Selasa, 24 Mei 2011

menghitung hari

bukit belakang rumah ku yang ku panjat pagi tadi

Assalamualaikum dan selamat pagi warga malaysia :D

haaa hari ni bangun awal kenapa? sebab ayie p jogging hari ni. ahakz~ lawak je kan kan kan ?

oke pagi tadi lepas wake up terus je mandi dan bersiap-siap pakai jog suit ambil sekeping roti alas perut dan minum mocca panas. lepas tu terus warming up sekitar bukit belakang rumah ni. :D

alhamdulillah boleh la buat ada jugak peluh yang terkeluar, sambil aku menikmati udara sejuk belakang bukit ni aku usha ramai jugak warga tua yang berjogging lagi-lagi orang cina. bagus betul kan mereka menitik beratkan hal-hal kesihatan :D masa aku study dekat teknik ipoh sebelah tu nama dia padang polo dekat situ bila time pagi je dipenuhi dengan warga emas lagi-lagi majoritinya adalah orang cina. :D Ada juga bangsa lain tapi mereka lebih ramai.

mak aku cakap tadi "Along kalau start sebulan yang lalu mesti dah kurus kan" haha ye ye ye mak tahu takpe tapi along ni malas kan. erk malas sebab selalu sangat duduk rumah ni kan.
sibuk dengan mengemas rumah. bajet rumah banglo la kau tinggal ni ain? (cakap dalam hati)

haha yelah kan oke korang esok aku nak pergi temuduga tu dah. erk berdebar-debar kot sekarang ni. yaAllah semoga Allah melindungi aku hari ni dan esok. yelah korang tahu aku memang takut time ujian khas tu je yang interview tu kira oke lagi.

"ayie dorang bukan nak makan kau pun kan? just nak temuduga kalau-kalau kau ni layak jadi seorang pendidik kan?" (berkata dalam hati yang bergelora ibarat ombak china selatan) yelah aku tahu la kan. "jadi jangan la rasa cam nak give up atok pun kemarin dah pesan suruh kau redah je" okela ye aku tahu. T_T

p/s: membuat persiapan agar jiwa tenang esok pagi

Interview Bersama Megat ACAB (disember 2009) - "Ana Sudah Berubah!!" - pedoman untuk skinhead dan semua!!

MEGAT HAFIZ bersama ACAB long years ago!!

Megat A.C.A.B ketika di KL TOWER INDIE FEST-2009

tatu telah dibuang

..kalau dia mention Mags atau Max
memang ana dah saman!” - Megat ACAB
Mastika/ disember/ 2009

Oleh: Mohd. Nazirul Afiq Ismail

“GENG, kalau lu nak tau most of skinhead kat Malaysia ni rata-ratanya memang influence dengan band ACAB. Megat ACAB antara orang awal yang jadi pelopor skinhead ni. Carilah Megat!”

Begitulah antara suara-suara yang sering saya dengar semasa dalam proses menyiapkan artikel tentang skinhead untuk dimuatkan dalam Mastika pada bulan lepas.

Agak sukar sebenarnya untuk mendapat contact Megat. Menurut sumber kenalan, Megat menghilangkan diri. Ramai kenalan penulis menyatakan Megat sudah tidak mahu bergelumang dengan dunia skinhead lagi.

Yang paling menarik lagi ada yang menyatakan Megat sudah berubah. Berubah menjadi ‘Pak Arab’. Megat sudah memakai jubah dan serban. Penulis tepuk dahi. Benarkah dakwaan mereka ini?

Setelah melakukan carian dalam talian Google dalam Internet, dakwaan ini benar! Megat pernah ditemu bual oleh wartawan Melodi, Michelle Yeoh. Memang jelas Megat sudah berjubah. Alhamdulillah!

Dengan keizinan Tuhan, pada suatu petang di bulan Syawal penulis dapat menemu bual Megat Hafiz, 30, penyanyi utama kumpulan streetrockataupun Oi! ini.

Lokasinya di sebuah restoran Arab yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Megat datang lengkap berjubah dan berserban.

Wah, penulis sekali lagi tertanya-tanya adakah transformasi Megat ini sekadar imej luaran sahaja? Bukan setakat berjubah sahaja, lokasi yang ditetapkan untuk berjumpa membangkitkan persoalan tersebut. Tak mengapa. Biarlah persoalan ini menjadi kesimpulan selepas habis sesi temu bual nanti.

Penulis terus bertanya pada Megat sejak bila berubah? Pastinya masyarakat di luar sana mahu mengetahui.“Ana berubah sebab terlalu banyak sangat fitnah dan tohmahan yang ana terima. Macam-macam fitnah sampai kata ana murtadlah, antiagamalah dan macam-macam lagi.

You tahu, ana nyaris samanMastika bila keluar artikel pasal ana pertengahan 2006. Nasib baik reporter tu letak Mads, kalau dia mention Mags atau Max memang ana dah saman!” ujar Megat bersungguh-sungguh.

Namun, Megat bersyukur, disebabkan segala tohmahan dan fitnah inilah dia berubah.
Sebenarnya ada satu peristiwa yang berlaku membawa Megat kembali ke pangkal jalan. Kejadian itu berlaku pada tahun 2007. Suatu hari Megat diajak seorang rakannya bersembahyang di sebuah masjid.

“Kemudian kawan ana ini sudah baca satu ayat. Rupa-rupanya ayat ini adalah ayat dari kitab Al-Attaz di mana sudah menjadi amalan keluarga ana sejak beratus tahun yang lalu. Sejak dari situ ana sedar. Mengapa ana tidak ikut ajaran Islam yang menjadi ikutan keluarga ana beratus tahun?” cerita Megat.

Satu lagi kejadian menginsafkan berlaku ke atas diri Megat. Suatu hari seorang kenalan Megat menghadiri majlis ilmu tasawuf di Jenderam Hilir membawa pulang poster beberapa gambar ilmuwan Islam.“Ana terkejut, antara gambar poster itu adalah datuk saudara ana sendiri,” beritahu Megat.

Selepas dua peristiwa itulah, Megat mula berminat mahu mendalami ilmu agama. “Semenjak dari hari itu hinggalah sekarang ana sudah mula belajar kembali mengenal Tuhan dan diri ana " cerita Megat bersungguh-sungguh.

Bagaimana pula dengan skinhead? Penulis terus mengasak soalan. Bagaimana dengan budaya yang pernah ‘dibawa’ Megat sehingga menjadi fenomena remaja kita suatu ketika dulu dan menjadi permainan media sehingga dikatakan budaya skinhead ini menjadi racun terutama remaja Melayu kita.

Skinhead dah tidak ada apa-apa lagi perjuangan yang relevan dengan‘working class’. It is more worthy jihad for our religion either than anything else.

“Pada ana, skinhead kini sudah menjadi fesyen. Ramai teman ana sudah tidak lagi bersama skinhead. Ada tu memang ada. Tapi pakaian sudah casual.

“Macam ana sendiri sekiranyaThe ACAB ada invitation ana main juga, but tetap pakai, tapi jubah pakai jugalah. Secara personal semangatskinhead ana masih ada, mana boleh hilang setelah ana adalah antara orang terawal yang bawa ke sini.

“Bayangkan selama 13 tahun, skinhead sudah pasti menjadi sebahagian diri ana. Tapi segala prinsip yang syirik dan bertentang dengan agama telah ana tinggalkan! Of course skinhead is a cult, but skinhead is not a religion. Tatu pun ana sudah buang!” jelas Megat lagi.

Megat mengakui dia takut apabila suatu hari kelak dipertanggungjawabkan kerana pernah membawa pengaruh skinhead pada budak-budak remaja di Malaysia.
“Pernah ada seseorang menuding jari pada ana memberitahu dia menjadiskinhead sebab ana. Ana mengaku kesilapan ana,” ujar Megat lagi.

Menurut Megat, dia menjadi budak skinhead ketika masih berumur belasan tahun.
“Ketika itu budak-budak lagi, umur 14-15 tahun jadi skinhead. Pada peringkat umur ana begini, apa sangatlah yang ana fikir. Kami mencari imej.

“Dari sudut muzik, pada zaman tu rock kapak dah jadi rock leleh, banyak kumpulan muzik yang jiwang muncul. Nak ikut scene itu dah tak boleh. Leleh!

“Kami sebagai remaja pada zaman itu dahagakan rock bertenaga, dari situlah sebenarnya sejarah ACAB bermula. Kami berjuang untuk lifestyle baru, desperately wanting something new for that time. To create and build a new scene, skinhead,” terang Megat

Ketika itu ACAB yang dipelopori Megat membawa banyak anjakan pada industri hiburan.
“Dalam situasi yang amat lembap di pasaran, kami boleh jual albumstanding artis-artis arus perdana seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi. Mana ada artis skinhead di luar sana macam kita. Malaysian skinhead is a rock scene,” katanya.

Bagaimana pula dengan budayaskinhead yang suka bergaduh? Mengapa ada tergamak sampai membu…

“Ana tak nafikan pada zaman ana memang ada pergaduhan. Cara kami bergaduh gentle, pakai tangan saja. Tapi lepas ideologi Nazi datang, makin banyak pula kes bergaduh sampai tikam-tikam ni. Mengapa?

Skinhead bukan dipecahkan dengan banyak cabang TRAD,S.H.A.R.P (Skinhead Anti Rasis), Nazi ataupun R.A.S.H. (Skinhead Anarki Merah). Skinhead adalah satu.

“Ana tak nafikan kami pernah meletakkan logo SHARP dalam album kami. Tujuan kami adalah untuk memberitahu yang kami bukanlahskinhead yang rasis, kerana rata-ratanya mengaitkan skinhead denganwhite power.

“Kalau di Malaysia sudah tentuMalay power. Disebabkan terlalu banyak kekalutan itu yang menyebabkan pergaduhan yang sia-sia. Kerana terlampau banyak sangat pergaduhan yang kadang-kadang membawa kematian menyebabkan ana tinggalkan scene. Kerana disebabkan suatu ideologi yang tak cukup kuat,” jelas Megat kesal.

Penulis hanya mengangguk tanda setuju. Penulis terus mengasak persoalan pada Megat yang kononnya dahulu dikatakan pernah membuat kenyataan anti-Rasulullah s.a.w. Ada juga spekulasi mengatakan Megat melakar tulisan No Muhammad untuk ditatukan pada tangannya.

Ternyata Megat amat terkejut dengan spekulasi ini dan menurutnya itulah suatu pembohongan yang besar.

“Fitnah! Ini fitnah! Wallahi ana tak pernah membuat kenyataan sedemikian. Nak buat apa ana membenci datuk ana sendiri? I think you are talking about someone else... tipu semua tu.” Megat dengan tegas menyangkal dakwaan tersebut.

Tak mengapa Megat, bila seseorang ada nama sudah tentu ada pihak yang tak berpuas hati dan membuat macam-macam spekulasi. Tapi bagaimana pula pandangan Megat bila melihat dunia skinhead ini setelah ditinggalkan? Bagaimana dengan pengikut Megat yang ditinggalkan ini?

Megat terfana sebentar apabila penulis bertanyakan soalan sedemikian. Beberapa ketika kemudian Megat memandang penulis.
“Seperti yang ana nyatakan tadi, ana melakukan kesilapan. Ana tersilap apabila terlalu dedahkan perkara yang negatif pada mereka. Ana shoot gambar ana dengan tatu.

“Penyudahnya ramai yang mencacah tatu. Ada yang mencacah tatu penuh satu badan. Ada juga yang minum arak dengan selamba di tempat terbuka. I admit, I make mistake!
“Melalui Mestika, dengan ini ana menyeru pada skinhead teruskanlah berskinhead, skinhead lah selagi mau, tetapi tinggalkanlah perkara-perkara yang syirik.

“Perjuangan di sisi Islam itu lebih bermakna. Sudah tiada apa lagi perjuangan dalam skinhead. Ana juga sedang dalam pembikinan untuk menerbitkan album qasidah (syair dalam bahasa Arab).

“Tapi projek ini baru saja bermula. Mungkin ini salah satu cara ana dapat menebus kembali kesilapan ana kerana ana bermula semuanya dengan muzik,” terang Megat.

Baguslah begitu Megat, sekurang-kurangnya ada juga usaha daripada anda untuk menjernihkan kembali perkara yang keruh. Sebelum menamatkan pertemuan kami petang tersebut, penulis bertanyakan padanya bagaimana kehidupannya sehari-hari selepas berubah.

Megat menyatakan secara rohani kehidupannya lebih tenang, damai. Alhamdulillah, Megat juga mengajak rakan-rakan yang mahu menyertainya menghadiri majlis zikir setiap hari Ahad di Masjid al-Bukhary, Bukit Bintang.

Sebelum berpisah, Megat turut berpesan pada penulis: “Tulis benda baik-baik ya…”
Insya-Allah Megat, kami dari meja Mastika juga mendoakan agar Megat teruskan usaha mengenal Allah s.w.t. dan menjadi hamba-Nya yang soleh. Insya-Allah… marilah bersama-sama kita berdoa semoga remaja kita yang tersesat di hujung jalan, berpatah balik ke pangkal jalan.



KLthugs:Ini artikel koleksi arkib penulis pada tahun 2009. Lama tak contact Megat, apa cerita The ACAB? Dengar cerita kawan-kawan yang join tabligh, Megat dah sampai Syria sebar dakwah?? Wahh...!!


p/s: pencarian artikel ini diperoleh dari http://skinhead2011.blogspot.com/

lagenda skinhead malaysia

ingatkah anda dengan band skinhead ini?

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua pembaca setia :D

okela sebenarnya aku baru lepas mengemas satu rumah ni erm penat la kan yelah chef dalam rumah sepenuh masa la katakan. jadi macam-macam kerja yang perlu dilakukan cik norain ni.

haha penat tak penat kena la buat kan siapa lagi yang nak diharapkan dalam rumah ni. mizah dah kerja, iqah pulak dah masuk asrama adik yang lagi dua orang tu pulak sekolah sesi pagi dan petang. Alhamdulillah dan settle dah pun sekarang bagi aku on pc demi nak menyambung penulisan blog lapuk ni.

beberapa ketika lepas aku kan agak sibuk ditambah idea yang agak kurang untuk menulis jadi ku hadiahkan waktu ini buat diriku untuk menconteng blog ini dengan rasa gembira. haha (apa aku tulis ni?)

baiklah entri aku di facebook hari ini adalah mengenai SKINHEAD kalau dalam bahasa melayu nya ialah KULITKEPALA yeke? haha melawak je.

kalau ikut sejarah kedatangan budaya skinhead ini dibawa oleh kumpulan A.C.A.B. nak dikatakan memang lah fenomena hebat dalam sejarah kebangkitan remaja-remaja melayu. majoriti pengikut skinhead ialah remaja kita. jadi aku tidak lah ketinggalan mengkuti arus perkembangan muzik yang dibawa oleh kumpulan ini.

aku bukanlah pengikut tapi meminati genre muzik yang dibawa oleh kumpulan A.C.A.B. zaman aku sekolah menengah dulu banyak kawan-kawan sekolah aku terutama lelaki memang baru nak up tiru la dress up ala-ala skinhead ni. haha lawak je kan aku pun jenis suka usha-usha je jadi takde la sampai nak tiru gaya macam tu kan.

lagu-lagu A.C.A.B ni pun banyak yang aku tahu dari uncle aku la kan dia la selalu cerita pasal budaya skinhead ni dekat aku. dia pun selalu ikut kawan-kawan pergi GIG entah la aku tak tahu la sangat pasal dekat mana dia orang selalu GIG tu tapi aku suka dengar cerita-cerita macam ni.

dulu masa zaman sekolah menengah memang la layan lagu-lagu ni lepas dah ada komitmen dalam pelajaran aku serius la tak layan la sangat. jadi bila dah duduk rumah ni aku terjumpa satu folder dalam pendrive ada lagu-lagu A.C.A.B masa ni la mengulit kembali kisah kebangkitan SKINHEAD di malaysia.

woooo masa hebatnya budaya skinhead ni perghhhh banyak media mengecam gejala ini. sering je kita dengar yang budaya skinhead ni memang bertentangan dengan budaya Islam.
macam-macam kan jauh dari persimpangan norma manusia. entah la kan tapi yang penting dekat sini ialah aku hanya meminati lagu-lagu yang dibawa oleh kumpulan ini. :D

okela aku akan post satu salinan artikel dari satu blog ni. aku klik-klik je masa ni tiba-tiba terjumpa kisah vokalis A.C.A.B. jadi korang baca la ye dan baru boleh faham.

p/s: siga saga~ oi oi