Khamis, 30 Ogos 2012

Merdeka kah kita ?

Salam 1 Malaysia, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 tahun kepada semua rakyat Malaysia. Alhamdulillah kita masih dalam keadaan yang aman di bumi bertuah ini.

Sempena hari raya yang ke 13 hari ni, blok rumah aku kali ni mengadakan majlis jamuan hari raya, mak adalah satu orang yang bertangungjawab dalam melaksanakan majlis ni. aku terbangun awal sangat jadi aku tak pergi la tolong kan ! apa punya anak dara ! cehh bangun-bangun tadi ada 5 missed call dengan 8 masej dari kawan-kawan aku dan emak . HAHA okay sekali jer gedik macam ni kan.

Tajuk tengahari ni ialah "KEMERDEKAAN"

Merdeka kah kita ? sudah cukup kah kita merdeka ? tepuk dada tanya lah sendiri kan :)
Alhamdulillah kita masih lagi diberi nikmat untuk tinggal di sini kan.

tadi aku ada post gambar pasal "GANGNAM STYLE" ada adik tu komen yang benda adalah salah satu daripada budaya hedonisme. nak tahu lebih sila lah google di laptop anda semua.

okay secara ringkas ialah budaya hiburan yang melampau lah, kalau dari segi Islam pun benda macam ni sangat melalaikan umat Islam daripada melakukan suruhanNya.

kalau korang rajin boleh la baca di blog saudara kita ni pasal hedonisme ni :


mungkin boleh beri kita masa untuk berfikir sejenak. kita boleh berhibur selagi tertakhluk pada syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Jangan hingga melalaikan kita hingga terbabas di jalanan yang fana ini.

bagi aku dikesempatan di hari kita menyambut hari kebangsaan dapat lah aku konklusikan bahawa kita berhak untuk hidup dengan aman tanpa sekatan oleh orang lain. kita mempunyai hak dalam menentukan perjalanan hidup kita tanpa ada campur tangan orang lain. masing-masing dah besar dan boleh berfikir secara rasional dalam sesuatu perkara dan apabila keputusan itu telah diambil maka sebarang risiko adalah di tangan sendiri okay guys !

p/s : aku dah lambat nak join jamuan raya ni, tinggal 1 minggu nak balik UPSI ni weh !

p/s : lagi sangat nak p/s ni, weh dengar la lagu dekat blog aku ni lagu apa. GANGNAM STYLE ! lol !


fenomena tsunami gangnam style !


Isnin, 27 Ogos 2012

| Mengira hari-hari yang berbaki |

Ada gaya macam teacher dah eh ? orang panggil aku lecturer already ma !
Selamat hari raya yang ke-8 dah hari ni kan ? Okay apa-apa jer la korang.

pejam celik pejam tak bercelik, tinggal lagi 1 minggu nak balik untuk sambung belajar balik. insyaAllah tahun kedua dekat upsi aku akan lebih progresif setelah satu tahun di sana banyak mengajar aku erti hidup, persahabatan, kesusahan ketika menimba ilmu. bukan sahaja mentaliti tetapi fizikal juga menyumbang kepada kesan aku pada ketika ini.

cuti sem kali ni, tak banyak yang buat. cuma sibuk masak sebab jadi chef sepenuh masa di rumah mak dan abah. puasa pun aku okay jer cuma biasa la kadang kala kita ada sebab kenapa tak puasa. tetapi alhamdulillah tahun ni aku penuh puasa. start hari ni aku kena kemas barang, ingat aku nak beli lugage sebab senang nak packing barang kan. bak kata orang lelaki, orang perempuan ni kalau kemas barang nak pergi mana pun mesti macam nak pindah, semua nak diangkutnya ke sana. entah dari aku start duduk boarding school dulu pun aku memang suka bawak macam-macam. hahahaha it's normal la guys ! tak percaya cuba tanya adik, akak, makcik, mak, nenek atau kawan-kawan perempuan korang mesti dorang pun sama kan. :)

kuih raya tahun ni memang banyak, tak sabar nak packing tu sekali. Wajib tau !
insyaAllah 9 ogos 2012 ni akan mendaftar bagi sem 3 bagi tahun 2 di Upsi. doakan aku eh !

semalam pergi hantar Miza balik UITM segamat, haii seronok pergi johor walaupun dapat singgah camtu ajer, semoga semuanya baik-baik belaka bagi adik kesayangan aku tu.

dikesempatan ini aku nak cerita, dua tiga mingggu ni rasa tak sedap badan. seram sejuk, takut, fikir yang bukan-bukan aje aku ni. tapi mungkin hormon aku tak berapa nak stabil ni kan.

p/s : aku tinggal seorang jer di rumah sebab orang lain semua sekolah, mak pulak tak balik lagi ni.




Jumaat, 24 Ogos 2012

Happy eid guys ! Red is our power



with my beloved Ayahnda and Mama

we are powercurrypuffgirl

Ika, mama, Miza and Me

It's Hasni's Family

Assalamualaikum and morning guys ! selamat hari raya adidilfitri maaf zahir dan batin.
Tema keluarga hasni ialah merah pada tahun ini, terlalu merah dan berani la kan. Hahaha cerita panjang hari tu nak letak colour tourquise but at last kita orang decide letak red colour pulak.

sepanjang aidilfitri kali ni okaylah, alhamdulillah. 1st raya rumah atok then 2nd raya at our aunt's house dekat kampung baharu. after that 3 rd raya pergi miami beach ! awesome nanti aku cerita apa yang berlaku sepanjang di miami beach ! (konon)

p/s : 2 minggu lagi nak balik ke pangkuan ibu kandung suluh budiman ! yeay ! 2nd year baby !

Rabu, 15 Ogos 2012

Lebaran datang lagi 2012

Bersama Pak Lang dan keluarga masa kenduri kahwin lepas

Assalamualaikum kepada semua orang yang ada terbukak mahupun tergatal click blog aku yang usang ni. Hoh, hari ni aku terbangun awal. Jangan perli sebab sebelum ni sedikit lewat la kan. Btw entry aku kali ni pasal raya yelah hari ni dah masuk 27 ramadhan. pejam celik pejam celik dah nak raya dah kan. alhamdulillah sepanjang bulan ramadhan ni kehidupan okay sahaja tak teruk sangat lah, panas ke lapar ke apa ke itu dugaan yang semua orang lalui kan.

hari ni abah dah start buat announcment dekat kami adik beradik yang berbunyi macam ni :
"Abah nak anak-anak abah hari ni abah tahu kemas rumah buat segala bagai, esok nak balik kampung dah"

Okay abah, erm nak kemas rumah.. esok balik lumut dah. yeay atok dan wan sabar menantikan cucu-cucumu yang nakal ini. tahun ni macam tak best pulak aku rasa yelah Pak lang tak balik kot raya. Pak lang aku sekarang dah jadi anggota RELA, jadi dia kena bertugas la pada malam raya. ermmm serius aku sedih, mak aku pun cakap yelah tak best, sebab tiap kali raya dua keluarga kami akan bersatu padu. Keluarga Mak Ngah pun aku rapat jugak tapi tak macam kami kecil-kecil dulu, mungkin sebab dah besar masing-masing dah segan kan.

| Cucu perempuan yang sulung |

siapa ? erm tentulah aku orang tu, aku lagi la yang sebaya aku memang takde la. Just aku dengan Miza jer la pun yang paling besar. tangungjawab ? banyak la kan, sebab nama pun Kak Long kan.

P/s : Okay la guys, selamat hari raya maaf zahir dan batin .. kepada kawan-kawan blogger thanks sebab bagi banyak support pada aku ni.. bawak kereta jangan laju-laju ingat orang tersayang. Esok insyaAllah perjalanan balik ke kampung pada sebelah petang. Ermm mak aku dah bising suruh basuh pinggan dekat dapur. Tadi lepas sahur aku layan Karoot Komedia X sebab tu la terlupa seketika. Hahaha ! Muahh dekat korang.

Mood : Excited nak masuk tahun 2 dekat UPSI

Rabu, 8 Ogos 2012

| Tahniah buat Dato' Lee Chong Wei dan AzizulHasni Awang |


We proud with you Dato' Lee Chong Wei !

Abe AzizulHasni you also make us proud as Malaysian !

Assalamualaikum, alhamdulillah hari ni dah masuk 20 th of ramadhan .. and hows your day ?
Hope semua nya baik hendaknya yer :)

Semalam konon aku nak tidur awal la kan sekali kawan aku text, then tanya tak tengok AzizulHasni ke malam ni ? dapat masuk separuh akhir untuk acara keirin .. terus aku bergegas dekat hall on aircond, tunggu lagi 5 minit untuk tengok samaada abang aku ni dapat emas tak untuk Malaysia. Wakakakaka, sebab nama dia sama dengan abah aku la kan. :)

Unfortunetly, gold medal is not ours. It's okay abe azizul you still young and banyak lagi benda yang perlu ditempuhi sepanjang olimpik ini berjalan. Bagi aku la kan semangat yang atlit kita bawa untuk olimpik 2012 ini sangat lah bermakna kerana, jika lihat ranking acara berbasikal kita adalah dikira top 10 lah. Tempat ke-6 dunia ? siapa nak bagi ? Bila bukak facebook malam tadi, semua status pasal thepocketrocketman kita abe azizul. Semoga ini adalah satu tunjukan contoh yang baik kepada semua atlit muda yang lain. Mari kita ambil contoh dari abe azizul ni untuk teruskan dalam bidang sukan untuk negara kita yang tercinta ini. Tak kira kita dalam sukan apa, yang penting sukan akan maju sekiranya kita tahu apa yang kita hendak. Ada satu kata-kata yang aku petik dari blog abe azizulhasni ni, semalam jap yer ..


"Size dosent matter ! As long you have your aim and determination"


From : http://thepocketrocketman.blogspot.com/

itu lah yang disampaikan dalam blog abe azizul kita, aku duduk betul2 depan skrin tv semalam nak tengok kayuhan maut yang dikayuh oleh abe azizul. mungkin tiada rezeki untuk kita menamatkan kemarau medal emas, tetapi yang penting macam aku cakap tadi "semangat sukan yang ada pada abe azizul dan atlit Malaysia yang lain harus kita contohi" membawa nama Malaysia dipersada dunia dengan sukan memberikan kita sedar akan semangat itu adalah kerana sayang nya kita kepada negara kita ini. Alhamdulillah, ramai yang telah sedar bahawa dengan sukan sahaja lah kita semua satu Malaysia dapat berkumpul dengan satu niat yang sama.

Kepada Dato' Lee Chong Wei juga, beliau telah bertungkus lumus untuk menjuarai dalam acara badminton. Tetapi tewas dengan China iaitu Lin Dan adalah antara pemain seangkatan dengannya dalam acara ini. tahniah kepada Dato Lee Chong Wei di atas sumbangan beliau yang banyak kepada negara. mendapat no 2 bagi acara ini antara yang terbaik dunia. harap ini dapat juga memberi contoh yang baik kepada atlit-atlit muda yang bermain badminton untuk negara kelak. Hewhewhew lupa pulak, disebabkan ini juga .. Dato' Lee Chong Wei telah belanja satu scoop Baskin Robin kepada semua rakyat Malaysia. ermm .. tadi kawan aku bagitahu perghh ramai beratur panjang nak makan aiskrim tu.. hahaha .. kalau budak-budak okay jugak ni mak bapak budak pun ada jugak, walau apa pun aku rasa itu adalah satu tanda penghargaan Dato' Lee Chong Wei kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong beliau dalam bidang beliau.

p/s : Serius aku bangga jadi rakyat Malaysia ! Majulah sukan untuk semua

Sabtu, 4 Ogos 2012

| Cinta Materialistik |

| It's that true ? | ask yourself and myself about it |


Assalamualaikum, dan salam sejahtera. Dah masuk hari ahad dah, dan it's 16th ramadhan guys.

Alhamdulillah, praise to Him because still giving us a good oxygen and happy life with friends and family. I hope all my friend here is feed as a fiddle,
(macam tulis karangan Bahasa Inggeris masa darjah enam dulu ler Ain !)
Okay just straight to our discussion for today pasal "cinta materialistik"

aku terpanggil untuk menulis sedikit mengenai tajuk kali ni, hei korang mesti pernah bercinta. start korang masuk sekolah korang dah gedik-gedik kan, antara kaum bukan sejenis bukan ?
Hahahahai tidak lah aku terkecuali dalam hal ini. Okay jom buat definisi dan faham apakah cinta materialistik ni .. .

Cinta Itu Nadi Terangi Akal : That means CINTA or LOVE, so sweet weh !

[M[A[T]E[R]I[A]L[I[S[T[I[K] itu apa ?

"menurut kamus dewan edisi keempat, materialistik didefinisikan sebagai : berkaitan dengan kebendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan ( mementingkan) kebendaan"

Sudah jelas, kalau kita faham material tu jer dah merujuk kepada benda, jadi benda yang tidak bernyawa kan. percaya atau tidak kebanyakkan antara kita pada hari ini memang memilih pasangan kerana kebendaan yang dia ada bukan kerana cinta yang benar-benar lahir atas sifat manusia sebenarnya. Dalam islam juga telah menggariskan beberapa panduan untuk memilih pasangan kan .. seperti huraian di bawah ini

1. Yang beragama & berakhlak mulia
2. Bersifat pengasih & penyayang
3. Boleh melahirkan zuriat
4. Masih perawan
5. Tiada jurang perbezaan yang besar
6. Bukan keluarga yang terdekat

kalau nak lagi detail korang boleh ler click ni : (laman perkahwinan)
atau link ni : (Can't buy me love)

semuanya terpulang kepada kita nak pilih yang bagaimana kan, tapi hidup di zaman moden macam ni memang semua nak high class punya barang kan sampai nak cari GF atau BF pun yang kaya kaya kan. habis yang tak kaya kaya bagaimana ? akan tak de life ? wahahahahaha ! jangan begitu wahai kawan-kawan macam korang cakap
"Kami ada hak untuk memilih pasangan" hei percayalah wang dan harta bukan segalanya untuk menjamin kebahagiaan hidup. tapi bila fikir balik, no money no talk kan ? yelah kalau dapat pasangan yang materialistik bagaimana korang nak handle, sebab nama pun sayang kan ..

| Sakit kepala GF/BF aku Materialistic Person |

berikut ialah ciri-ciri pasangan korang Materialistik !

1. Barang nak standart jer, takmauu la barangan bundle. Nak GUCCI, VICTORIA SECRET
2. Bila cerita pasal event dalam hidup korang dia start boring, cuba cerita pasal kalau dapat gaji (konfem celik mata)
3. Selalu ajak shoping dekat tempat-tempat standart jer tamauu "CAP PASARMALAM"
4. Tiba-tiba menceritakan hasratnya nak pakai kereta, tapi mintak korang yang belikan. (hahahahahai ni parah, sebab kawan aku ada sorang macam ni)
5. Kalau time birthday dia, dia siap demand suruh belikan hadiah yang branded ler kononnya.

Teruk eh ? erm entah ler kan, kalau macam ni baik tak payah bercinta .. baik duduk diam-diam jer. Duduk menghabiskan duit untuk pasangan, yang belum tentu akan jadi milik kita. tersangatlah membazirkan tenaga anda sendiri. Hebat nampak nya aku berceloteh kan walaupun bila aku baca sendiri macam topsy-turvey aku try the best untuk explain kan pada seorang kawan aku ni.

Dia sangat sayangkan GF dia, tapi GF dia buat tahi dekat dia. demand macam-macam bajet kawan aku ni anak orang kaya la sangat. spender pun mak beli kan lagi, ni suka suki nak mintak macam-macam. yang kawan aku ni pun satu, takmo fikir panjang then bila dah kena dekat dia. dah pening-pening macam ni memang serabut la otak dia lepas dia tanya dekat GF dia ni "do youu really love me baby ?" tercengang GF dia nak jawab, sebab alasan GF dia ni dia memang sayang dekat kawan aku ni but she said "i'm happy sayang because you faham i, apa yang i nak you mesti bagi kan" tapi lama-lama lemak lah weh nak tahan dengan GF yang berperangai macam ni kan. dok tanya pendapat aku, berpanjang lebar lah aku bagi nasihat dekat dia. try to neturalize kan keadaan dia balik, walaupun aku tak pandai nak nasihatkan but fikir panjang la dude aku cakap. kalau kau sayang kan dia, dia mestilah memahami kau. bukan dok perabih duit kau kan.

To my dude friend, fikir panjang bro. ! Please untuk kebaikan kau. :)

p/s : ni hanyalah pendapat aku yang semangnya daif dengan ilmu, weh kalau salah sila la komen yer .. nasihat untuk aku jugak jangan terlalu memilih pulak kan .. tapi.. entah la guys !


Rabu, 1 Ogos 2012

| work out at home ? boleh jer kan |

Assalamualaikum kepada semua yang baru nak bangkit sahur tu, baru lepas skype dengan seorang lelaki yang bernama Faizal .. HAHAHA

(berjaya jugak u cari blog i kan faizal ?) - konfem dia tengah baca sambil tersenggih bangga !

Okay, abaikan yang tu .. yang penting hari ni nak share satu ilmu fitness pada korang semua :
Hope ada berguna nya pada yang kot tergoggle jumpa blog aku ni kan ..

Work out at home without any equipment : How ?


please click this link to get the video,
yang ni untuk korang lihat macam mana work-out tanpa bantuan alatan. :)

Work-out ni direka oleh Raphael Verela yang memiliki Circuit Works studios di Venice dan Brentwood, California. Work-out ni sangat mudah untuk korang kerana step yang diajar tidak lah terlalu susah atau membebankan korang. Setiap work-out yang disusun dalam litar ini ada sebanyak 8 jenis senaman iaitu :

1) Foward Lunge : 60 seconds |
2) Squat jump : 60 seconds |
3) Push-up : 60 seconds |
4) Bend and Thrust : 60 seconds |

5) Plie Squat : 60 seconds |
6) Jumping jacks : 60 seconds |
7) T Stabilization : 60 seconds |
8) Seated Rotation : 60 seconds |

Ikut korang nak buat berapa reps yang korang nak tapi sebagai suggestion korang start dengan selama 60 saat atau lebih. Challenge diri korang untuk buat benda ni, lagi pendek kadar masa rehat antara set yang korang tetapkan lagi bagus kerana statement ni :

"It effectively increases lean muscle mass and decreases body fat by engaging more muscle fibers and burning tons of calories in a short amount of time."

kata pereka zigzag method ni, nama lain bagi senaman litar ni, banyak kebaikannya kalau korang start buat. Dan jangan lupa pengambilan nutrisi pun akan mempengaruhi kesan daripada senaman ni.

p/s : Mungkin korang tak berapa jelas bagi work out yang aku cerita kan ni, tapi kalau korang bukak video yang aku bagi tu. InsyaAllah akan bagi korang faham. Okay selamat bersahur dan berpuasa semua :)

sumber penuh diambil dari :