Selasa, 16 Ogos 2011

wajah tak ku kenal pekerti sering ku dengar

tanpa diduga kau tetap kan pergi walau masa berlalu tadi

Assalamualaikum sayang tangan dihulur
mencium tangan ibunya yang masih panas
turun sahaja dari airport melulu ke arah keluarga tercinta
pelukan mesra erat tak lepas dek kerinduan berpanjangan
kisah dia baru bermula kerna
dia masih muda
dia masih bertatih mengenal dunia
dia masih mentah
dia masih merangkak mengenal dunia
malam mula menjadi garang dengan
ambangan bulan penuh kelihatan
masih tergiang kata sebelum pemergiaannya di telinga ibunya
langkah ibunya kaku terlihat badan anak terkujur layu
yang dikandung 9 bulan
yang dilahirkan penuh kasih sayang
pergi masih bersisa dijiwa rakan taulan
bagai baru semalam bersuka ria


kepingan awan berarak menuju ke ufuk
kembali semula bertaut di hujung malam nanti
ingatan kepadanya akan ku semat abadi
di dalam peti fikiranku
orangnya indah pandangan
jiwanya bersih
tiada siapa setanding kau
mungkin sudah tiba ajalmu
hinggakan kau meninggalkan kami semua
kesedihan mengurai di setiap wajah yang ku lihat tadi


sorakan anak kecil seoalah memahami
situasi yang berlaku ini
aliran air mata hinggakan ada yang teresak
meraung si ibunya tadi
bagaikan hilang segalannya
sekelip mata hinggakan
air mataku jua gugur di tepi pipi
basah selendangku hinggakan aku hampir rebah
istighfar dan ingatan kepada Allah
membuat daripadaNya kita datang
dan
kepadaNya kita kan pulang
semoga Arwah akan berada di tempat yang soleh
dengan keberkatan ramadhan ini
memberi pedoman untuk kita
yang masih bernafas segar
mengingati kematian
kan datang
tak kira waktu
kita berada
mahupun masanya
kerna
hanya Allah Maha mengetahui segalanya

Al-Fatihah buat Allahyarham Saufi Bin Haniff
Bekas Pelajar Sekolah Menengah Batu 14
Bekas Pelajar Teknik Sepang
Penuntut MRSM Kelantan
(1995-2011)

p/s: i baru balik dari melihat jenazah Allahyarham walaupun i tak kenal dia i know he's good boy and always heard about him from my mom.