Jumaat, 12 Ogos 2011

Senjakala Ufuk Kegelapan


masih tergiang kata cinta kau padaku dikala senjakala lalu
indah bersamamu di tepi pantai cinta kita

di kala petang melabuhkan tirai
terima malam sebagai ganti
terdengar suara embun embun senja
menitis di kelopak daun menjalar
ungas ungas terbang sana sini
berjalan pulang tempat bermalam
bulan rancak berirama di atas
bintang menyanyi keriangan riang
angin malam mendamaikan di pelusuk jiwa
menyapa tubuhku yang dahagakan kesejukan
kehangatan tubuhku dibaluti angin panas
fikiranku jua hilang ke mana
dek keasyikan memerhati kegelapan
awan awan membentuk warna jingga
berarak ke suatu tempat hilangnya nanti
senjakala ufuk kegelapan
aku dambakan keikhlasan kau
sayang seribu kali sayang
kau tetap menyepi
dan
aku akan terus menanti
walau jiwaku terputus nanti


p/s: sepintas lalu menaip dapat pulak idea teringat kisah teman seperjuangan dahulu hidupnya penuh cinta hingga dia menghembuskan nafas terakhirnya. yang pergi tetap akan pergi tanpa diduga yang hidup terus hidup mendapatkan kehidupan yang tiada kesempurnaannya.

happy friday!


pepagi lalu sibuk menyiapkan karya yang tak seberapa ni
sampai bengkak mata aku macam beruang panda
(@)_(@) <----------- mata beruang panda

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pengusha blog ini :) hope anda sihat dan masih gagah lagi dalam menjalani kehidupan. Hari ni hari jumaat bertarikh 12 Ogos 2011 bersamaan dengan 12 Ramadhan 1432 Hijrah.

pejam celik mata dibuka dah nak sampai 2 minggu kita berpuasa kan. :) macam puasa anda? penuh? jangan tak puasa ye nak curi-curi makan ke atau nak sengaja cari alasan untuk anda tak berpuasa. Alhamdulillah bagi sesiapa yang memang penuh puasanya.

pemontengan puasa aku :)
teringat kisah masa aku berumur 7 tahun kira darjah 1 la kan. hahahaha pergi sekolah pada sebelah petang, dari rumah elok jer bersalaman dengan mak dan abah cewahh cover la kan ala-ala budak dah wajib puasa (kira ketahanan perut kira hebat la) melangkah jer pintu pagar sekolah ternampak ada seorang kawan ni pegang ais krim perghhh~! memang terliur la kan.. ciss tak guna punya kawan makan depan aku. kira aku tahan jer dah sampai waktu rehat aku dah tak dapat nak tahan nafsu. aku berjalan ke kantin sekolah keluarkan duit dari poket baju dengan selamber aku beli ais krim gak! hahaha dengan itu aku pun membatalkan puasa dengan seronoknya tak terkira! nakal jer time sekolah ni aku tak ingat dah berapa kali aku buat macam tu sebab tak tahan sangat la kan. tapi tu time aku sekolah rendah tapi bila dah umur 10 tahun ke atas aku tak pernah lagi buat perangai macam tu. tahu mak mesti dia rotan aku.. bila aku dah 20 tahun ni cerita balik dekat mak dia cuma tergelak jer la sebab dia tahu aku tak puasa penuh time tu. :) itula zaman keriangan kanak-kanak rebina baru nak bertatih dalam meniti tumbesaran yang berperingkat. macam-macam perangai pelik dilakukan untuk dapat perhatian dari mak dan abah.

breaking fast at pak lang's house
InsyaAllah sabtu ni family aku punya giliran ke rumah pak lang sebab dah plan nak berbuka sama-sama dekat rumah dia orang. Minggu lepas rumah aku yang buat BBQ minggu ni kita akan serang rumah pak lang dekat bukit naga tu. hahaha :) tapi sangat menyedihkan yang my second sister nur hamizah esok takde sebab dia kerja jadi agak kurang seronok. "it's okay Along, aku takde pun takpe as long you all semua makan together ye" tula katanya padaku semalam. mana tak best nya sebab dia takde sejak-sejak jadi beautiful adviser ni dia memang sibuk dekat watson tu. aku jela stay dalam rumah ni sorang-sorang if semua kerja :( (tula sape soh tak keje!)

hey budak liat! :)
kejap lagi lepas zohor nak pergi ambil nur atiqah pula dari asramanya. entah la aku ikut atau tak ni. kang lepas berbelogger ni konfem mata aku stim balik pergi ke bantal busuk aku tu. nyenyak dibuai mimpi sampai ke tengahari (apa punya anak dara reject kena pinang nanti baru tahu)
if nenek saudara aku wan hanipah ada la dekat rumah ni konfem aku dah kena belasah yelah mana tak nya masa aku kecil dulu dia la rajin datang rumah aku masa stay shah alam dulu. dia selalu buat bunyi ayam dekat telinga aku. hahaha aku bengang jer tapi ada reason dia buat macam tuh but until now aku ni liat nak bangkit. time dah stay asrama dulu boleh pulak bangun seawal embun belum menitis ni sekarang ni selagi matahari tu tak menerik selagi tu aku masih diatas tilam empuk beralaskan cadar pokemon hijau tuh! hahahaha :p

secret la bebeh!
hey nak tahu tak? tahu apa? entah la nak cerita ke tak? tak payah cerita lah.
aku segan nak cerita dekat sini nanti takut jadi gosip liar aku dekat facebook. :p hahaha
yelah nanti korang salah faham. takpela nanti kalau aku rasa nak bagitahu aku akan bagitahu.

p/s: oke all happy friday!