Ahad, 16 Oktober 2011

the new legacy of coaching

kenangan bersama kumpulan 5 bagi kem kenal budi di teratak riverview

sangat mencabar dan seronok! :)

my classmate


~the new legacy of coaching~

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia kepada semua pemblogger dan sekalian kawan kawan rapat aku.

terlalu rindu untuk meluahkan segala pengalaman baru aku dekat blog yang dah rasanya bersawang mengalahkan sarang spider. huhu~

dengan jadual yang padat dan segalanya bermula dengan begitu sahaja tanpa diketahui umum semua tentang diri ini sekarang.

dapat kawan baru yang dari pelbagai latar belakang, mengenali semuanya dengan spontan sekali. ada yang oke dan ada juga yang disebaliknya. kita nak kenal sesorang itu bukan nilai sekarang sebab nak teruskan perjalanan hidup ini berterusan hingga tamat pengajian.

aku tak tahu la kalau lappy aku ni okay takpe ni kadang kala oke kadang kala tak oke. ini telah menyukarkan kerja aku untuk diselesaikan dengan tepat pada masa seperti aku di tingkatan 6 dahulu. lappy ni la yang banyak berjasa pada aku. thanks to my mom sebab belikan. walaupun macam lama tapi still can use it without any problem, but after aku datang upsi nak guna, macam-macam problem. sabar jela. :)

sekarang ni aku dalam lost weight program dengan Dr. Nur Ikhwan, beliau ada cakap yang jika nak buat training program mesti fokus dan serius tak boleh main-main. (take notes)

so, aku memang sedang dalam program ni. memang tekanan yelah aku je yang lain orang lain semua atlet olahraga aku ni jer yang kurang sedikit sebab aku dulu aktif pun sukan berasaskan pergerakan tangan di padang acara balapan macam lontar peluru, rejam lembing dan lempar cakera. jadi pergerakan kaki agak kurang. walaubagaimanapun apa jua keadaan aku nak jugak mencapai target aku iaitu nak fit kan badan ni agar lebih mudah apabila nanti aku nak main sesuatu sukan.

baru-baru ni ke ipoh, jumpa cikgu tingkatan 6 aku dan junior aku yang bakal nak ambil STPM tahun ni. :) thanks to Encik Amin Zakuan Mohamad Ibrahim sebab bagi tunjuk ajar, dan Encik Mohd Nasa'i as my senior thanks jugak. dia orang menjadi pembakar semangat aku untuk aku lebih fokus untuk nak capai target. :)

okelah korang petang ni ada kelas, jadi gotta go and get ready.

p/s: nampak senang tapi susah, bukan senang nak jadi senang, dan bukan susah nak susah
hahahaha fikirkan lah korang. babai!