Ahad, 14 Ogos 2011

what a long story today

Assalamualaikum w.t.b kepada semua pengusha dan pengusaha blog-blog semalaya~!
hai selamat malam dan salam tahajud :) tika saat ni bunyi guruh di luar semakin kuat aku tetap mengagahkan diri menaip bagaikan obses sangat dengan blog yang tak seberapa cun ni :) haha

hey kawan if lagu arab dekat bawah ni menganggu korang nak menyelak-yelak blog aku ni sila lah pause kan. :) wah sekejap je aku usha pengikut menjadi 55 orang thanks ea kawan-kawan yang datangnya dari geng aku iaitu satu group dalam facebook iaitu
"SUARA-SUARA BEKAS PELAJAR STPM 2009/2010 DALAM MALAYSIA"
aku dah lawat blog korang dan seronok baca entri korang :) teruskan menulis walaupun tak berapa nak hebat macam penghebat yang lain. Jom baca laporan terbaru aku ni. Thanks :)


pertemuan aku dan dia ketika di shah alam lalu

Selamat hari lahir Noor Nazirah Binti Hassan
hari ni hari jadi beliau yang ke 20 tahun, sempena hari jadi kamu g-are (nama manja beliau) semoga kamu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ea. :) tadi baru jer dia call menandakan rindunya dia pada aku. InsyaAllah beliau akan kahwin tak lama lagi. Ada jumpa dah dengan tunang beliau sama-sama belajar ketika di UIA :) wahhh hebat pasangan muda ni moga-moga mereka akan cepat-cepatlah menjalani kehidupan sebagai suami isteri. sangat jeles dan ingin mencontohi perangai dan akhlak beliau dan tunang beliau sangat cool :) cantekkk dan sangat sepadan. "Allah ya hurabbi moga Engkau memanjangkan umur teman seperjuanganku ini agar dia bahagia dan ceria selalu" teringat kisah aku dulu time bulan ramadhan dekat asrama dengan beliau ni. dia lah selalu mengejutkan aku untuk bangun sahur kalau aku tidur dekat bilik pengawas dengan beliau ni. dia pekik dekat telinga aku "ayieee!!!! bangun sahurr!!" (kenangan sangat dengan beliau ni)

acara kejar mengejar hari ni bersama mak, pakcu dan aku
sebenarnya hari ni adalah hari sangat sibuk bagi aku :) dari pagi tadi sampai la malam ni kaki tangan ini merayau ke sana ke sini. bukan aku drive pun aku yang mengikut ke mana mak dan pak cu tadi. memula hantar nur atiqah ke asrama sebelum tu teman dia pergi kedai buku popular sebab nak cari Al-Quran terjemah sebab dia nak guna masuk tilawah dekat asrama. (bagus la time aku pun ada gak aku join dekat asrama) lepas tu boleh pulak dia singgah dekat kedai jam nak beli lagi satu pasang jam. dah la minggu lepas pun beli 2 pasang warna hijau dan biru hari ni tadi tambah sepasang yang berwarna putih. dia sama jer perangai dengan aku suka sangat kumpul jam (koleksi jam aku dah terkumpul sebanyak 20 pasang tu pun aku tak pakai)
memang obses jugak dengan jam ni sebab if aku tak pakai jam terasa kegilaan berlaku. haha :)

Johan Setia
lepas tu terus jer ke klang singgah pulak area Johan Setia dekat situ ada pasar ramadhan. aku tak turun pun dari kereta tapi hanya melihat dari jauh. kawasan ni memang kawasan perkampungan yang agak crowded dengan orang-orang dekat situ. aku pun first time datang area situ jadi macam tertarik dengan kemesraan orang-orang situ. lepas tu mak singgah pulak di satu gerai ni ada jualan pisang dan nenas mak aku pun borong laa buahan dekat situ nampak fresh dan menarik sangat. :)

hey nak berbuka dah ni~! :)
after a minutes later terus jer hantar nur atiqah :) time dah sampai memang banyak lah barang nak diangkat ke atas. disebabkan nur hamizah pun dah call jadi tak dapatlah nak menolong nur atiqah mengangkat barang-barang dan mak terus memecut mengambil nur hamizah di tempat kerja. bagaikan sepantas kilat nak mengejar banyak benda dalam satu masa. lepas ambil jer nur hamizah tadi kami pun singgah ke bazar ramadhan di puchong perdana. pusing punya pusing dekat bazar tu sampai ke depan mana ntah tak beli satu apa pun. wahhhh kaki ni dah merenggekkan kerana kegatalan aku memakai kasut tumit tinggi. padan muke! siapa suruh anda memakai kasut sebegini di saat-saat getir. then ada la singgah beli lauk pauk segala macam tadi.

kejar mengejar tak habis lagi sampai lepas berbuka~! :)
dah nak sampai rumah tadi pun dah memang azan jadi berbuka lah air soya seorang sesedut sambil membuka pudding karamel yang aku suka tu. :) pengalaman terkejar-kejar hari ni memang best. tambah pulak sampai rumah abah cakap suruh keluar lepas berbuka beli mesin basuh. hahaha dengan tak mandi nya lepas je kemas meja terus keluar ke carefour cari mesin basuh semi-auto takde pulak dekat situ jadi kami terus ke giant, nasib baik ada. terus jer beli tadi bayar dekat kaunter mamat tu hantar naik kereta. sampai rumah aku dengan pakcu yang mengangkatnya sampai atas. amekkkk~! sekali bawak mesin tu betul-betul dekat muka aku. hahaha nasib baik kuderat ada jadi no hal lahh nak angkat mengangkat benda berat ni.

nak cerita pasal berbuka dekat rumah pak lang semalam pun tak sempat ni. if aku larat aku akan mengepostnya ea kawan-kawan blooger! :)

p/s: hujan lebat pulak malam ni memang sejuk kan. hey manalah my mr. bantal bushuk ni? i send masej u tak reply lagi ea. lama i tunggu u ni sampai mengigil-gigil badan i. wuu~! baby i mishh u so much! okela selamat bersahur u olls~!