Ahad, 31 Julai 2011

esok puasa yaw!

ni la my last sister Alyaa :D dah 9 tahun dah dia and we called her "CIK NIN"

Assalamualaikum semua hope sihat ye :D okela tadi korang tengok TV tak? tadi dah diumumkan bahawa yang kita akan menunaikan ibadah wajib puasa pada esok hari. bersamaan dengan 1 ogos 2011 iaitu 1 ramadhan 1432 hijrah.

wahhhhh :D pose ea anda sume jangan tak pose taw! oke dikesempatan ini banyak lah masej-masej selamat berpuasa yang diberikan oleh keluarga/kawan/teman/boyfriend/girlfriend dan seangkatan dengannya kepada kita kan. you alls pun dapat kan? i pun dapat jugak hope apa yang ditulis itu dapat kita gunakan sepanjang bulan puasa ni.

hahaha tadi mak aku dah cakap dekat aku taw. "oke along bulan puasa ni ko akan jadi chef dalam rumah ni oke buat masa ni tak payah nak cari kerja lagi, ko kena uruskan hal-hal makanan dalam rumah ni. :D hehehe~ wahhhh nampaknya aku akan semakin chubby la macam ni.

oke apa apa hal nak bagitahu hari ni hari jadi adik aku yang no 5 ni. she's 9 years old today so happy birthday la dekat dia. ada la buat small party tadi bagi happy sikit dekat dia. :D hope she will be a great sister la kan .. :)

okela esok sambung because nak off dah ni. jap lagi nak bangkit sahur ye.

p/s: mata dah layu ni T_T

Sabtu, 30 Julai 2011

ramadhan is around the corner

kain rentang yang dilukis oleh pelajar asrama SMT Ipoh pada setahun yang lepas

Assalamualaikum all people out there :D hope sihat-sihat belaka ea sebab hari ni ialah hari sabtu dan esok hari ahad dan esok lagi adalah isnin. yeahhh RAMADHAN is around the corner.

bermulalah tugas kita sebagai seorang Muslim mengerjakan ibadah wajib ini. :D hope tahun ni puasa penuh dan dapat memuhasabahkan diri seperti tahun-tahun yang lepas. aku nak petik satu ceramah dari seorang ustaz yang pernah aku dengar dekat radio dia kata

"apabila tiba bulan puasa kita mesti pasang azam baru dan menggunakan puasa ini sebagai perisai kita melakukan perkara yang baik jadi bila dah habis bulan puasa nanti kita kenalah aplikasikan apa yang kita lakukan perkara yang baik itu pada puasa yang lepas"

korang faham tak? aku faham je. :D jadi jangan fikir nak raya jer yang penting puasa ni lagipun dalam banyak-banyak bulan Ramdhan adalah bulan yang digandakan pahala ibadat wajib dan sunat. teringat kisah berpuasa di asrama dulu hahaha macam-macam ragam puasa tambah pulak masa last year aku dan kawan-kawan ada membantu cikgu azrina jual macam ala-ala pasar ramadhan SMT Ipoh. :D memang laku lah sebab budak-budak asrama ni memang suka kalau kami berniaga. :D

bila maghrib menjelma kami pun berbuka puasa dengan perasaan yang sangat bersyukur. :D lepas je tunaikan solat maghrib kami akan ke masjid berdekatan untuk join solat terawih. memang best la masa stay Ipoh bagi aku kenangan yang tak dapat dilupakan bagaikan semalam baru berlaku. (skemanya ayat kau ayie!)

okela bersempena ramdhan yang hampir menjelma ni aku nak mengucapkan selamat berpuasa ea korang sebab gunakanlah bulan puasa ni ke arah kita berubah kepada yang baik. InsyaAllah agar jiwa kita tenang dan diberkati olehNya.

p/s: oke all ada kerja nak settle babai!

Jumaat, 29 Julai 2011

pc dah sihat!

mohd safee sali :D hehehe
apa kena mengena dengan aku? oke nantikan post seterusnya ye

Assalamualaikum kepada semua orang yang membaca blog aku ni. :D thanks sebab sudi membuka walaupun korang ada bukak blog yang lebih gempak dari aku punya blog ni. okela hari pun sebenarnya agak lewat dan pc aku ni pun baru je baik dari sakit akibat dijangkiti virus HIV di laman sosial mukabuku.

sebab link yang aku klik tempoh hari telah menyebabkan pc aku jatuh sakit secara mendadak tambah pulak dalam pc ni dah tak boleh nak menampung fail-fail yang sedia ada. jadi terpaksa la pergi hantar servis dekat kawan abah aku baru-baru ni. (thanks la kepada abg zahid ea!) haha
Alhamdulillah kira dah okela pc ni tapi aku nak p beli software nak support folder sume ni. erm nak kena kumpul duit la kan.

oke oke oke memang lama la kan tak update blog ni sebab gara-gara kesedihan yang melanda jiwa minggu lalu semua panggilan telefon/masej/mms/3g ke? aku tak layan. tapi maaf la pada kawan-kawan sebab aku rasa cam tak patut diam terus je cam kejam sangat kan. haha by the way i'm fine la sister. :D oke aku rasa nak sleep dulu dan hari esok aku akan update la apa yang rasa nak diceritakan.

p/s: mwahhxx! ngeeeee~

Sabtu, 16 Julai 2011

i love all of you!


Assalamualaikum dan selamat pagi. jam menunjukkan pukul 5.35 minit pagi waktu tempatan.
dah nak masuk subuh dah pun sementara aku masih tidak tidur lagi ni aku ingat aku dah ubah fikiran. apa yang nak ubah fikiran ni ayie? hahaha :D entah la dari sejak semalam air mata aku bergelinang disebabkan aku tak dapat tempatkan diri aku di Universiti.

masa selepas maghrib tadi aku masih terduduk di luar rumah. aku duduk ditemani radio di telinga ku. menungku jauh mengenangkan nasib adakah ini pengakhiran? atau permulaan? yaAllah aku dah jauh tersasar dari nikmatMu. aku mula tersedar tadi masa Isyak masuk kedengaran suara azan yaAllah nikmatNya pemberianMu.

terus air mataku berhenti dan terus aku terasa tenang disebabkan suara azan di surau dekat dengan rumah ku ini. yaAllah apa guna aku menangis sebab bukan boleh pun aku ditempatkan Universiti dengan air mata ini.

aku masih bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa, adik-adik, keluarga, cikgu-cikgu dan kawan-kawan yang masih mengambil berat tentang insan bernama norain ini. yaAllah jauh benar aku menjiwai diriku tadi. anganku membuat aku alpa bahawasanya hanya Engkau yang berkuasa membuat keputusan dan ini semuanya takdir dan aku kena menerima dengan hati yang terbuka.

jadi aku mesti explore dunia ini luas dan tidak semestinya tiada tempat dia universiti kita tidak boleh berjaya. apa-apa pun memang la sedih masih bersisa tapi aku mesti kuat melawan segala-galanya kerana ini adalah ujian.

walau bagaimanapun aku mesti teruskan kehidupan. jika tidak masuk universiti pun aku mesti buktikan pada keluarga bahawa aku juga akan berjaya dalam hidup ini. InsyAllah berbekalkan doa mak dan abah serta cikgu dan rakan harap aku akan dapat membuang yang keruh ambil yang jernih. aku mesti kuat dan perlu berhadapan dengan masalah ini.


p/s:

thanks to Ainun Nazirah because you reminds me something that i forgot. you're my friend insyaallah until last of my breath. to my biee i love you so much thanks biee sebab kuatkan semangat i. to my lovely man who loves me i hope at this new relationship between me and you are not just a piece of dream but it will teach me something about a truth life. i love you so much sayang. only me know you and you knows me.

Jumaat, 15 Julai 2011

perasaanku saat ini T_T


Assalamualaikum w.t.b kepada semua orang. dengan rela hati aku menyatakan bahawa aku GAGAL menempatkan diri aku di UNIVERSITI yang aku nak masuk selama ini.

perasaan kecewa dan sedih memang menyelebungi aku saat ini kerana aku rasa aku dah cuba buat yang terbaik. dan entah la aku tak tahu nak cakap apa dah. oke semua aku masih dalam keadaan sedih ni jadi jangan kaco aku. sejak dari tadi air mata berjurai-jurai tak henti-henti menangis. (aku macam tak dapat terima kenyataan ni)

kepada yang dah dapat peluang untuk sambung belajar ni all the best guys! aku salu mendoakan rakan-rakan seperjuanganku. babai korang!

hati pedih menangis,
jiwaku yang suram,
malam yang panjang,
ingin aku bersendirian..

merenung kehidupan,
memikir kesudahan,
pada siapakah hendak ku curah,
keresahanku..

aku berpaut pada sejengkal tali cuma,
itulah yang ada sementara aku hidup di dunia ini,
inikah dugaanku,
inikah kesempatan,
haruskah ku terus atau membiarkan ianya berlalu..

dekat didepan mata,
berat meluah kata,
terpendam segala apa dirasa,
sekian lama ini..

apakah kita nanti,
tiada dapat serasi,
ataukah hanya aku bermimpi,
untuk memiliki..

aku berpaut pada sejengkal tali cuma,
itulah yang ada sementara aku hidup di dunia ini,
inikah dugaanku,
inikah kesempatan,
haruskah ku terus atau membiarkan ianya berlalu..

kesempatan yang datang tiada ketentuan,
puasku memandang di kejauhan tak kesampaian..
sering terbayang-bayang,
tinggi lagi harapan,
adakah kusempat atau pun tidak,
untuk bersamamu...


p/s: akan ghaib buat sementara waktu ini

Khamis, 14 Julai 2011

i am sorry mom


Assalamualaikum all :D thanks because open up my blog. hahaha tengah hari ni panas betul kan. ditambah pula persekitaran di lembah klang dilanda jerebu maka semakin merosot lah taraf kesihatan penduduk sekeliling.

aku pun tak berapa nak sihat ni sebab tekak pun sakit dan mata aku pun pedih sebab jerebu yang melanda sejak sejak akhir ni. siyes la memang perit nak tanggung walau aku cuma stay dekat rumah ni. aku keluar jugak pergi buang sampah, sidai kain, menyapu sampah dekat luar rumah tu jadi kena la jugak sisa jerebu ni.

semalam tengok berita pun pasal jerebu dan kandungan udara di sekitar kitaa sekarang ni turun merosot yang teramat. jadi aku pesan dekat diri aku minum lah air kosong banyak-banyak dan pakai mask kalau korang nak keluar rumah. (aku tengah tulis pun pening-pening) yelah mana tak nya sebab udara dekat rumah aku sangat lah teruk. kabur je mata aku tengok lagi pulak aku ni memang rabun/silau lagi la sakit kena dekat retina ni. cerita pasal rabun/silau aku nak story la kan maybe silap aku atau disebaliknya tapi ni hal serius. (bagi aku la kan)

BINGKAI CERMIN MATA BARU/CERMIN BARU? (yang mana bagus)

oke la kan kemarin aku follow abah dengan mak ambil cermin mata abah baru siap. tiba-tiba abah cakap cermin mata along oke lagi ke? aku jawab la oke je tapi rasa nak cheack mata ni sebab sebulan dua ni mata memang sakit/berair/pedih (lagi-lagi mengadap lappy zaman batu ni) terus jela aku duduk dekat bro cina tu dia pun cheack mata aku. dia kata silau aku teruk sangat dan kena tukar cermin baru. nak dipendekkan cerita kalau ikut kehendak aku memang aku nak tukar semua baru tapi disebabkan advice bro cina tu aku terpaksa akur sebab dia kata

"bingkai ni masih cantik maa jadi i suggest you just tukar cermin ni"

aku pun sebenarnya bengkakk jugak lah hati ni kan tapi nak buat macam mana dah mak aku pun kata buat jelah. kira kalau tukar cermin ni total harga RM200.00 sahaja. kalau tukar bingkai semua RM200++ laa kan. aku pun memang bengang la kan. ikutkan aku memang tak nak tapi semua ni dah berlaku kan.

then disebabkan api kemarahan memuncak dalam jiwa muda ni aku pun kena sound derect dengan mak aku. (dua hari tak bercakap dengan mak sebab benda kecil ni) okela korang mesti cakap aku ni emotional/sangat berperasaan kan. memang pun kan.

tapi kan korang bila aku fikir balik kan memang silap aku pun yelah parents aku buat macam tu sebab dorang sayang kan aku. cuma aku ni degil sangat tak nak dengar cakap nak ikut kepala sendiri jer kan. hari ni aku dah try cakap dengan mak aku walaupun aku agak segan-segan nak cakap aku belasah je cakap. nak tak nak aku masih dalam jagaan diaorang kan.

seriouslly i'm sorry mom. :( i know this is my fault and i will not repeat it again.

p/s: kepada kawan-kawan jangan lah lawan cakap mak abah kita sebab tak baik tau!

Selasa, 12 Julai 2011

penantian kan berakhir

pilihan pertama

pilihan kedua

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua orang :D

cuba tengok tajuk atas tu :D hahaha gelak je ayat cam drama petang-petang dekat tv kan.
sebenarnya kalau u all nak tahu hari jumaat ni bersamaa dengan 15 julai 2011 ialah keputusan UPU STPM 2010.

jadi dikesempatan ini aku juga tak terlepas dari mempunyai perasaan berdebar dan seram sejuk. apa yang aku mampu katakan ialah aku akan teruskan perjuagan walaupun apa jua yang aku dapat lepas ni. perasaan ni hanya Allah je yang tahu. sakit perih yang aku tanggung seorang ni aku je yang faham. yelah buat apa nak suruh orang lain faham sedang kan diri kita sendiri tak faham diri kita ni kan. (faham ke korang?) haha aku je la yang faham kan.

seluruh warga lepasan STPM 2010 menantikan jawapan dari pihak pendidikan apakah tempat kami di universiti tempatan ni? entah la aku pun tak tahu mari sama-sama kita nantikan. :D

hope semua orang dapat apa yang dipohon daripada universiti :D berbekalkan doa diri sendiri dan daripada orang sekeliling harap dapat la apa yang diingini.

p/s: perasaan amat gementar kalah orang nak angkat nikah. hahaha >.<

Ahad, 10 Julai 2011

Konvokesyen STPM 2010

bergambar bersama Mr.Arjan Singh selaku guru MUET kami

bergambar bersama Puan Azrina Ariffin selaku guru subjek pengajian perniagaan

Assalamualaikum dan selamat petang kepada yang sudi menjengguk blog aku yang agak tak berapa nak cun ni. haha~ oke la harap anda semua sihat-sihat selalu dengan kesihatan yang baik.

dah lama aku tak menyelenggara blog ni kalau tak lagu blog ni selalu bertukar-tukar tiap minggu kan. :D thanks kepada kawan-kawan yang mengalakkan aku menulis blog walaupun banyak ayat bahasa melayu yang tak mengikut tatabahasa yang betul. nampak cikgu BM aku marah nanti. hahaha~ subjek BM la paling aku suka sekali dalam-dalam banyak subjek yang lain.

baiklah kali ni nak menceritakan kisah perjalanan aku ketika balik ke lumut baru-baru ni.
kedatangan aku ke rumah atok disambut baik oleh mereka semua :D
malam tu ada pergi dinner dekat restoran nasi ayam mama. not bad la makanan dia sebab murah pun murah dan sedap lagi tu.

perjalanan aku ke esokkan nya ke teknik ipoh kerana ada anugerah yang akan ku terima.
best jugak sebab dapat jumpa dengan cikgu dan junior-junior :D

yang hadir pada hari tersebut hanya aku, asraf, ainun dan amir :D kami berempat sahaja. kepada rakan kami yang tiga orang lagi masih ada dan masih meneruskan perjuangan untuk sambung belajar.

lappy aku buat hal pulak baru tukar wifi dalam rumah ni dia pulak buat hal. adeiiiii!
nak jugak aku campak lappy ni lam sungai tu. terpaksa la aku tuka guna pc ni.

p/s: lappy jenis zaman batu punya patut la dah weng weng~


Ahad, 3 Julai 2011

semangat juang :D

menandakan aku memang bersemangat!

Assalamualaikum all :D selamat malam jam hampir menunjukkan masa ke 11.13 minit malam.

oke sebenarnya tadi tengok perlawanan bola antara Malaysia lawan Taiwan. NOT BAD sebab aku tahu pasukan negara kita main pun dah macam pemain antarabangsa tak macam dulu kan tapi kalau takde dulu takde la sekarang kan. Tahniah buat skuad negara anda semua rocks!

padahal aku ni tak bape minat sangat bola ni tapi kan aku sejak-sejak ni macam melekat je dekat skrin TV tu tengok channel ESPN, ARENA (sume saluran dari ASTRO) hahaha~ asyik sukan je kan walaupun tak dapat nak melibatkan diri sepenuhnya tapi aku still kena ambil tahu tentang perkembangan sukan negara kita kan. hebat jugak sebenarnya Negara kita ni tau dalam industri sukan ni kita mungkin masih baru mengorak langkah maju kehadapan tapi yang penting kita mempunyai semangat patriotik demi memperjuangkan nama negara. (saya bangga sebab saya anak Malaysia) nampak nya bersemangat la kan aku malam ni. haha dah dapat mood baru agaknya aku ni kan.


BALIK LUMUT

oke la kan khamis ni aku akan bertolak ke rumah atok dan nenek aku di lumut. sebab jumaat tu ada majlis anugerah kurikulum dekat SMT Ipoh. jadi nak pakai baju apa balik ni? adoyaiii pening takde baju nak pakaiiiii! haha masalah betul la kan. nanti nak tanya pakar perunding fesyen dalam rumah ni. (mak aku la siapa lagi kan)

jadi maybe aku bertolak pagi dan sampai sana masa tengah hari. :D
nak pergi beli tiket esok dan esok pun nak kena confirm kan dekat pihak sekolah yang aku akan hadir pada majlis ini. InsyaAllah moga berjalan dengan lancar kerana yelah ini lah yang dapat aku tunjuk kan pada adik-adik aku semoga dia dapat mencontohi kejayaan aku di peringkat ini. harap mereka lebih baik daripada aku kerana semangat untuk belajar pada jiwa ku semakin berkocak kencang kerana ilmu pun sampai bila tak akan habis dituntut.

thanks to my parents. both of you give me lots of strenght to survive in this world. yaAllah forgive them if they make any mistake. and i will do the best for my future and i'm promise to be a good example for my sisters (speaking jap) haha

never say never! bak kata Justin Beiber kan. jadi jangan kata tidak tau sebab semangat tu kita perlukan di setiap waktu. walaupun kadang kala kita tidak bersemangat tapi kena jugak push yourself to be the best among the best kan. sebab hidup ni banyak persaingan dan kena kuat kan semangat walaupun saingan kita tu memang hebat (tiada tandingan la kata kan)
jadi tak kira apa yang kita buat bersemangat lah kan.

macam post aku yang lepas aku cakap aku bosan kan. memang tengah bosan dan tiada semangat sebab selalu sangat duduk dekat rumah ni kan. tapi bila aku fikir balik betapa bersyukurnya aku sebab masih ada rumah untuk tinggal dan tak salah pun jika aku habiskan masa di rumah tanpa keluar lagi. munkin aku perlukan masa lagi untuk menambahkan kematangan dalam diri ini supaya lebih cekal apabila di luar. (hanya aku yang faham kot tapi siapa yang faham thanks tau)

haha baiklah apa lagi yang hendak di tulis sementara masih bersemangat nak tulis ni kan. :D
mungkin takpe kot dah kekeringan idea ni. babai all.

p/s: hate me love me? it's up to you!

Jumaat, 1 Julai 2011

semester kedua

kenangan bersama teman seperjuangan ketika menerima anugerah kokurikulum 2010

Assalamualaikum dan selamat tengah hari to all :D harap sihat dan dalam keadaan yang baik ye.

yaAllah lama betul tak pegang pc ni naik berhabuk betul kan :D haha~ rindu la kan lama menghilangkan diri dari dalam alam maya ni. cehhh bukan apa sangat pun kan tapi nak mencari mood baru dalam kesamaran waktu ni.

okey aku terima banyak email dan masej tak kira melalui laman sosial ni atau di telefon ramai mencari dan tercari-cari aku di sini :D haha femes kah aku? wahhhhhhh soalan bongkak la ayie.

sekarang ni aku pun dah dapat mood baru dan sedang dalam mengumpul semangat untuk menyambung belajar. tu pun kalo nama aku tersenarai dalam list UPSI ni sebab keghairahan nak belajar balik tu memang dah meninggi dan menebal di dada ni.

rindu nak duduk dalam suasana tutorial, perbincangan, kerja kumpulan dengan macam-macam benda baru memang sangat aku nak alami lagi. yaAllah moga aku dapat la jejak kan kaki di UPSI bukan sahaja jejak aku nak sangat belajar dan menimba ilmu sebagai bakal pendidik kelak. :D

tapi kan kalau tak dapat macam mana? nak terjun bangunan kah? nak bunuh diri kah?
(yaAllah takde la sampai macam ni kan) tu dah macam takde agama je kan. hope kesabaran dan keredhaan akan menjadi milikku. Amin~

okela semalam aku baru menerima surat :D sampul surat tu berstem dan bercopkan IPOH. sah memang surat ni dari SMT Ipoh kepada aku. 8 julai 2011 akan diadakan majlis anugerah kecemerlangan kurikulum jadi rezeki aku untuk menerima anugerah tersebut. Alhamdulillah bersyukur sangat :D masa aku dekat SMT Kuala Kangsar pun dapat tapi masa form 5 bila SPM punya takde pulak dipanggil dan mungkin ni la rezeki yang aku tunggu dan aku berjaya dapat bila anugerah ni untuk STPM punya :D

over all STPM lah banyak mengajar aku :D sebab aku berani cakap yang STPM senang je nak tempuh janji kita bagi komitmen dan usaha yang tinggi dalam nak berjaya.

tanpa pengorbanan kejayaan sukar ditempuh dan kesungguhan dalam melakukan yang terbaik adalah untuk masa depan sendiri bukan untuk orang lain kan. :D

tak sabar nak melangkah ke alam kampus :D

p/s: selamat berjaya cik norain! kata bieeee~