Rabu, 8 Februari 2012

Siapa aku ? Hanya aku yang tahu

with my happy sisters

Assalamualaikum dan selamat petang, wah cuaca petang mendamaikan dengan matahari yang kian hilang dari pandangan kita.

mesti ada yang sedang giat menyediakan minum petang bersama keluarga tercinta kan pada waktu sekarang ni. masak cucur ke, apa ke kan. terasa seronok apabila dapat masak sendiri ni lagi-lagi untuk orang yang kita sayang.

setelah berada di rumah dalam seminggu nak masuk dua minggu ni, biasa lah pemakanan selalu menjadi tidak terkawal. mana taknya sekejap masak tu sekejap masak ni, jadi pengawalan pemakanan adalah sangat kritikal. baru-baru ni ada ke rumah pak lang sebab ada BBQ lepas tu esoknya ke rumah uncle boy di sepang. mengubat rindu yang lara setelah berpenat lelah di tempat pengajian. Alhamdulillah semua orang sihat belaka. Apa jua yang telah aku lalui di semester 1 lepas banyak mengajar aku untuk menjadi lebih lagi matang dalam sesuatu perakara. Tapi ada perkara yang aku masih terfikir buat aku rasa sedih mengenangkan walaupun aku sendiri tahu akan sebabnya.


Apabila kita memasuki ke alam maya ni macam-macam lah yang kita akan lalui kerana setiap hari kita melayarinya dengan pelbagai situasi. kadang-kadang kawan-kawan yang dahulu masih tak mengenali diri aku, terus membuat anggapan yang aku ni jahat sebab dot..dot..dot..
"YaAllah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, kerana aku ni insan yang lemah"

kenapa perlu dipersoalkan jika korang tak kenal aku siapa? ada pernah nak mengenali aku dengan lebih rapat ? siapa diri aku ? pentingkah untuk korang menghina aku ? sungguh sadis jika aku diperajudis yang tak benar kan. biar apa pun aku tetap pendirian begini. siapa pun aku, hanya aku sahaja jer yang tahu.


p/s: janganlah kita menunding jari atas kesalahan orang lain kerana 4 jari kembali kepada kita