Jumaat, 1 Julai 2011

semester kedua

kenangan bersama teman seperjuangan ketika menerima anugerah kokurikulum 2010

Assalamualaikum dan selamat tengah hari to all :D harap sihat dan dalam keadaan yang baik ye.

yaAllah lama betul tak pegang pc ni naik berhabuk betul kan :D haha~ rindu la kan lama menghilangkan diri dari dalam alam maya ni. cehhh bukan apa sangat pun kan tapi nak mencari mood baru dalam kesamaran waktu ni.

okey aku terima banyak email dan masej tak kira melalui laman sosial ni atau di telefon ramai mencari dan tercari-cari aku di sini :D haha femes kah aku? wahhhhhhh soalan bongkak la ayie.

sekarang ni aku pun dah dapat mood baru dan sedang dalam mengumpul semangat untuk menyambung belajar. tu pun kalo nama aku tersenarai dalam list UPSI ni sebab keghairahan nak belajar balik tu memang dah meninggi dan menebal di dada ni.

rindu nak duduk dalam suasana tutorial, perbincangan, kerja kumpulan dengan macam-macam benda baru memang sangat aku nak alami lagi. yaAllah moga aku dapat la jejak kan kaki di UPSI bukan sahaja jejak aku nak sangat belajar dan menimba ilmu sebagai bakal pendidik kelak. :D

tapi kan kalau tak dapat macam mana? nak terjun bangunan kah? nak bunuh diri kah?
(yaAllah takde la sampai macam ni kan) tu dah macam takde agama je kan. hope kesabaran dan keredhaan akan menjadi milikku. Amin~

okela semalam aku baru menerima surat :D sampul surat tu berstem dan bercopkan IPOH. sah memang surat ni dari SMT Ipoh kepada aku. 8 julai 2011 akan diadakan majlis anugerah kecemerlangan kurikulum jadi rezeki aku untuk menerima anugerah tersebut. Alhamdulillah bersyukur sangat :D masa aku dekat SMT Kuala Kangsar pun dapat tapi masa form 5 bila SPM punya takde pulak dipanggil dan mungkin ni la rezeki yang aku tunggu dan aku berjaya dapat bila anugerah ni untuk STPM punya :D

over all STPM lah banyak mengajar aku :D sebab aku berani cakap yang STPM senang je nak tempuh janji kita bagi komitmen dan usaha yang tinggi dalam nak berjaya.

tanpa pengorbanan kejayaan sukar ditempuh dan kesungguhan dalam melakukan yang terbaik adalah untuk masa depan sendiri bukan untuk orang lain kan. :D

tak sabar nak melangkah ke alam kampus :D

p/s: selamat berjaya cik norain! kata bieeee~