Isnin, 5 Ogos 2013

Liku hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengiat blogger yang kian kian aktif berblogger. Maaf bahasa melayu yang dicampur dalam bahasa inggeris. Tatabahasa pun ada kesilapan apatah lagi diri yang khilaf ini. Akhir sekali aku update pada April lepas, dan kini dah masuk ke bulan Ogos. Yang bersempena bulan ramadan dan dah dekat syawal dah pun lagi berapa hari ni. Maaf la aku pun dah tak berapa nak rajin mengupdate cerita cerita yang berlaku sepanjang hidup ini. Cerita cinta, keluarga dan kawan yang berada disekeliling kian menjadi liku liku hidup aku untuk menjejak dewasa. Dengan penuh perasaan iltizam yang kuat aku teruskan hidup walaupun pelbagai peristiwa yang berlaku. Susah nak cerita dekat sini, tapi biarlah ia menjadi satu ingatan pada diri aku sahaja. Kini hari raya kian hampir, alhamdulillah semua nya telah selamat. Atok aku dah meninggalkan kami sekeluarga pada tengah ramadan yang lepas. Sangat sedih dan terasa kehilangan yang teramat sangat. Semoga roh atok dicucuri rahmat, Inshaallah.