Khamis, 14 Julai 2011

i am sorry mom


Assalamualaikum all :D thanks because open up my blog. hahaha tengah hari ni panas betul kan. ditambah pula persekitaran di lembah klang dilanda jerebu maka semakin merosot lah taraf kesihatan penduduk sekeliling.

aku pun tak berapa nak sihat ni sebab tekak pun sakit dan mata aku pun pedih sebab jerebu yang melanda sejak sejak akhir ni. siyes la memang perit nak tanggung walau aku cuma stay dekat rumah ni. aku keluar jugak pergi buang sampah, sidai kain, menyapu sampah dekat luar rumah tu jadi kena la jugak sisa jerebu ni.

semalam tengok berita pun pasal jerebu dan kandungan udara di sekitar kitaa sekarang ni turun merosot yang teramat. jadi aku pesan dekat diri aku minum lah air kosong banyak-banyak dan pakai mask kalau korang nak keluar rumah. (aku tengah tulis pun pening-pening) yelah mana tak nya sebab udara dekat rumah aku sangat lah teruk. kabur je mata aku tengok lagi pulak aku ni memang rabun/silau lagi la sakit kena dekat retina ni. cerita pasal rabun/silau aku nak story la kan maybe silap aku atau disebaliknya tapi ni hal serius. (bagi aku la kan)

BINGKAI CERMIN MATA BARU/CERMIN BARU? (yang mana bagus)

oke la kan kemarin aku follow abah dengan mak ambil cermin mata abah baru siap. tiba-tiba abah cakap cermin mata along oke lagi ke? aku jawab la oke je tapi rasa nak cheack mata ni sebab sebulan dua ni mata memang sakit/berair/pedih (lagi-lagi mengadap lappy zaman batu ni) terus jela aku duduk dekat bro cina tu dia pun cheack mata aku. dia kata silau aku teruk sangat dan kena tukar cermin baru. nak dipendekkan cerita kalau ikut kehendak aku memang aku nak tukar semua baru tapi disebabkan advice bro cina tu aku terpaksa akur sebab dia kata

"bingkai ni masih cantik maa jadi i suggest you just tukar cermin ni"

aku pun sebenarnya bengkakk jugak lah hati ni kan tapi nak buat macam mana dah mak aku pun kata buat jelah. kira kalau tukar cermin ni total harga RM200.00 sahaja. kalau tukar bingkai semua RM200++ laa kan. aku pun memang bengang la kan. ikutkan aku memang tak nak tapi semua ni dah berlaku kan.

then disebabkan api kemarahan memuncak dalam jiwa muda ni aku pun kena sound derect dengan mak aku. (dua hari tak bercakap dengan mak sebab benda kecil ni) okela korang mesti cakap aku ni emotional/sangat berperasaan kan. memang pun kan.

tapi kan korang bila aku fikir balik kan memang silap aku pun yelah parents aku buat macam tu sebab dorang sayang kan aku. cuma aku ni degil sangat tak nak dengar cakap nak ikut kepala sendiri jer kan. hari ni aku dah try cakap dengan mak aku walaupun aku agak segan-segan nak cakap aku belasah je cakap. nak tak nak aku masih dalam jagaan diaorang kan.

seriouslly i'm sorry mom. :( i know this is my fault and i will not repeat it again.

p/s: kepada kawan-kawan jangan lah lawan cakap mak abah kita sebab tak baik tau!