego menyintaimu menjadi

aspirasi untuk aku terus bernafas
walau kau terus jua jauh dariku
aku tahu kau sudah menjadi sebahagian dari hidupku
wahai teman ku bingkiskan ini dengan penuh keazaman
pencarian misi yang terindah dalam hidup
ku perjuangkan jua hingga aku mati nanti


p/s: hey u olls~! selamat pagi cinta selamat pagi jiwa coretan ini hanya untuk si dia ku maksudkan bukan lebih dari itu aku hanya seorang pengembara yang terus mencari erti hidup


misteri cinta alam maya

jiwaku memberontak memegang tinta kering
curahkan segala ceritera penipuan alam maya

sejenak aku terpanggil menulis
mengenangkan diri mu wahai teman
setiap detik bersamamu tak akan ku lupakan
tak tahu mengapa aku nukil ini semua
bagaikan detik itu berlalu pergi
saat-saat indah bersamamu di alam maya ini
kenangan terindah dikala sudut jiwaku kosong
tapi
epilog cinta bertaut di alam yang tidak nyata
membuat aku terasa bagai di awangan
tidak seperti pasangan lain
realiti menjadi saksi segalanya
tapi
bagi aku pula realiti yang bersegi
bertaut ke dalam sawangan jiwaku yang serabut
hilang keindahan percintaan alam abadi
di semat di ruangan yang tiada batasnya
keindahan melayan perasaan membuat aku jua alpa
dengan dunia sekeliling
tapi
mengapa sekarang kau ghaib
pergi meninggalkan aku keseorangan di alam ini
membuat aku buntu mencari diri mu
benar kata kawanku di ruangan ini
"once you off your lappy...forget about everything..that's rule no1"
kerana disebabkan keghairahan mencari kesucian
hampa jika terlalu asyik percaya cinta ruangan maya
tapi
aku sedaya upaya membuang segala kenangan bersamanya
indah hanya sementara dibuai angin malam
angan ku membuai terus ke dalam mimpi
kegelapan jiwaku jua terus terpadam dek percikan nista darinya
tapi
jika aku diberikan sekali lagi peluang dalam
menyemai cinta yang benar nanti
tak akan ku lepaskan kerana hidupku baru bermula
masih bertatih mencari erti kepayahan kehidupan
mencari ketenangan bersama orang yang tersayang
hanya aku coretkan percikan tinta basah ini
bukan kerana aku marah
bukan kerana aku dendam
tapi
aku ingin luahkan segalanya
selagi jari ku gagah menulis
mengeluarkan idea-idea coretan jiwa ini
diharap hatiku senang kemudian hari
segala terbuku dihati
terbuka di atas kertas tak boleh disentuh jari
jika ada yang tak suka dengan nukilan ku dari dahulu
aku tak kisah dan tak hirau
yang aku tahu ini adalah keistimewaan ku
aku sayangkan diri aku
dan aku sayangkan apa jua yang aku ada
tapi
jika aku akan gagal dalam mengecapi kebahagian nanti
tiada apa yang aku perlu katakan lagi
kerana semuanya telah diskiripkan
hanya aku akan menyempurnakan kisah ini
hingga nafas terakhir ku

p/s: terpanggil menulis pada malam yang sunyi ini dikala malam bulan mengambang. cewah ayat sastera habis tapi sayang ini memang benar terjadi dalam hidup aku.

..remember guys out there cyberlove..
..in dreams and love there are no imposibblities..
..on the internet there is only fantasy..

i minat lagu ni sayang ♥



seriouslly this song memang sedap bila dengar
memang jiwang la kan tapi dalam bahasa arab if korang nak dengar silakan lah pause lagu
background blog aku ni sebab leh stopkan ataupn korang tekan link lagu ni jer keluar
dekat satu tab lain :)

p/s: nancy ajram ni memang sedap suara dia hari hari dengar lagu dia sampai aku pn
leh cakap arab dah. hahaha btw bahasa arab ni memang indah


singgah sekejap wahai blog!

puding roti

Assalamualaikum kepada semua orang :)
selamat berbuka puasa ea. celik-celik dah 9 hari kita berpuasa
orang pun dah ramai memenuhi ruang saf di masjid/surau
bagi yang tak boleh nak keluar hanya menunaikan di rumah
apa-apa pun semoga apa jua amalan yang kita lakukan diberkhati olehNya.

hey korang ramai yang dah start pasang lagu raya kan? =="
bagi aku tak kisah la as long korang hepy nak bukak awal-awal ni
bila lalu dekat kedai/shopping complex la terutamanya
konfem dah start bukak di awal ramadhan
ialah nak kasik public rasa kehangatan aidilfitri yang bakal datang
apa apa pun puasa ni mesti dilaksankan baru lah terasa amal yang kita lakukan berbaloi

aku baru balik dari pasar ramadhan sebenarnya =.=" fuhhh~! macam macam ada
pelbagai juadah yang mengugat keimanan jika korang tengok.
dan tiba aku di sana beli lah apa yang perlu jer~! :D
jadi u olls~! selamat berbuka ea.

p/s: jangan makan tak ingat dunia tau!