Sabtu, 21 Mei 2011

kisah bermula di sini

hadiah sempena kejohanan olahraga sekolah tempat kedua :D
dalam acara lontar peluru dan rejam lembing ketika di SMT Kuala Kangsar

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua yang sedang membaca mahupun yang tiba-tiba terjumpa blog aku ni. :D

Alhamdulillah setakat ni aku dalam keadaan yang sihat dikurniakan tubuh badan yang baik.
Tapi satu kekurangan ialah kondisi emosi aku yang kurang menentu.
kejap oke kejap K.O erm kenapa ye? wake up cik norain why you must be down?

baiklah kita lupakan sejenak kisah emosi tu ye. mari fokus pada isinya kali ini. :D

setelah mengharungi UJIAN MEDSI pada bulan lalu aku dihujani perasaan takut tak lepas bak kata cikgu amin "saya takut kamu tak lepas ujian tu kalau lepas Alhamdulillah" haa cikgu cakap macam tu. tapi aku redha je kalau tak lepas sebab ada siap plan B. :D

okela kan ni nak cerita dari semalam aku try nak bukak tengok keputusan untuk temuduga pengajian pendidikan ijazah tapi mengecewakan sebab tak bole bukak. jadi tadi petang asraf kawan seperjuangan tingkatan 6 ada masej aku "Ayie hang dapat tak temuduga?" aku dah cheack ni try la sis" haa aku pun dengan sepantas kilat menekan button mouse ke laman web kementerian pendidikan. :D

hehe (pasai pa gelak?) Alhamdulillah aku dapat temuduga tu insyaAllah pada 26 mei 2011 ni aku akan menghadapi temuduga tu.

doakan aku ye korang semua. sebab yelah aku rasa kali ni aku memang benar tercabar sebab nak nak kena lari-lari :D adess~ kos yang aku dapat ialah SAINS SUKAN. terus je aku text cikgu amin tadi dan lepas tu dia call aku. bagi semangat dekat aku.

"InsyaAllah kamu boleh buat ain"

hope aku dapat la buat preparation sebab tinggal few days je ni. :D


okela nak out sebab dah tak tahan sangat ni. ngantok @_@

p/s: dah dekat 3 jam depan pc tapi satu apa tak tulis dekat blog ni. haha eh gambar atas tu masa aku aktif sukan dekat sekolah menengah dulu. Ada lagi tapi malas nak snap. ahakz~